Melalui Cuti Semester Yang Panjang !!!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog UzairOthman.com. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi membaca blog saya walaupun jarang-jarang update. Tetapi sekarang saya sudah bercuti panjang selama 4 bulan dari pembelajaran. cuti semester sampai hujung bulan mei membuatkan saya menghitung hari dekat rumah dan tak tahu nak buat apa.
Kebiasaannya pada awal tahun memang kurang event untuk blogger, tetapi Alhamdulillah saya ada kerja sampingan yang lain dan dari situ juga saya sempat update blog saya. Bagi yang pertama kali membaca blog uzair, saya ucapkan selamat datang kepada anda semua, harap anda tinggalkan komen dan link blog anda. nanti boleh lah saya datang melawat ke blog anda.
untuk bulan febuari ni saya memang banyak habiskan masa di rumah saja, dan sekali sekala ada la juga keluar bersama rakan-rakan. saya ni memang susah nak melepak keluar sebab saya banyak habiskan masa saya dengan bermain game di rumah. Selain tu, saya banyak habiskan masa dengan bermain gitar dan baca artikel di internet.
Rasanya dah lama saya tak bercerita pasal diri saya, sebab selama asyik sibuk cerita pasal travel, event dan reviews. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada anda semua kerana masih setia membaca blog saya. Bagi rakan-rakan pembaca blog beragama budha saya ingin ucapkan selamat tahun baru cina.













