‘Carta Hati’ – Video klip terbaru Najwa Latif !

November 20, 2011 at 11:51 am



Najwa latif baru saja memperkenalkan video klip terbarunya yang berjudul ‘Carta Hati’ yang secara rasminya dikeluarkan pada hari ini iaitu 20/11/2011 ..kepada peminat artis muda ini..sama2 lah anda menyokong beliau dan artis tempatan yang lain..banyak lagi bakat2 seperti najwa latif di luar sana..

video klip yang cantik serta menarik ini dirakam dengan mengunakan kamera DLSR dan scene dalam video ini juga begitu menarik dimana banyak babak-babak yang luar biasa disampaikan director video ini iaitu Khaidirshahri ,Zalhilman Ismail & Zalhilmy Ismail. mungkin ini akan menambahkan lagi populariti artis muda ini dimasa akan datang.

so selamat berhibur dengan video klip terbaru najwa ini :)



Produce : Nar Record Sdn Bhd
Production : TheMalaya Production
Talent : Mohammad Molkhan & Shahira Abd Rani
Director: Khaidirshahri ,Zalhilman Ismail & Zalhilmy Ismail
Director of Photography : Zalhilman Ismail
Art Director : Zalhilmy Ismail
Prop Master : Suhaimi Abdul Halim
Lighting Man : Shafiee Idris, Zalqisty Harimau Malaya
Asst Production & Still Photo : Shukri Hamid
Asst Videography & BTS : Aidil Dbahri

Special Sponsor :
Stylist Dress : Ashanim Dress Lab
Makeup : Nora Abieyd



Najwa latif memperkenalkan video klip ‘carta hati’ di UzairOthman.com

Showcase Pelancaran Wajah Baru RedBox Ria !

November 20, 2011 at 1:39 am



semalam uzairothman.com baru saja pergi ke RedBox Ria di sogo bagi menyaksikan persembahan artis bagi memperkenalkan Wajah baru RedBox Ria..ia mempunyai 8 outlet dan kini bertambah menarik apabila ia telah di naik taraf kepada sound system lebih baik dan menyediakan perkhidmatan terbaik seperti kerusi sofa yang empuk serta makanan yang sedap..ruang bilik yang cerah dan menarik memberikan keselesaan anda berkaraoke disini.

oleh itu,RedBox telah pun menjemput beberapa artis malaysia bagi mengadakan persembahan dan diantaranya adalah :-



Ning Baizura

Ning Baizura tampil sebagai persembahan pembukaan majlis dan menyampaikan lagu hitznya ‘Papa Mama’ yang menhiburkan peminat yang hadir di showcase ini. beliau bakal tampil pada konsert solonya di KL Live centre pada 2/12/2011 jam 8.30 malam..kepada peminat ning dijemput hadir bagi memeriahkan majlis..tiket boleh didapati di (klik sini)



Kumpulan Tiga

aksi lincah 3 orang gadis ini membuatkan ramai terpengun dengan gaya tarian kumpulan Tiga ini. Artis KRU ini pasti mengegarkan Malaysia pada suatu masa nanti kerana mempunyai bakat besar dalam industri muzik ini.



Chomell Fana

chomell fana , artis baru dan muda serta seksi ini tampil dengan persembahan bergaya dan memukau peminat yang hadir dengan nyanyian penuh bertenaga oleh beliau. selain itu, artis KRU ini juga bakal menyaingi artis lain di masa akan datang kerana beliau juga mempunyai bakat besar dalam industri muzik ini.



Najwa latif

artis yang terkenal melalui youtube ini sudah pasti menjadi tumpuan peminat dan ‘cinta muka buku’ sudah menjadi kegilaan orang ramai..lagu ini juga turut dimuatkan dalam karaoke di Redbox Ria yang bakal memberikan anda peluang untuk menyanyikan lagu ini mengikut gaya anda. kehebatan bermain gitar dan suara yang merdu membuatkan ramai teruja melihat nyanyian anak muda ini..ini merupakan bakat terbesar yang dihasilkan oleh Malaysia dan pasti akan memajukan muzik malaysia.



Iqa Mentor

Iqa mentor , mentor kepad edry KRU ini yang mula bernyanyi di Gig dan majlis-majlis koprat telah pun mendapat tempat dan lagunya juga telah dimasukkan ke karaoke RedBox Ria. ini merupakan satu detik manis buat artis ini apabila nyanyian telah dimasukan ke versi karaoke.



Forteen

Nak kata k-pop pun ye, nak kata mcm westlife pun ada..mana2 pun boleh la..kumpulan Forteen ini sangat diminati oleh golongan wanita kerana gaya dan penampilan yang menarik serta vokal yang mantap telah membuktikan bahawa mereka kembali memabwa nama boyband ke peringakt lebih tinggi di malaysia. kehadiran kumpulan ini membuatkan lebih ramai artis boyband akan bersatu semula untuk bernyanyi.



begitulah serba sedikit beberapa info tentang persembahan dan mengenai artis2 yang membuat persembahan di showcase pelancaran wajah baru redbox ria.

Najwa Latif Di UzairOthman.com !!!

November 19, 2011 at 11:05 pm



haaa..ni nak cita ni…hari ini UzairOthman.com sangat bertuah dimana Uzair dapat berjumpa Najwa Latif !! MESTI LAH SUKA !! yela budak kecik comel ni kan baru je femes , maklum la baru je muncul kat anugerah skrin dengan AIM ke-18 tempoh hari..bakat muda selangor ini juga sempat memberikan ucapan pada UzairOthman.com ketika uzair bertemu beliau di Pelancaran wajah baru Redbox di sogo semalam.



penyanyi yang terkenal di youtube ini menyampaikan 3 buah lagu iaitu berjudul ‘Cinta Muka Buku’ ,lagu cover dari Adele ‘someone like you’ dan lagu terbaru najwa latif iaitu ‘Carta Hati’ yang release video klipnya pada hari ini. Artis muda ini yang sering ditemani kakaknya disepanjang persembahan yang beliau hadiri amat peramah dan tidak sombong kepada peminat. cara seperti inilah yang amat bagus kepada artis muda yang baru meningkat naik.

uzairothman.com juga ingin berterima kasih kepada Najwa Latif kerana sudi memberikan sedikit kata untuk blog uzair dan uzair berharap perjuangan najwa dalam bidang nyanyian dapat diteruskan dengan jayanya..mungkin kemunculan Najwa ini dapat menaikkan banyak lagi artis muda malaysia yang berkualiti untuk diketengahkan pada masa akan datang !

so inilah gambar UzairOthman.com bersama artis muda terkenal di Malaysia iait Najwa Latif !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...