Uji Adrenaline Anda Di Genting Highland Theme Park

May 18, 2012 at 1:03 am


Baru-baru ini uzair bersama beberapa orang blogger yang telah pun mengikuti satu trip yang ditaja oleh Genting ke Genting Highland Theme Park. Para blogger yang hadir semestinya dijemput oleh Nuffnang bagi memeriahkan trip satu hari ke Genting Highland ini. 2 Minggu lepas saya telah post satu entry tentang apa yang saya buat di trip ini. Dan entry kali ini saya ingin menceritakan tentang bagaimana seronoknya ketika saya berada di dalam Theme park itu.

 

Permainan pertama yang saya main di Genting Highland theme park ini adalah space shot.  Space shot ini mempunyai ketinggian 185 kaki  dan anda bakal jatuh dari tahap tertinggi dengan kelajuan 67 Km/h. Menarik bukan? pastinya anda yang tidak cukup berani tidak akan melakukan sesuatu yang menguji adrenaline ini. Space shot ini mengunakan kuasa hidraulik bagi menaikkan anda tinggi ke udara. Soal keselamatan pastinya menjadi aspek penting bagi Space shot ini. Ia sememangnya selamat dan anda dilengkapi alat keselamatan yang canggih dan selamat.

 


Space Shot
space shot ini merupakan permainan outdoor yang terletak di puncak bukit di dalam Theme Park. Lokasinya betul-betul dihadapan go kart. Anda digalakkan mencuba permainan yang menyeramkan ini kerana ia merupaka salah satu pengalaman manis anda disini.

Permainan yang saya main seterusnya adalah Fun Kart ataupun go kart. Permainan diantara permainan popular di Theme Park ini. Disini ia disediakan 800 meter panjang litar pelumbaan yang pasti membuatkan diri anda seperti pemandu F1. Syarat kelayakan untuk bermain go kart ini adalah hanya memerlukan pemandu yang melebihi tinggi yang ditetapkan iaitu 153 cm.  Terdapat 10 buah go kart disediakan dalam 1 masa dan 5 minit masa pelumbaan diberikan kepada setiap pemandu. 
Berbeza pula dengan permainan seterusnya yang saya main iaitu pirate ship.  Permainan ini sesuai untuk keluarga dan syarat utama permainan ini adalah setiap individu mestilah melebih ketinggian sebanyak 122 cm . Aspek keselamatan yang terbaik dan anda akan berasa seperti lanun diatas kapal. Pirate ship ini akan membuatkan anda geli perut kerana anda seperti berhayun pada buaian yan tinggi. sangat menarik dan teruja saya mencubanya dananda juga patut mencubanya jika datang ke sini.
Yang berikut ini adalah Spinner iaitu permainan wajib bagi saya jika ke genting highland.  Spinner ini adalah seperti buaian yang berpusing selama 1 minit 30 saat mengikut arah jam. Ia mempunyai 48 buah buaian dan anda akan dibuaian setinggi 8 kaki dari darat. Syarat ketinggian permainan ini adalah 107 cm dan kepada orang yang bercinta amat sesuailah anda bermain permainan ini kerana ia akan merapatkan lagi hubungan cinta anda disini. hehehe
Video diatas ini adalah merupakan “Asia First Hang-gliding roller coaster” .  Ia dikenali sebagai Flying Coaster yang mempunyai kelajuan selaju 43.7 km/h.  Anda akan berasa seperti terbang disepanjang laluan flying coaster ini iaitu sejauh 391 meter dan dengan ketinggian 20 kaki. Dengan trademark utama spiderman, permainan ini merupakan salah satu permainan baru di Genting Highland.  Permainan yang menyeramkan ini akan membuatkan anda tidak duduk diam diatas roller coaster itu kerana anda berada di dalam keadaan menyarap. sangat menarik permainan ini dan anda perlu mencubanya. saya sendiri telah mencubanya dan ternyata ia membuatkan anda terdiam seketika kerana anda bagaikan terbang seperti spiderman..hehe
kesemua permainan outdoor di theme park ini akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 petang..sebilangan permainan akan ditutup jika cuaca tidak mengizinkan ataupun hujan lebat. ini bagi menjamin langkah keselamatan anda disetiap permainan. selepas puas bermain permainan outdoor , saya pula berpindah ke indoor dimana saya sempat mencuba sky venture iaitu salah satu permainan yang paling best disini.
Permainan sky venture ini merupakan salah satu cara latihan bagi terjunan payun terjun. Anda akan merasai satu pengalaman yang menyeramkan dimana anda akan berasa seperti terjun payung terjun. Ini merupakan salah satu wild tunnel pertama di asia dan anda akan merasai tolakkan angin selaju 193 km/h .
oleh itu anda akan berasa seperti terpaung diudara dengan angin yang kuat akan menolak anda. syarat penting bagi sky venture ialah berat anda mestilah tidak melebihi 114 kg. Bayaran Rm 50 dikenakana kepada yang hanya ingin mencuba permainan ini sahaja dan Rm 38 untuk yang ada gelang (outdoor/indoor).
Lihatlah keseronokan terbang seperti terjunan payung terjun. sangat teruja dan menari perhatian saya kerana ini merupakan salah satu pengalaman menarik di dalam hidup saya. sangat mencabar untuk terapungkan diri dan banyak perkara baru yang saya belajar tentang sky venture ini.
setiap penyertaan sky venture anda akan diberikan sijil sebagai bukti anda telah mencuba permainan ini.  itu sahaja permainan yang saya sempat cuba di trip genting highland bersama nuffnang ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Awana, Genting Highland dan Nuffnang serta rakan blogger yang turut serta dengan trip ini. Diharap kita jumpa lagi di event yang akan datang ..peace…

