Saya Rindu Kampungku! Tempah Tiket Balik Kampung Serendah Rm 29 Sekarang !!!

April 8, 2013 at 5:32 pm

111

 

Hari ini AirAsia ada buat promotion untuk tiket balik kampung pada Hari Raya Aidilfitiri yang bakal menjelang beberapa bulan lagi. Tiket serendah Rm 29  ini mula dijual pada 8/4/2013 – 14/4/2013.  Penerbangan dari 2/5/2013 – 31 /8/2013.  Jangan lepaskan peluang ni..saya sekadar menyebarkan info ini untuk penjimatan anda pada balik kampung nanti.

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 1

April 7, 2013 at 9:00 am

DSC_0012

 

Bermulalah perjalanan sejauh 5000 KM dari kuala lumpur ke Seoul, Korea Selatan. Percutian saya selama 5 hari 4 malam ini akan membawa saya ke suatu tempat tumpuan orang ramai dari serata dunia. Ramai yang impikan untuk bercuti ke Korea Selatan terutama di Seoul. Namun impian itu sukar untuk dilaksanakan berikutan harga untuk ke sini terlalu mahal. Namun dengan AirAsia, telah berjaya mencapai impian saya untuk ke sini.

Percaya atau tidak akhirnya saya pergi juga ke seoul setelah mendapat pakej murah ketika AirAsiaGo membuat promosi. Perjalanan saya bermula dari LCCT. Bagi yang tak baca lagi post sebelum ni, bolehlah baca dulu di link bawah ni :-

 

Penerbangan Ke Seoul, Korea Bersama AirAsiaX

 

DSC_0015

 

Penerbangan saya ke Incheon International Airport mengambil masa 6 jam 30 minit dari LCCT dan saya terbang dengan mengunakan pesawart AirAsiaX. Ini merupakan kali kedua saya menaiki pesawat AirBus yang besar ni. Pertama kali saya menaiki pesawat ini adalah ketika bercuti di New Zealand pada 2 tahun lepas. Setelah mengharungi perjalanan yang jauh dan duduk lama di dalam flight, akhirnya saya tiba di Incheon Airport bersama keluarga saya kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.

 

DSC_0035

 

Setibanya disini, saya bergegas untuk menyelesaikan urusan imigresen. Anda di ingatkan supaya sudah siap mengisi departure card dan declaration card terlebih dahulu. Kedua-dua kad tersebut anda akan hantar di kaunter imigresen. Setelah selesai, saya pun ambil terus pergi ambil beg. selesai semua perkara, barulah saya keluar di pintu ketibaan dan mencari tourist guide kami.

 

DSC_0004

 

Setelah jumpa Tourist Guide, kami dibawa ke Seoul  dengan menaiki kereta. Perjalanan dari Airport ke Seoul mengambil masa selama satu jam dan ia bergantung pada kelancaran jalan raya. Lokasi pertama yang kami akan singgah pada hari pertama adalah di Iteawon. Iteawon merupakan sebuah bandar di dalam Seoul yang mempunyai ramai penduduk beragama islam. Disana adalah tempat paling mudah untuk pelancong mencari makanan halal mahupun membeli bekalan makanan.

 

DSC_0074

 

Setelah tiba di Iteawon , kami singgah makan di  Foreign Restaurant, Iteawon. Restoran yang menghidangkan masakan India ini menjadi tumpuan pelancong Malaysia mahupun antarabangsa. Disini hidangan secara buffet dan di nasihatkan supaya makan puas-puas kerana selepas ini susah nak cari makanan yang biasa anda makan.

 

DSC_0066

 

Ada pelbagai jenis makanan disediakan oleh pihak Restaurant. Ada pilihan nasi putih dan nasi minyak (Vegetable rice). Pilihan lauk pauk pula adalah seperti ayam tandoori, kacang dal, kari ayam dan banyak lagi. Jadi tidak jadi masalah bagi kita untuk makan kerana ia biasa di dapati di Malaysia dan lebih bagus lagi restaurant ini menyajikan makanan halal walaupun owner kedai ini orang Korea. Tukang masang restaurant ini berasal dari India dan beragama islam. Oleh itu senang la nak makan dan tanpa ragu-ragu.

 

DSC_0070

 

Gambar diatas adalah pilihan makan malam saya. Kalau di tengok macam biasa saja. tapi bila berada di negara orang semuanya menjadi sedap dan berselera. yela mana lagi nak cari makanan halal kat korea ni. dekat korea ni memang susah nak cari makanan halal. oleh itu makanlah sepuasnya bila jumpa restaurant muslim. Setelah puas makan, kami bergerak ke  Masjid Antarabangsa Iteawon.

 

DSC_0128

 

Ini merupakan salah satu dari 6 masjid yang terdapat di Korea. Masjid Antarabangsa Iteawon ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Malah ada juga orang bukan beragama islam turut melawat tempat ini dan kagum melihat masjid di atas bukit ini.

