Tumbang Ke Lantai Gara-Gara Euro 2012 !!!

June 13, 2012 at 1:08 am

Kehangatan Euro 2012 yang kian terasa di serata dunia turut mendapat perhatian rakyat Malaysia. Ini dimana jutaan rakyat Malaysia sentiasa berada di hadapan kaca TV untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran masing-masing. Tidak asing bagi rakyat Malaysia dimana menyasikan perlawanan bola sepak secara langsung di gerai mamak mahupun dirumah telah menjadi trend dari kanak-kanak hingga golongan dewasa. Perlawanan Euro yang bermula pada jam 12 tengah malam itu  akan berlangsung sebanyak dua perlawanan pada setiap hari. Ini akan mengambil masa kira-kira 4 jam lebih iaitu lebih tepat lagi penonton akan menyasikan perlawanan euro sehingga jam 4.30 pagi.

Tidur lewat dan kerja di pagi hari adalah salah satu rutin harian beberapa orang. Namun kehangatan euro ini ternyata digunakan sepenuhnya oleh penggemar bola sepak di Malaysia. Lihatlah gambar diatas dimana mereka sanggup tidur di dalam masjid ketika selepas waktu zuhur. Gambar yang diambil dari sebuah masjid di Selangor ini menunjukkan ramai mangsa-mangsa Euro tertumbang diatas karpet Masjid yang sedap dan emput ditambah pula dengan aircond yang sejuk.

Dapat tidur dengan waktu yang sekejap pada waktu rehat tengah hari sudah  cukup bagi mereka untuk menyaksikan setiap perlawanan Euro yang dilangsungkan pada awal pagi. agak kelakar juga saya melihat keadaan mereka dimana bilangan mereka yang tidur bertambah ramai dari hari ke hari.

Babak Menarik Euro 2012 (11/6/2012) : Rep. Of Ireland (1) VS Croatia (3)

June 11, 2012 at 8:59 am

Croatia muncul selaku pendahulu peringkat kumpulan C setelah berjaya meraih 3 mata penuh awal pagi tadi. Kemenangan 3-1 keatas Rep. of Ireland itu telah mencerahkan peluang Croatia untuk ke pusingan kalah mati. Perlawanan yang menarik dan sengit berlangsung dengan banyak serangan oleh kedua-dua pasukan. Perlawanan ini lebih menarik berbanding pertemuan Spain Vs Italy yang juga dilangsungkan sebelum perlawanan ini.

 

Croatia berjaya mendahului 1-0 seawal minit ke-3 perlawanan setelah Mario Mandžukić  berjaya melepaskan satu sepakan cantik untuk menewaskan penjaga gawan Ireland iaitu Shay Given

Croatia mendahului perlawanan dengan tidak terlalu lama setelah Ireland menyamakan kedudukan pada minit ke-19. Gol yang dijaringkan oleh Sean St Ledger itu telah memberikan sedikit harapan baru kepada Ireland untuk bangkit.

Sean St Ledger meraikan jaringan pertama Ireland bersama rakan sepasukannya

Namun 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Croatia kembali di hadapan setelah Nikica Jelavić  berjaya memperdayakan penjaga gol Ireland dan melepaskan satu sepakan cantik yang turut mengelirukan penjaga gol tersebut.

Gaya Nikica Jelavić meraikan jaringan kedua Croatia pada perlawanan tersebut. kedudukan kini Croatia di depan 2-1.

 

Ketika separuh masa kedua bermula, Ireland sekali lagi dikejutkan setelah Croatia menambah gol ke-3 pada minit 48 menerusi Mario Mandžukić. Gol menerusi satu tandukan cantik ke kiri penjaga gol telah meletakkan Croatia dihadapan 3-1.

Perlawanan kekal 3-1 dan Croatia berjaya mempertahankan kedudukan sehingga tamat perlawanan. Perlawanan ini dimenangi Croatia dan meletakkan Croatia berada di tangga pertama Kumpulan C yang turut diekori Spain dan Italy.

Statistik perlawanan :-

Babak Menarik Euro 2012 (11/6/2012) : Spain (1) Vs Italy (1)

June 11, 2012 at 2:11 am

Perlawanan sengit antara Italy dan Spain berkesudahan seri 1-1 dimana kedua pasukan berkongsi satu mata di carta liga kumpulan C. Perlawanan yang sengit dan seimbang telah memberikan reaksi positif kedua-dua peminat pasukan Italy dan Spain. Serangan balas kedua-dua pasukan dan kawalan bola yang baik telah menjadikan perlawanan ini pantas dan sengit.

 

Antonio Di Natale races berjaya memperdaya Casillas untuk mendapat gol pertama Italy setelah menerima satu hantaran cantik oleh Andrea Pirlo.

Antonio Di Natale races meraikan jaringan pertamanya di  Euro 2012 bersama rakan sepasukan.

Casillas menjadi individu penting dalam memastikan spain tidak terlalu banyak bolos dalam perlawanan ini dan beliau telah berjaya menjaga gawang spain dari dibocori oleh serangan balas pasukan Italy.

Cesc Fàbregas menjadi penyelamat pasukan Spain apabila meledakkan gol penyamaan pada minit ke-64 setelah menerima satu hantaran daripada silva. Kedudukan seri 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan kedua-dua pasukan berkongsi 1-1 mata.

Statistik perlawanan :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...