Seharian Di Kota Keriangan Genting Highland

May 6, 2012 at 9:53 am

Hari khamis yang lalu, Uzair sekali lagi menyertai satu trip bersama Genting dan Nuffnang Malaysia. Trip kali ini membawakan diri saya ke   Genting Highland Theme Park.  Trip kali ini sangat best bagi saya kerana saya dapat berjumpa dengan ramai blogger yang baru saya kenali. Diantara rakan-rakan blogger yang turut serta dengan trip ke Genting Higland ini adalah seperti Cik Lily Putih, Ruby ,Nisa Kay, Pen Merah, Yen ling Tiew, Hamza Terbang Tinggi-tinggi , Rayyan Haries dan ramai lagi.

Trip ke Genting ini dimulakan dengan para blogger berkumpul di Wisma Genting, Jalan Chulan dan menaiki bas disana.  Kami semua mula berkumpul disana sekitar jam 8.30 pagi dan kesemua blogger tiba awal disana kerana tidak sabar untuk ke Genting Theme Park. Sekitar 20 orang blogger dan setiap blogger dibenarkan membawa 1 orang bersama untuk menikmati keseronokkan di Kota Keriangan Genting. Perjalanan kami dimulakan pada jam 9 pagi dan kami tiba di hadapan Theme Park pada jam 10 pagi. Setiba di pintu utama, kami sempat bergambar bersama blogger dan staff Genting serta Nuffnang yang turut serta bersama kami.

Permainan pertama yang saya mula main adalah Space Shot. Space shot ini merupakan diantara permainan yang paling menakutkan dan menguji iman anda terhadap keadaan anda yang paling tinggi di udara. Space Shot yang setinggi 100 meter ++ ini sangat menarik perhatian saya kerana ia merupakan permainan yang menguji adrenaline anda. Saya menaiki space shot ini bersama blogger terbang tinggi-tinggi dan adik blogger Ruby. Ini merupakan satu pengalaman bermakna dalam hidup saya apabila saya dapat merasai perasaan takut akan ketinggian dan gayat. Ini merupakan kali kedua saya menaikki Space Shot ini dimana kali terakhir saya mencubanya pada tahun 2010. Setelah puas mencuba Space Shot Kami bertukar pula dengan mencuba Go-Kart disini.

Ini kali pertama saya menaiki Go-Kart di atas puncak Genting Highland ini. Berlumba Go-Kart di dalam cuaca yang sejuk merupakan satu pengalaman baru bagi saya dan ia sangat menarik apabila kami sempat berlumba Go-Kart bersama dengan para Blogger yang menyertai Trip ini. Aspek keselamatan amatlah penting di dalam perlumbaan G0-Kart ini dan kami diberikan penerangan tentang langkah-langkah keselamatan menaiki Go-Kart ini. Jadi ia tidaklah menjadi masalah kepada pengunjung yang datang ke sini untuk mencuba Go-Kart. Ini kerana Go-kart disini hanya mengunakan brek dan pedal minyak untuk pemanduannya. Jadi ia sangat mudah bukan ?