Untuk pengetahuan anda, Korea Selatan mempunyai 1% dari jumlah rakyatnya adalah beragama Islam. Oleh itu, komuniti kecil ini bergerak secara sendiri dan berdakwah sesama mereka di Iteawon ini. Oleh itu, tidak hairanlah ramai orang luar negara datang menetap disini dan berdakwah untuk orang korea.

 

DSC_0116

 

Dari atas bukit Iteawon ini, anda boleh lihat permandangan Seoul dan penempatan yang padat membuatkan permandangan menarik dapat di lihat dari atas bukit ini. Ketika saya pergi ini adalah awal musim panas. Namun cuaca masih lagi sejuk dan masih perlu pakai baju sejuk. Ini kerana peralihan musim mengambil masa tertentu.

Suhu bagi siang hari adalah 15 darjah celcius manakala cuaca bagi malam hari mampu jatuh sehingga 3 darjah celcius. oleh itu , jika anda kesini pada waktu ini anda perlu memakai baju sejuk dan bagi siapa yang tak tahan cuaca sejuk dinasihatkan memakai sarung tangan.

 

DSC_0091

 

Hari pun semakin malam, jadi tiba masa untuk check in hotel. Saya telah tempah Hotel Sarangbang pada sebulan sebelum tarikh saya ke korea. Hotel ini merupakan hotel yang terbaik yang pernah saya menginap. walaupun ianya murah dan hanya rate 2 bintang. Namun saya sangat berpuas hati tinggal disini.

 

DSC_0092

 

Saya menempah 2 jenis katil pada bilik kami iaitu single bed dan twin queen size.  Di hotel ini juga disediakan penyaman udara dan penghangat suhu bilik .  Ia memberikan keselesaan kepada anda jika menginap disini.

DSC_0096

 

walaupun ruangnya sempit, tapi ia sudah cukup bagi keluarga saya kerana sangat selesa disini

DSC_0095

 

lihatlah, semuanya cukup. ada tv, komputer, internet, tuala mandi, minyak rambut, charger telefon, cermin, minuman serta peti sejuk. walaupun ruang yang kecil namun semuanya ada dan ia lengkap. sangat berpuas hati dengan hotel yang kami tempah ini.

 

DSC_0108

 

Terdapat charger untuk charge telefon. ia boleh digunakan jika anda tertinggal charger di Malaysia.

DSC_0105

tandasnya pula bersih dan selesa untuk digunakan.

DSC_0104

paling menarik adalah hotel ini memiliki bath tub. jadi bolehlah berendam di air panas dan boleh lah hangatkan badan setelah melalui hari-hari yang sejuk di seoul ini.  setelah tiba di hotel ini, saya pun mandi dan sempat online facebook sebelum tidur bagi mengelakkan jetlag.

baca yang ini pula ye :-

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 2

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 3

Movie Day Out #GangsterCelop Bersama UzairOthman.com

February 21, 2013 at 2:15 pm

GC_Poster

 

Filem : Gangster Celop

Pawagam : MBO KL Festival City,Setapak.

Tarikh : 2 Mac 2013

Waktu : Petang (akan dimaklumkan kemudian)…if tiada tayangan petang..terpaksalah ditukar kepada waktu malam..

anda boleh collect tiket pada saya iaitu pada 2 Mac 2013 di MBO KL Festival City,Setapak. . (masa akan dimaklumkan kemudian)

Hadiah : 5x pemenang tiket wayang filem Gangster Celop. Setiap pemenang akan mendapat sepasang tiket.

* tiket wayang ini telah ditetapkan waktu dan hari tontonannya..harap anda free pada waktu yang telah saya tetapkan itu.

Contest mudah saja,

1. LIKE FB UzairOthman.com  

2. Hantarkan slogan di bawah post ini, “Saya ingin menonton filem Gangster Celop kerana……………. ”  - tulislah berapa patah perkataan pun yang penting menarik..

3. Anda juga boleh hantar slogan dengan tweet saya di twitter handle @Uzair_Othman dengan menulis slogan “Saya ingin menonton filem Gangster Celop kerana……………. “

4. Kalau susah juga? hantarkan slogan anda di Inbox fanpage saya di Sini UzairOthman.com

*sila tinggalkan nama dan email anda ..pemenang akan diumumkan melalui email dan FANPAGE FB Uzairothman.com

Tapi serius saya katakan bahawa filem ini memang terbaik, korang kalau tak sempat tengok pada Movie Day Out ni, baiklah korang tonton filem tu mulai 21 febuari 2013..rugi tak tengok, memang lawak habis la gandingan 3 pelakon utama filem tersebut iaitu  syamsul yusof, kamal adli dan Hanis Zalikha.

  – CONTEST SUDAH DI TUTUP -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...