Kelantan Food Trail & Kota Bharu Sky Scenic 2012 – Day 1
Kota Bharu yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia menjadi lokasi bagi acara Kelantan Food Trail & Kota Bharu Sky Scenic 2012 yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kelantan. Dilansungkan pada 19 hingga 22 september 2012 telah disertai oleh media pelancongan dari serata Malaysia. Selain itu, penganjuran Kelantan Food Trail & Kota Bharu Sky Scenic kali ini mengutamakan makanan tradisional tempatan dan beberapa tempat menarik di sekitar Kota Bharu.
Tujuan utama program ini adalah bagi memperkenalkan makanan berkonsep kontemporari, Moden dan tradisional. Selain itu, ia juga menampilkan produk-produk pelacongan terbaru di negeri Kelantan dan kesenian serta kebudayaan Kelantan. Pengalaman menarik ini akan dikongsikan kepada anda dan pasti ia akan memberikan banyak pengetahuan tentang pelancongan negeri kelantan.
Perjalanan saya bermula dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sekitar jam 12 tengah hari dimana saya bersama media pelacongan dari KL akan terbang bersama ke Kota Bharu dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 1396. Pesawat yang berlpas pada jam 2.35 petang itu tiba di Lapangan Sultan Ismail Petra pada jam 3.30 petang.
Setelah menjejakan kaki di Bandar Kota Bharu, kami pun disambut oleh En. Mohd Fakhrul Anuar iaitu sebagai Ground Handler. Beliau telah membawa kami ke Pendaftaran Peserta Program ini dan seterusnya mendaftar masuk di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu. Tepat jam 4.30 petang kami tiba di hotel tersebut dan disambut oleh staff Tourism Malaysia Kelantan dan staff hotel. Turut bersama kami ialah Raja Rusmin Dato’ Raja Mahmud sebagai Director Of Marketing Grand Riverview Hotel dan seterusnya penerangan taklimat program oleh Pengarah Tourism Malaysia Kelantan iaitu Cik Zurina Abd Samad.
Taklimat yang dilangsungkan di Songket Lounge (Lobi), Grand Riverview Hotel (GRV) itu dilangsungkan di dalam majlis Hi-Tea sambil di sertai oleh kesemua Media pelancongan dan beberapa pegawai Tourism Malaysia dari negeri yang lain. GRV menyediakan pelbagai pakej pelancongan di sekitar Bandar Kota Bharu. Ini juga termasuk dengan aktiviti Cruise dimana anda dapat merasai pengalaman menaiki bot di Sungai Kelantan. Permandangan yang cantik ketika Sunrise dan Sunset pasti akan menjadikan GRV ini merupakan tempat yang terbaik untuk anda tinggal jika ke Kota Bharu.
Terdapat pelbagai pakej yang disediakan GRV, dan diantaranya adalah KBR islamic Trail Package 4D3N. Pakej yang ditawarkan itu berharga sekitar Rm 668.00 dan Rm 905.00 ++. Pakej yang ditawarkan tersebut bakal melawati tempat-tempat menarik di sekitar Kota Bharu seperti Muzium Islam, Masjid Kampung Laut, Masjid Sultan Brunei dan pelbagai lagi. Tempat yang dilawati tersebut kebanyakkanya terletak di sebelah pantai dan permandangan cantik akan menghiasi tempat lawatan tersebut.
Selain itu terdapat Miao Package (Chinese Package), dimana anda akan melawati Sitting Buddha Temple, Sleeping Buddha Temple dan pelbagai tempat menarik lagi. Kadar pakej ini adalah Rm 538.00 ++ dan semala 4 hari 3 malam disana. Untuk tempahan dan maklumat lanjut anda layari www.grv.com.my. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan Sg. Kelantan membuatkan ramai pelancong dari dalam dan luar negara memilih Hotel ini untuk tinggal bercuti disini.






