Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 4
Di hari keempat merupakan hari yang mula panas di korea. Ini dimana hari ini suhu mula menaik kepada 8 darjah celcium di pagi hari. Tapi ia tetap sejuk berbanding dengan Malaysia. Tempat pertama saya pergi pada pagi ini adalah Chuncheon Stream iaitu sebuah sungai yang diubahsuai sebagai tempat lawatan pelancong. Pada asalnya sungai ini sangat kotor dan pihak kerajaan Korea Selatan telah mengubah tempat ini menjadi cantik seperti yang anda telah saksikan di gambar ini.
Sungai ini mengalir di tengah bandaraya Seoul dan menjadi tumpuan pelancong yang datang ke sini. Boleh kata ini destinasi wajib jika anda ke sini dan waktu paling sesuai untuk melawat tempat ini adalah di waktu malam kerana lampu-lampu akan menyinari kawasan ini.
kalau tak baca lagi hari sebelumnya, bolehlah baca kat sini :-
Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 1
Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 2
Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 3
waktu saya ke sini, ramai student korea tengah buat shooting filem.. tak tahu la filem apa yang mereka buat kat sini. tempat ni memang romantik jika anda bawa pasangan anda. kawasan yang tenang walaupun berada di tengah kesibukan kota seoul ini.
setelah lepak di sungai, kali ini saya ke tempat tumpuan pelancong yang lain iaitu Gyeongbokgung palace. Ini adalah istana utama korea dimana telah dibina semula beberapa tahun yang lalu. Hampir keseluruhan bangunan istana musnah akibah keganasan tentera jepun yang menjajah korea. Jadi dekat sini adalah peninggalan peperangan terdahulu dan barangan istiadat diraja korea. Disini juga kalau anda perasan dijadikan tempat shooting drama korea yang berkaitan istana. memang popular tempat ini untuk buat shooting.
Gambar diatas ini adalah kawasan atau bangunan tetamu pada zaman pemerintahan diraja dahulu. Kebiasaannya diplomat china akan tinggal disini dan beberapa tetamu disekitar korea akan tinggal disini. Tidak bagi jepun kerana itu adalah musuh utama rakyat korea sehingga kini.
Gambar diatas ini pula adalah rumah yang ditinggal oleh permaisuri diraja. Dengar kabarnya dia mati dibunuh oleh tentera jepun dan rumahnya dibakar. Mayatnya dicapat di gunung belakang istana ini. Istana ini dikelilingi 3 buah gunung yang menjadi simbol feng shui yang dipercayai mereka. kononnya ada ong la..macam gitu..
Istana pagoda ini banyak terdapat kat sini, anda boleh ambil gambar kenangan dan pasti akan diingati kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong serata dunia !!!
Yang anda nampak ada polis ini adalah Blue House iaitu kediaman rasmi presiden Korea selatan. Kawasan ni memang banyak polis. Blue house ni kira macam white house la yang kat US tu..Blue House ni terletak di belakang gyeongbokgung palace, jadi anda boleh keluar dari istana untuk ambil gambar disini. pastikan anda jangan hilang tiket kerana anda boleh memasuki semula gyeongbokgung palace.
Seterusnya adalah The National Folk Museum of Korea. Lokasi ini terletak di dalam gyeongbokgung palace dan bayaran percuma untuk masuk ke sini. Disini anda dapat melihat sejarah terdahulu korea. Banyak perkara sejarah dan asal usul korea terdapat disini.
Ini anda pakaian masyarakat korea yang dulu. Antara pakaian terkenal disini adalah Hanbok iaitu pakaian rasmi diraja. kat sini boleh juga pakai pakaian ni dan anda boleh sewa pakaian tersebut untuk ambil gambar kenangan.
Inilah beberapa tinggalan sejarak korea yang masih ada sehingga kini. Disini juga terdapat sejarah perang korea yang menemukan jepun sebagai saingan utama mereka.
Setelah puas berjalan di pagi hari..tiba masa untuk makan tengah hari di Good Restaurant yang terletak di tengah2 bandaraya seoul. Apa lagi..makan kimchi lagi laa…naik muak saya makan benda ni..sampai nak termuntah…hahaa
Nasib baik la ada ikan grill ni. sedap la sikit menu tengah hari saya walaupun terpaksa makan kimchi..hehe
Setelah makan, saya menaiki river cruise di Hangang River. Sungai ini merupakan pembahagi seoul selatan (kangnam) dan seoul utara (kangguk) . Kalau korang selalu dengan gangnam style tu..gangnam tu kat sini la tempatnya yang bermaksud tanah selatan. Naik cruise ini selama satu jam dan dapat melihat bandaraya seoul dari jalan air.
Nampak muka kepenatan saya tu, yela sudah 4 hari di korea tanpa makan nasi yang banyak..hehee… anak buah saya ni kemain seronok lagi naik bot ni..dekat sini jika kene pada waktunya anda akan dapat melihat banyak burung berhijrah terutama dari musim sejuk ke musim panas. jadi waktu saya pergi ni memang banyak burung terbang berhampiran bot kami..
sebelah petang pula, saya ke myeongdong fashion street iaitu sebuah tempat yang terbesar di seoul untuk shopping barangan kecantikan. kat sini memang ramai gila orang dan tempatnya sangat besar. kalau boleh anda ambil la map dari pihak tourism yang ada disini.
Dekat sini anda nak cari produk kecantikan, baju, makanan, dan segala hal wanita semua ada. kalau bab lelaki ada tapi kurang sikit la kat sini. banyak perkara berkaitan fesyen dijual disini dan jika anda gemar kpop. anda boleh la cari baju kpop kat sini..memang berlambat ada jual. kat sini tak banyak jual souvenir korea dan kalau ada pun sangat mahal.
Dekat sini memang terkenal ais krim setinggi 32 cm. kalau datang ke sini pastikan anda beli. memang murah ..harganya 2000 won atau Rm 6 duit Malaysia. tapi memang berbaloi la makan dan rasanya pun sedap. yang peting jangan was-was ye.
Untuk makan malam , kami singgah di Iteawon dan makan di restaurant tempat hari pertama kami makan. setelah makan kat situ, saya sempat shopping sikit dengan membeli roti. Kat kedai salam bakery ni ada jual banyak roti dan harganya pun murah. makanan kat Iteawon kebanyakkannya halal dan dimasak oleh orang beragama islam.
banyak pilihan kat sini , saya suka beli roti kat kedai ni dan tuan kedainya peramah walaupun dia tak pandai berbahasa inggeris. kalau kita cakap annyeonghaseyo atau pun kamsahamida..itu sudah pasti membuatkan mereka tersenyum
saya akan sambut perjalanan saya di korea di post yang akan datang. Hari ke lima adalah hari terakhir saya di korea dan berat hati nak tinggalkan negara ni…



























































