Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 4

April 12, 2013 at 12:06 am

DSC_0015

Di hari keempat merupakan hari yang mula panas di korea. Ini dimana hari ini suhu mula menaik kepada 8 darjah celcium di pagi hari. Tapi ia tetap sejuk berbanding dengan Malaysia. Tempat pertama saya pergi pada pagi ini adalah  Chuncheon Stream iaitu sebuah sungai yang diubahsuai sebagai tempat lawatan pelancong. Pada asalnya sungai ini sangat kotor dan pihak kerajaan Korea Selatan telah mengubah tempat ini menjadi cantik seperti yang anda telah saksikan di gambar ini.

Sungai ini mengalir di tengah bandaraya Seoul dan menjadi tumpuan pelancong yang datang ke sini. Boleh kata ini destinasi wajib jika anda ke sini dan waktu paling sesuai untuk melawat tempat ini adalah di waktu malam kerana lampu-lampu akan menyinari kawasan ini.

 

DSC_0016

waktu saya ke sini, ramai student korea tengah buat shooting filem.. tak tahu la filem apa yang mereka buat kat sini. tempat ni memang romantik jika anda bawa pasangan anda. kawasan yang tenang walaupun berada di tengah kesibukan kota seoul ini.

 

DSC_0107

setelah lepak di sungai, kali ini saya ke tempat tumpuan pelancong yang lain iaitu Gyeongbokgung palace. Ini adalah istana utama korea dimana  telah dibina semula beberapa tahun yang lalu. Hampir keseluruhan bangunan istana musnah akibah keganasan tentera jepun yang menjajah korea. Jadi dekat sini adalah peninggalan peperangan terdahulu dan barangan istiadat diraja korea. Disini juga kalau anda perasan dijadikan tempat shooting drama korea yang berkaitan istana. memang popular tempat ini untuk buat shooting.

 

DSC_0130

Gambar diatas ini adalah kawasan atau bangunan tetamu pada zaman pemerintahan diraja dahulu. Kebiasaannya diplomat china akan tinggal disini dan beberapa tetamu disekitar korea akan tinggal disini. Tidak bagi jepun kerana itu adalah musuh utama rakyat korea sehingga kini.

 

DSC_0227

Gambar diatas ini pula adalah rumah yang ditinggal oleh permaisuri diraja. Dengar kabarnya dia mati dibunuh oleh tentera jepun dan rumahnya dibakar. Mayatnya dicapat di gunung belakang istana ini. Istana ini dikelilingi 3 buah gunung yang menjadi simbol feng shui yang dipercayai mereka. kononnya ada ong la..macam gitu..

 

DSC_0366

Istana pagoda ini banyak terdapat kat sini, anda boleh ambil gambar kenangan dan pasti akan diingati kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong serata dunia !!!

 

DSC_0269

Yang anda nampak ada polis ini adalah Blue House iaitu kediaman rasmi presiden Korea selatan. Kawasan ni memang banyak polis. Blue house ni kira macam white house la yang kat US tu..Blue House ni terletak di belakang gyeongbokgung palace, jadi anda boleh keluar dari istana untuk ambil gambar disini. pastikan anda jangan hilang tiket kerana anda boleh memasuki semula gyeongbokgung palace.

 

DSC_0308

Seterusnya adalah The National Folk Museum of Korea. Lokasi ini terletak di dalam gyeongbokgung palace dan bayaran percuma untuk masuk ke sini. Disini anda dapat melihat sejarah terdahulu korea. Banyak perkara sejarah dan asal usul korea terdapat disini.

 

DSC_0325

Ini anda pakaian masyarakat korea yang dulu. Antara pakaian terkenal disini adalah Hanbok iaitu pakaian rasmi diraja. kat sini boleh juga pakai pakaian ni dan anda boleh sewa pakaian tersebut untuk ambil gambar kenangan.

 

DSC_0332

Inilah beberapa tinggalan sejarak korea yang masih ada sehingga kini. Disini juga terdapat sejarah perang korea yang menemukan jepun sebagai saingan utama mereka.