Gambar yang menarik diatas ini adalah ketika uzair bermain permainan Pirate Train. Ia seperti buaian yang mampu membuatkan perut anda berasa geli dan perasaan gayat terhadap ketinggian. Saya sangat seronok menaiki Pirate Train ini  dan lihatlah reaksi muka rakan-rakan saya yang teruja dengan permainan ini. Ini juga boleh dikatakan permainan outdoor yang sesuai bermain bersama keluarga.

Berlainan pula bagi gambar diatas di mana saya sedang bermain permainan Spinner. Ia juga seperti buaian tetapi ianya berpusing dengan paras yang lebih tinggi.  Syarat minima untuk seseorang itu menaiki Spinner ini adalah ianya mesti mempunyai ketinggian setinggi 107 Cm. Ini penting kerana pihak Genting mengutamakan keselamatan di setiap permainan indoor mahupun outdoor di theme park ini. Untuk mencari permainan Spinner ini amatlah mudah sekali dimana ianya terletak berdekatan dengan pintu masuk utama outdoor theme park ini.

Setelah selesai sesi pertama, saya sempat melihat peta utama Theme Park ini dan saya dapati pelbagai jenis permainan yang belum sempat saya main. Oleh itu, saya telah pun merancang untuk menyambung semula bermain permainan di theme park ini selepas makan tengah hari nanti.

Setelah hampir 2 jam bermain permainan di outdoor , kami pun singgah makan di Restoran Happy Valley Seafood yang terletak betul-betul di sebelah bangunan pintu masuk theme park. Restoran ini mensajikan pelbagai makanan laut yang pastinya sedap disambil anda dapat menikamati suasanan permandangan KL dari tingkap restoran tersebut.

Setelah makan, kami meneruskan semula keseronokan di Kota Keriangan ini dengan singgah ke Dinosaurland. Dinosaurland ini direka diatas bukit yang mempunyai sebuah batang sungai rekaan disamping disediakan beberapa buah patung Dinosaur yang kelihatan seperti Dinosaur sebenar. Selain itu, ia juga mempunyai jambatan gantung yang menampakkan permandangan cantik Kuala Lumpur.

Kini tibalah waktu dinantikan apabila kami semua mencuba permainan paling menarik di dalam Indoor iaitu Sky Venture. Permainan ini seolah-olah seperti terjunan payung terjun. Namun disini mereka mengunakan kuasa angin bagi menerbangkan orang.  Perasaan cemas pastinya ada pada setiap orang yang mencubanya buat kali pertama dan saya sendiri mula takut apabila saya terbang tinggi ke udara.

Anda akan diberikan sijil penyertaan sebagai bukti anda telah melakukan Sky Venture disini. Ini merupakan salah satu detik manis saya di Genting Highland apabila saya dapat mencuba sesuatu perkara yang baru di dalam hidup saya. setelah ke Sky Venture,  kami ke 4D Theater yang juga terletak di dalam kawasan indoor.

“Haunted Mine” merupakan filem 4D yang sedang ditayangkan disini. Theater ini akan ditukarkan filemnya dua kali setahun. Jadi ia akan sentiasa berubah filem supaya tidak membosankan penonton yang hadir. Filem 4D ini juga sangat menarik dan sama seperti di Disneyland dan Universal Studio singapore. Filem yang ditayangkan selama 15 minit ini mengunakan pelbagai teknik 4D yang menarik dan anda dapat merasai seperti diri anda di dalam filem tersebut. ketika sudah hampir tamat waktu permainan di Theme Park, saya sempat mencuba bermain permainan  Flying Coaster.

Permainan Flying Coaster ini mula ada disini sekitar 5 tahun yang lalu dan ia menjadi salah satu permainan wajib oleh pengunjung disini kerana Flying Coaster ini tidaklah terlalu seram seperti permainan di dalam outdoor yang lain. Jadi jika anda datang kesini anda perlulah mencuba permainan ini. Tamat sudah perjalanan di Theme Park, kami semua singgah Coffee Terrace untuk menikmati makan malam disana.

Disini disediakan pelbagai makanan ala buffet yang anda pilih dan makan. Ada pelbagai jenis seperti Masakan asia, barat, jepun, nyonya dan melayu. Makanan disini kesemuanya disediakan oleh chef yang terbaik yang pastinya anda akan menikmati makanan yang sedap di atas puncak genting ini.

Sebelum pulang, kami semua sempat bergambar sebagai kenangan kami bersama blogger Nuffnang yang diundang Genting untuk menikmati seharian di Kota Keriangan Genting Highland.

*entry ini hanya menceritakan seharian saya disana saja. reviewnya akan menyusul tidak lama lagi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...