DermaSiswa Tunku Abdul Rahmad – Permohonan Dibuka !

March 28, 2012 at 8:32 am

DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN

Dermasiswa yang diberi nama Dermasiswa Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengekalkan ingatan rakyat Malaysia kepada keperibadian mulia Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama yang amat mengambil berat dengan nasib rakyat yang kekurangan.

Penerima Dermasiswa Tunku Abdul Rahman ini dipilih daripada graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dalam negara yang berasal daripada golongan miskin.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

      (i)    Warganegara Malaysia.

     (ii)    Tamat pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam  negara di antara  1 Oktober 2011  hingga 30        September 2012.

     (iii)    Berlatarbelakang keluarga miskin.

 

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum

         (i)  Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 atau lebih.

         (ii)  Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang / aktif dalam ko-kurikulum.

 

KADAR DERMASISWA

Amaun dermasiswa dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi dalam bentuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

 

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA     

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

 

PERMOHONAN

Klik  DI SINI  untuk memuat turun Borang Permohonan Dermasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti  dibuat dengan sokongan Timbalan  Naib  Canselor  (Hal  Ehwal  Pelajar) universiti anda.Jika tidak ia akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

Penggambaran Short Film Sudah Mula !

February 27, 2012 at 2:27 am

gambar ini merupakan sewaktu kami melakukan latihan dan perbincangan bagi short film

Akhirnya setelah memikirkan idea dan jalan cerita untuk short film bagi tugasan Bahasa Melayu yang akan dihantar pada mac ini telah pun dimulakan penggambaranya. beberapa lokasi dipilih seperti di cheras ,putrajaya dan kajang untuk penghasilan filem pendek ini. uzair bersama 6 orang rakan yang lain iaitu Adam, Bella, Dida,Shida,Amir dan Liza masing-masing sangat bersemangat memulakan penggambaran ini.

antara perkara yang paling lucu bagi kami adalah sewaktu scence adam dan bella iaitu babak Bella sebagai Bos Adam memarahi adam yang seringkali gagal menyiapkan kerja pejabatnya.. filem pendek ini insyaAllah bakal ditayangkan pada penghujung Mac dan semestinya uzair akan cuba sedaya upaya untuk post di Blog uzairothman.com ini.

 amir mencuba kameranya dengan merakam aksi pelik adam..hehe

kepada yang sudi untuk memberi idea dalam pembikinan filem pendek..boleh la berhubung terus di facebook uzair atau twitter ye..idea hebat anda sama-sama kita kongsi bagi menghasilkan filem yang terbaik.

Pemenang Contest UzairOthman.com – Konsert Simple Plan Live in Malaysia 2012 !

January 15, 2012 at 11:14 am

 

Inilah dua orang pemenang yang telah berjaya memenangi contest memangi tiket simple plan live in malaysia 2012 yang uzair buat hari tu. Dua orang pemenang ini sangat bertuah apabila dapat pergi ke konsert sambil dapat berhibur di konsert simple plan di KL live. Uzair juga turut lepak bersama pemenang dan tenyata mereka juga amat meminati Simple Plan dan rasa terhibur dengan persembahan Simple Plan pada konsert tersebut.

Ini adalah pemenang pertama iaitu Wan Nurul Shazwani dari Kelantan dan juga seorang blogger iaitu blog http://shazwaniabdullah.blogspot.com ..Beliau juga amat meminati kumpulan simple plan ini merasakan sangat teruja untuk ke konsert ini dan beliau juga telah memberikan jawapan yang betul pada contest yang uzair buat tempoh hari.

 

ini pula pemenang kedua untuk kontest uzair dimana beliau bernama ArfaAzreen Aris berasal dari Alor Gajah, Melaka. Beliau sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menonton Simple Plan. Meminati lagu “Love is A Lie” dan “When I’m Gone” dari simple plan, membuatkan beliau berasa teruja untuk ke Kuala lumpur bagi menyaksikan konsert Simple Plan live in Malaysia 2012 di KL live. Beliau bukan blogger namun aktif di facebook .

Inilah dua orang pemenang tiket yang sempat menjadi duta TUNETALK di konsert Simple Plan tempoh hari. Dengan call 16 sen seminit serta mesej 5 sen per sms membuatkan dua orang pemenang ini amat menyukai gambar ini dan seterusnya bergambar di poster ini sebagai kenangan..hahahahhaa

Terima Kasih kepada Wan nurul shazwani dan arfaazreen aris kerana sudi datang jauh2 untuk tengok konsert simple plan dan diharap kita berjumpa di konsert yang lain pula.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...