 

DSC_0012

Setelah puas berjalan di pagi hari..tiba masa untuk makan tengah hari di Good Restaurant yang terletak di tengah2 bandaraya seoul. Apa lagi..makan kimchi lagi laa…naik muak saya makan benda ni..sampai nak termuntah…hahaa

 

DSC_0009

Nasib baik la ada ikan grill ni. sedap la sikit menu tengah hari saya walaupun terpaksa makan kimchi..hehe

DSC_0074

Setelah makan, saya menaiki river cruise di Hangang River. Sungai ini merupakan pembahagi seoul selatan (kangnam) dan seoul utara (kangguk) . Kalau korang selalu dengan gangnam style tu..gangnam tu kat sini la tempatnya yang bermaksud tanah selatan. Naik cruise ini selama satu jam dan dapat melihat bandaraya seoul dari jalan air.

 

DSC_0614

Nampak muka kepenatan saya tu, yela sudah 4 hari di korea tanpa makan nasi yang banyak..hehee… anak buah saya ni kemain seronok lagi naik bot ni..dekat sini jika kene pada waktunya anda akan dapat melihat banyak burung berhijrah terutama dari musim sejuk ke musim panas. jadi waktu saya pergi ni memang banyak burung terbang berhampiran bot kami..

 

DSC_0105

sebelah petang pula, saya ke myeongdong fashion street iaitu sebuah tempat yang terbesar di seoul untuk shopping barangan kecantikan. kat sini memang ramai gila orang dan tempatnya sangat besar. kalau boleh anda ambil la map dari pihak tourism yang ada disini.

 

DSC_0685

Dekat sini anda nak cari produk kecantikan, baju, makanan, dan segala hal wanita semua ada. kalau bab lelaki ada tapi kurang sikit la kat sini. banyak perkara berkaitan fesyen dijual disini dan jika anda gemar kpop.  anda boleh la cari baju kpop kat sini..memang berlambat ada jual. kat sini tak banyak jual souvenir korea dan kalau ada pun sangat mahal.

 

DSC_0731

Dekat sini memang terkenal ais krim setinggi 32 cm. kalau datang ke sini pastikan anda beli. memang murah ..harganya 2000 won atau Rm 6 duit Malaysia. tapi memang berbaloi la makan dan rasanya pun sedap. yang peting jangan was-was ye.

 

DSC_0749

Untuk makan malam , kami singgah di Iteawon dan makan di restaurant tempat hari pertama kami makan. setelah makan kat situ, saya sempat shopping sikit dengan membeli roti. Kat kedai salam bakery ni ada jual banyak roti dan harganya pun murah. makanan kat Iteawon kebanyakkannya halal dan dimasak oleh orang beragama islam.

 

DSC_0746

 

banyak pilihan kat sini , saya suka beli roti kat kedai ni dan tuan kedainya peramah walaupun dia tak pandai berbahasa inggeris. kalau kita cakap annyeonghaseyo atau pun kamsahamida..itu sudah pasti membuatkan mereka tersenyum :)

saya akan sambut perjalanan saya di korea di post yang akan datang. Hari ke lima adalah hari terakhir saya di korea  dan berat hati nak tinggalkan negara ni…

Percutian Ala Kampung Di Homestay Pulau Chekas

October 12, 2012 at 1:07 am

Pulau Chekas ? Pasti anda terfikir dimanakah terletaknya Pulau Chekas ini. Tak jauh mana pun Pulau Chekas dengan KL ni. Kira-kira 2 jam perjalanana dari KL ke sini. Ia terletak di Kg. Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang. Saya sempat meluangkan masa seharian disini untuk menikmati suasana alam dan fauna serta keindahan Kg. Peruas yang terkenal dengan sungainya yang jernih dan seronok untuk mandi-manda.

Terdapat pelbagai tarikan yang menanti anda disini dan salah satunya adalah Hutan Lipur Lata Jarum, Bunga Rafflesia, Kampung “Joy Ride”, kebudayaan dan permainan tradisional. Terima kasih kepada Tourism Malaysia Pahang yang membawa saya ke sini dan banyak pengalaman dan perkara baru saya lalui disini.

Perjalanan kesini dimulakan dengan para media berkumpul di PWTC dan kemudiannya meneruskan perjalanan selama 2 jam untuk kesini. Setibanya disini, kami dijemput oleh penduduk sekitar termasuk pemilik Homestay Kg.Peruas dan juga sebagai ketua kampung disini. Kedatangan kami disambut dengan tarian kebudayaan masyarakat sekitar kampung Peruas ini.

