Konsert : Train Gegarkan KL live !!!

June 16, 2012 at 11:22 pm

16 June 2012 : Kumpulan Yang dikenali menerusi lagu “Soul Sister” telah berjaya memukaukan lebih 2500 orang yang hadir pada konsert Train di KL Live malam tadi. Konsert yang dimulakan pada jam 8.30 malam itu dianjurkan oleh JS Concert & Fatboys sangat dinantikan oleh peminat kumpulan Train ini. Dianggotai oleh Patrick Monahan (vocals), Jimmy Stafford (Guitar) dan scoot underwood (Drums) telah berjaya menghiburkan peminat yang hadir di konsert ini.

Train dalam rangka jelajah Asia sempat singgah ke Kuala lumpur sebagai salah satu perhentian mereka di jelajah asia ini. Train merupakan band yang telah memenangi pelbagai anugerah di Grammy Awards, Billboard music awards dan pelbagai lagi. Oleh itu, sudah pasti peminat Train di Malaysia sangat menantikan kehadiran band ini ke Malaysia.

17  buah lagu keseluruhannya telah disampaikan oleh kumpulan Train ini. Antara lagu yang di sampaikan pada konsert ini adalah seperti 50 Ways, This’ll be my year, if its love, meet virginia, i got you, soul sister, Drive by dan pelbagai lagu lagi yang melibatkan dari album pertama mereka sehingga yang terkini.

Train Live in Kuala Lumpur

May 16, 2012 at 3:19 pm

Kumpulan yang terkenal dengan lagu “Hey Soul sister” ini telah pun mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia pada bulan hadapan. Ini dimana konsert Train bakal diadakan di KL live pada 16 June 2012 (Sabtu) jam 8.30 malam. Band yang berasal dari San Francisco, California ini bakal tampil buat kali pertama di Malaysia dan mereka dibawakan khas oleh Js Concert dan Fat boy sebagai penganjur konsert.

Band ini ditubuhkan pada 1994 dan namun album pertama kumpulan ini hanya mula release pada 1998. lagu hit ketika itu adalah berjudul “Meet Virginia” . Kumpulan Train yang dianggotai oleh  Patrick Monahan (vocals), Jimmy Stafford (guitar, vocals) dan Scott Underwood (drums, percussion) ini pastinya akan membuatkan peminat mereka di Malaysia menantikan kehadiran mereka.

Tiket konsert Train ini anda boleh dapati di Rock Corner, Victoria Music Centre , The Guitar Store outlets, KL Live dan secara online di www.ticketpro.com.my.Tiket berharga RM 288 (Rock Zone), RM198 (Chill Out Zone) ,  RM 128 (Regular) and early birds akan mendapat 20% discount dan sah sehingga 31 mei ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...