Zalora : Beratus Jenama Beribu Gaya….Arrrggghhhhhh !!!!

March 28, 2013 at 11:27 am

2

 

Portal shopping online www.zalora.com.my pasti menjadi tumpuan para wanita kerana disini anda boleh shopping sepuasnya dan dapat menikmati harga terendah disamping penghantaran percuma (Jika perbelanjaan melebihi Rm 75).  Mungkin ada rakan-rakan yang teringin untuk shopping disini dan ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk shopping kat sini. saya boleh tunjukkan kepada anda cara yang mudah dan senang untuk anda memulakan perbelanjaan anda disini.

Pertama : Anda perlu mendaftar account zalora dan anda akan mendapat coupon discount untuk berbelanja nanti ( bergantung kepada pemberian zalora)

Kedua : Anda perlu mengisi detail peribadi dan pastikan letak alamat yang betul supaya barang dapat dihantar ke tempat anda.

 

3

 

 

Langkah 3 : Anda sudah boleh mula shopping dan pilih mengikut pilihan anda.

Langkah 4 : Pastikan saiz baju sesuai dengan anda (semak pada size conversion chart)

Langkah 5 : Setelah selesai Klik pada BUY NOW

4

 

Langkah 6 : Halaman Shopping Cart akan keluar dan anda masih lagi boleh shopping sehingga anda puas.

Langkah 7 : Klik pada Order Now jika sudah selesai

 

1

 

Langkah 8 : Pembayaran boleh dilakukan melalui online bankin, credit kad dan jika anda ada coupon discount boleh letakkan nombor siri discount tersebut di kotak khas discount. Jika perbelanjaan kurang dari Rm 75 maka charge Rm 5 akan dikenakan untuk shipping (penghantaran)

* Bagi negeri semenanjung malaysia, barangan akan sampai dalam masa 3 hari

* Bagi sabah, sarawak, dan Brunei , barangan akan sampai dalam masa seminggu

* Setelah pembayaran dilakukan, pihak zalora akan menghantar email kepada anda sebagai pengesahan pembelian.

Selamat Berbelanja &  Happy Shopping :)

 

Showcase ST12 Promo Tour Akustik Lentera Hati (Live in Malaysia 2013)

March 27, 2013 at 9:51 pm

DSC_0058
Bertempat di Bentley Music , Petaling Jaya berlangsungnya Showcase Promo Tour Akustik Lentera Hati dari Band terkenal Indonesia iaitu ST12.  Band yang baru sahaja release album terbaru ini kini popular dengan lagu “Putih-Putih Melati” yang mendapat hits di youtube. Musik video yang mendapat jutaan tontonan itu telah menaikkan semula nama band ini yang pernah mengalami perpecahan pada suatu masa dahulu.
DSC_0065
Di album terbaru ini ST 12 dianggotai oleh dua orang ahli sahaja iaitu Ridho Tuah (Vocalis baru ST12) dan  Pepep (Drummer) yang juga merupakan pengasas band asal bandung ini. Ahli band yang lain masih lagi tidak boleh sain kontrak kerana terikat kontrak dengan band dan label yang lain. Mungkin ahli band yang lain bakal menyertai ST12 secara rasmi pada album yang akan datang.
DSC_0070
ST12 kini dengan album terbaru berjudul “Lantera Hati” yang memuatkan 10 buah lagu. Antara lagu yang dimuatkan di album ini adalah 
Putih-putih Melati
Bidadari Bumi
Ilu Inu (I Love You I Need You ayead)
Lentera Hati
Tidak Tahu
Penantian ayead Tak Berujung
St Setia
Sumpah Mati
Menikahlah Denganku
Cinta Terbagi

DSC_0082
ST12 sempat menyampaikan beberapa buah lagi di showcase  Promo Tour Lantera Hati ini dan diakhir persembahan barulah lagu “Putih-Putih Melati” di mainkan.
 
DSC_0124
sempat juga saya bergambar dengan vocalis terbaru kumpulan ST12 ini yang lebih mesra dipanggil Tuah. Beliau dipilih oleh ST12 setelah menjalani proses pemilihan lebih 500 orang untuk ujibakat.
DSC_0132
Yang ini pula adalah Pepep iaitu pengasas band ST12 dan juga pencipta lagu.
Video Putih-Putih Melati (Live in Malaysia 2013)

Ambil Kit Tindakan Pilihan Raya (PRU13) Secara Percuma !!!

March 26, 2013 at 10:06 am

actionkit

 

Pasti anda tidak sabar untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia keluar mengundi untuk memilih calon yang layak sebagai pemimpin di kawasan masing-masing. Oleh itu, pasti ada yang terlupa bagaimana situasi mengundi dan mungkin juga ada yang tidak tahu bagaimana untuk mengundi. Dan disini tersedia dengan kesemua tatacara secara tertib bagaimana untuk mengundi.

Kesemua hal itu telah dibukukan dan anda boleh mendapatkan dengan percuma dengan mendaftar diri di website :-

 

http://www.1malaysia.com.my/action/

Anda hanya perlu mendaftarkan butiran diri dan Kit Tindakan 1 Malaysia ini bakal dihantar terus ke rumah anda tanpa sebarang bayaran. Oleh itu, andab oleh mengundi dengan bijak dan lancarkan jadual anda ketika hari pengundian. Selamat Mengundi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...