Setelah itu, kami dibawa untuk makan tengah hari disini. Sambil menikmati udara segar di kampung ini dapatlah juga saya melihat permandangan cantik air sungai yang mengalir betul-betul bersebelahan dengan Homestay kg.Peruas ini. Saya sempat menjamah Ubi dan istiwewanya ia berwarna ungu. Menu ini dicicah bersama gula kabung atau dikenali sebagai gula melaka. Selain itu, turut dihidangkan tapai yang disediakan oleh pihak Homestay ini.

Tapai Pulut

Gula Kabung

Selesai makan, kami dibawa untuk melihat proses pembungkusan bunga kantan yang sangat terkenal disini. Bunga kantan amat terkenal dan ianya amat diperlukan di dalam masakan. Bunga kantan disini biasanya akan dihantar di pasar disekitar Raub dan di daerah lain. Selain itu, ia juga turut dihantar ke KL bagi menampung keperluan disana.

Kelantan Food Trail & Kota Bharu Sky Scenic 2012 – Day 2

September 25, 2012 at 5:48 pm

Bangun pagi di hari kedua bagi program Kelantan Food Trail & Kota Bharu Sky Scenic 2012 membuatkan saya begitu teruja kerana hari ini adalah hari yang paling mencabar di dalam program ini. Jadual yang penuh padat di hari kedua ini dimana kami dibawa ke Min Camp, Kubang Kerian. Tetapi sebelum itu, saya perlu siapkan diri dengan mengemas semua beg saya kerana pada pagi ini kami akan Check Out dari Grand Riverview Hotel (GRV), Kota Bharu.

Sebelum Check out, saya sempat untuk bersarapan pagi di Restaurant Brasserie. Pelbagai juadah sarapan pagi disediakan oleh GRV hotel dan kebanyakkan ialah masakan ala-barat. Menu sarapan seperti Bijirin,Roti dan Sosej menjadi pilihan saya untuk sarapan pagi disini. Jarang juga saya bersarapan pagi dengan Buah-buahan dan susah nak lihat hotel hidang buah sebagai sarapan pagi. Selain itu, terdapat juga hidangan Nasi Dagang dan Nasi Kerabu  dihidangkan tetapi bergantung kepada pihak pengurusan hotel GRV sendiri untuk menghidangkan menu yang mana satu.

Bagi Minuman pula, terdapat Coffee dan Tea selain jus-jus buah-buahan yang dihidangkan disini. Layan Diri adalah konsep sarapan pagi disini dan pakej sarapan pagi ini adalah termasuk di dalam pakej penginapan hotel disini. Berikut merupakan menu makanan yang sempat saya cuba untuk sarapan pagi :-

Bijirin

Bacon

Buah-buahan

Setelah menikmati sarapan pagi, aktiviti program Kelantan Food Trail & Kota Bharu Sky Scenic 2012 diteruskan lagi dengan kumpulan kami bergerak menuju ke Min Camp, Kubang Kerian. Min Camp terletak di Kampung Pulau dan ianya terletak bersebelahan dengan Sungai Wakaf Stan, Kubang Kerian. Perjalanan dari GRV hotel ke Kampung Pulau adalah sejauh 8 km melalui jalanraya dan lebih kurang 2 Km menyusuri sungai Wakaf Stan.

Tempoh perjalanan selama 15 minit dari bandar Kota Bharu ke tebing sungai wakaf stan ini. Setelah tiba di Jambatan Tok Guru iaitu di tebing sungai wakaf stan ini, kami diperkenalkan dengan Persatuan Kenu Kelantan yang akan membawakan kami ke Min Camp dengan mengunakan bot.

Untuk menaiki bot ini anda boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi talian 013-9512501. Selain daripada perkhidmatan bot, disini juga terdapat perkhidmatan menyewa kenu/kayak. Kadar bayaran serendah Rm 3.00 bagi sewa 2-3 jam dan bayaran maksimum sebanyak Rm 20 bagi sehari atau Rm 45 bagi sewa kenu selama dua hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...