Motor Idamanku :)

December 8, 2011 at 10:21 pm


Yamaha LC 135 merupakan motor idaman bagi seseorang mat rempit di Malaysia..beberapa hari lalu uzair baru saja membeli motor ini dengan bayaran ansuran..hehee…setelah sekian lama menunggu nak pakai motor ni, akhirnya uzair dapat juga memiliki motor ini..

berwarna hitam dan 135 cc memberikan keselesaan kepada saya untuk pergi ke kelas..dulu uzair pakai motor modenas x-cite, tapi sayang motor tu dah rosak teruk sampai xle nak start..jadi uzair membuat keputusan untuk beli motor ni kat sg.chua kajang. macam biasa la..kalo duit pendahuluan mesti la abang aku yang kene bayar..hehehe..

LC mempunyai pelbagai pilihan warna motor dan aq memilih hitam kerana warnanya yang cantik dan lebih menarik jika dilihat dari warna yang lain..selain tu, warna hitam juga merupakan warna kegemaran saya..Bagi LC yang xde cluth, ada warna hitam ,merah dan putih..

kalo membeli motor mesti ada dapat benda free kan..jadi uzair pun dapatla beberapa benda free diantaranya helmet, baju hujan..jenama arai tau,,hehehe..dapat lock dgn bakul motor..kira oke la dapat free benda2 penting mcm ni..harap motor baru ini uzair dapat jaga dengan baik dan tak de sapa curi..hehe..

Avril Lavigne Ke Malaysia Febuari 2012 ini !!

December 1, 2011 at 10:33 pm



Artis dari kanada ,Avril Lavigne bakal hadir ke Malaysia pada tahun hadapan bagi mengadakan konsert jelajah “Avril Lavigne The Black Star Tour Asia 2012″..Avril yang bakal mengegarkan stadium merdeka kuala lumpur apda 18 febuari 2012 bakal mempromosikan album terbarunya iaitu “goodbye lullaby” yang telah mencapai jualan berjuta unit di serata dunia.

Tune Talk sebagai pengajur rasmi konsert avril ini pastinya bakal membawa keuntungan yang banyak kerana peminat avril di malaysia adalah sangat ramai dan ini pasti akan mengubati kerinduan peminatnya yang terlalu ingin melihat aksi avril di atas pentas..kali terakhir avril ke malaysia adalah pada tahun 2008 dan sudah 4 tahun beliau tidak ke malaysia dan ini akan menjadikan peluang terbaik peminatnya untuk bertemu dengan avril.

avril yang terkenala dengan lagu “what the hell” , “Girlfriend” dan “Hot” ini akan menjelajah beberapa buah negara di asia sebelum tiba malaysia..antara negara yang bakal dijelajah oleh avril adalah, Jepun,filipina dan china. artis yang berumur 27 tahun ini juga menyifatkan konsert kali ini adalah sebagai tanda terima kasih beliau kepada peminat yang sentiasa menyokong avril dari mula sehingga kini.

UzairOthman.com : Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 !

December 1, 2011 at 5:42 pm



Bertempat di marriott putrajaya pada 16/12/2011 ini berlangsungnya “Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011″ yang menampilkan para blogger terhebat dari serata asia pasifik..ianya terdiri daripada negara malaysia,singapore,filipina , Australia dan pelbagai lagi..blog uzairothman.com sangat berterima kasih kepada nuffnang.com.my kerana telah dijemput menghadiri majlis anugerah ini dan saya sangat berbesar hati untuk hadir ke majlis tersebut.

inilah beberapa anugerah yang bakal disampaikan kepada pemanang dan majoriti blog di yang dicalonkan adalah berbahasa inggeris..namun masih lagi ada blogger melayu yang tercalon dan diantaranya adalah Hanis zalikha dan beautifulnara.com…saya akan menghadiri majlis ini bersama blogger mohdzaid.com dan sangat teruja untuk bertemu para blogger hebat dari serata asia pasifik.

Award Categories :-

Most Influential Blog
Best Micro Blog
Best Entertainment Blog
Best Food Blog
Best Travel Blog
Best Fashion Blog
Best Photography Blog
Best Geek Blog
Best Parenting Blog
Best Lifestyle Blog
Best Original Blog Design
Hidden Gem
Region’s Best Blog (Not open for nominations)

kepada rakan-rakan blogger yang lain yang dapat jemputan..sila inform kat saya ea..nanti leh lepak sama2.. )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...