Berikut merupakan ucapan hari raya dari rakan-rakan blog saya.. Terima kasih kerana ucapkan selamat hari raya aidilftiri dan semoga Allah menerima segala amalan kita. Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog saya dan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.
28.3.201 – Bertempat di Universiti Tenaga Nasional berlangsungnya majlis anugerah cereka pendek kelompok amanah @short film award yang menampilkan 36 produksi yang rata-rata disertai oleh pelajar jurusan Kejuruteran dan IT. Anugerah yang dibahagikan beberapa kategori itu telah menarik minat ratusan pelaja UNITEN untuk sertai pertandingan ini. Terdapat dua buah filem yang berjaya menarik minat uzair dalam anugerah ini dan salah satunya ialah filem yang bertajuk “Igauan” yang telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam anugerah cereka pendek tersebut.
Dengan menamakan produksi filemnya Piano, filem yang diarahkan oleh Muhammad Farid ini telah berjaya menarik minat juri dan diambil sebagai pemenang. Muhammad Farid juga turut dinamakan sebagai pengarah filem terbaik bagi anugerah cereka pendek ini. Dengan mengunakan beberapa kamera DLSR seperti Canon EOS 7D, Tokina 11-16mm f2.8 dan Canon EF50mm f1.8, filem telah berjaya dirakam dengan baik dan memberikan beberapa teknik rakaman serta lakonan terbaik.
Produksi Piano juga telah berjaya meraih tempat pertama menerusi filem “Namun Ku Punya Hati” hasil arahan Wan Azimin turut menaikkan nama kumpulan produksi ini di UNITEN. Bukan mudah untuk mendapatkan satu kumpulan yang baik dan berkerjasama dalam pembikinan filem pendek ini. Kembali semula dengan filem pendek yang uzair nak ceritakan ini. Filem Igauan ini sebenarnya uzair sangat kenal dengan beberapa individu di dalam filem dan disebalik tabir filem ini. Berikut ini merupakan para pelakon untuk filem Igauan :-
Wan Azimin sebagai Abang Zety
Zetty Zulkini sebagai Zetty
Muhammad Farid – Penjahat 1
Asyraf Naim – Penjahat 2
Sinopsis :- Filem ini mengisahkan tentang kehidupan adik-beradik iaitu Wan Azimin bersama adiknya Zetty. Wan Azimin seorang photographer dan beliau gemarkan kehijuan hutan dan alam sekitar. Disuatu hari beliau terlihat satu lembaga di dalam gambar-gambar yang diambilnya dan hal itu membuatkan beliau tidak senang hati. Beliau terus memeriksa gambar itu di dalam komputer dan kelihatan beliau sangat kenal dengan baju yang dipakai oleh lembaga tersebut. Lalu beliau terus pergi melihat semula baju kepunyaan adiknya dan keesokkan hari segala rahsia terbongkar. Nak tahu rahsia apa, korang kenelah tengok filem itu dibawah ni ye.
Selepas memenangi beberapa anugerah di anugerah cereka pendek uniten, mereka dijangkakan bakal bertanding diperingkat kebangsaan bagi mewakili UNITEN. Tahniah kepada produksi piano kerena telah berjaya memenangi beberapa anugerah dan menghasilkan satu filem yang banyak memberikan impak positif kepada pelajar lain. !
Bukan hendak menuduh atau membuat dakwaan bahawa salah sebuah kedai penjaja dihadapan Universiti Tenaga Nasional mungkin mengunakan ilmu pelaris bagi melariskan perniagaan mereka. Tapak penjaja yang disediakan oleh Majlis Pendbandaran Sepang itu menjadi tumpuan orang ramai disekitar bangi dan putrajaya. Setiap masa pasti ada sahaja yang singgah kesana untuk menjamu selera dengan pelbagai makanan disana. Namun di dalam keghairahan membeli disana, uzair sempat singgah disuatu kedai yang menjual air dan buah.
Ketika melalui gerai tersebut, seorang pekerja gerai tersebut yang mungkin berasal dari Bangladesh kelihatan sedang menyiram air disekitar gerainya dan di sekitar tempat jualan air minuman gerai tersebut. Bukan hendak menuduh pemilik gerai tersebut mengunakan ilmu pelaris, tetapi pekerja gerai tersebut melakukan satu perbuatan yang pelik dengan menyiram air di sekitar gerainya .
seingat uzair, uzair pernah dengar dengan ilmu pelaris ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan diantaranya ialah dengan meyiram air yang dijampi disekitar gerai. uzair cuma ingin menasihatkan jika anda sebagai peniaga agar tidak melakukan perkara ini dan jika anda sebagai pelanggan diharap mengamalkan surah dari ayat-ayat suci Al-Quran agar tidak tersalah memilih gerai.
harap tiada pihak yang dengki dengan kenyataan dari uzair ini, dan cuma sekadar menasihati kepada semua orang dan diri uzair sendiri.
UzairOthman.com merupakan blog rasmi Uzair di mana ia mula diwujudkan pada April 2009..Blog UzairOthman.com ini merupakan tempat uzair meluahkan segala isi hati dan hobi uzair. Menyampaikan isu terkini merupakan usaha utama Blog ini bagi menyampaikan berita-berita sensasi kepada peminat hiburan di Malaysia..contact saya di
email : [email protected] ,
FB : Mohamad Uzair Othman & ,
Fan Page : Uzairothman.com
................................................................................................................
uzairothman.com is my personal blog that was designed in April 2009. Here, like the house and poured all my interest here. I will present the latest issue and will always do the best for you. I hope you enjoy the blog and always support me.
...................................................................................................................
email : [email protected]
FB : Mohamad Uzair Othman &
Fan Page : Uzairothman.com