Cara Semak Lokasi Pengundian PRU13 Melalui SMS / LamanWeb

April 10, 2013 at 4:42 pm

1

 

Orang ramai boleh mula membuat semakan mengenai pusat dan saluran mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mulai 15 April, menerusi laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).Semakan boleh dibuat di laman web SPR www.spr.gov.my dan portal rasmi PRU13 di www.pru13.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080. selain semakan menerusi laman web dan SMS, pengundi juga boleh menelefon ke ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau pejabat pilihan raya negeri.

Manakala bagi daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk cakera padat (CD) pula akan mula dijual pada 15 April dan dalam bentuk buku pada 19 April.

 

 

Himpunan Pantun Ramadhan & Aidilfitri Yang Lucu 2012

July 15, 2012 at 10:52 pm

 

Berikut Merupakan himpunan pantun hari raya dan berpuasa yang telah dikumpul daripada pelbagai sumber. pasti anda akan tersenyum lebar dengan membaca ucapan hari raya dan salam kemaafan ini.. Jika anda berminat boleh la anda copy dan hantarkan kepada rakan-rakan anda sebagai tanda ingatan tulus ikhlas di hari yang mulia nanti..

 

Selembut embun di pagi hari,tengadah tangan sepuluh jari, ucapkan salam setulus hati, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan… Mohon Maaf Lahir Bathin

Pergilah keluh, ku tak mau berteman dengamu. Silahkan kesah, kau bukan takdirku… mujahadah adalah temanku, dakwah adalah nafasku, dan Allah adalah kasihku… Maafkan segala kesalahan

Mengingat kata yang salah, hati yang berprasangka, janji yang terlupakan,sikap & sifat yang menyakitkan, di hari ini ijinkanlah ku juga mengucapkan MOHON MAAF LAHIR DAN BATHIN

Anak melayu mengail ikan, perahu berlabuh di tengah lautan, sambil menunggu datangnya Ramadhan jari ku susun mohon ampunan, selamat menyambut bulan suci ramadhan bagi semua umat Muslim…

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf lahir dan bathin….

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF LAHIR & BATHIN…SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Bila hati saling terpaut
rasa cinta terjalin indah
Bila salah & khilaf telah terjadi
Mohon maaf lahir & batin atas segala kesalahan

“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi di bulan yang penuh mahrifah

Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung
jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman
Marhaban Ya Ramadhan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Mohon Maaf Lahir Dan Bathin

Gersang bumi tanpa hujan…gersang akal tanpa ilmu…gersang hati tanpa iman…gersang jiwa tanpa amal…Marhaban ya Ramadhan…Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Mohon Maaf Lahir Dan Bathin

Hidup ini hanya sebentar lagi
bentar marah,bentar ketawa
betar berdui,bentar boke
bentar senang,bentar susah
ooo ye…bentar lagi bulan puasa
met Ramadhan ye…Mohon Maaf Lahir Bathin

Ramadhan ke enam kini menjelma
Bersyukur kita dipanjangkan usia
Perbanyakkan amalan jauhi dosa
Moga ibadah Allah terima

Bulan Ramadhan bulan berkat
Nafsu dikawal syaitan di ikat
Perhambakan diri kepada Yang Zat
Agar diri beroleh manfaat

 

klik more untuk lihat lebih banyak pantun yang menarik.. :)

Bagaimana Menyemak Lokasi Pengundian PRU-13 Anda?

March 23, 2012 at 10:02 pm

Pilihan Raya Umum ke-13 kian hampir dan dijangkakan beberapa bulan sahaja lagi PRU13 bakal dilangsungkan bagi memilih parti yang mendapat sokongan ramai untuk dijadikan kerajaan. Ramai orang yang sering kecoh-kecoh bercerita dan berpolitik sana-sini, sedangkan mereka masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih. Jadi jika benar anda seorang yang sayangkan negera dan bercerita hebat tentang politik Malaysia ini, ayuh daftar sebagai pemilih di pejabat pos dan di kaunter SPR di serata Malaysia.

Jika anda sudah mendaftar sebagai pemilih, pastikan anda menyemak tempat atau lokasi mengundi anda bagi tidak mengalami sebarang kesilapan ataupun kesusuhan sewaktu membuang undi nanti. Cara menyemaknya sangat mudah, anda hanya perlu melawati laman web suruhanjaya pilihan raya iaitu di http://www.spr.gov.my/ .

klik di semakan daftar pemilih bagi menyemak status terkini dan lokasi pengundian anda.

selain itu,anda juga boleh menyemak melalui SMS iaitu dengan menaip (SPR<JARAK>SEMAK<JARAK>NO.IC tanpa simbol (-) dan hantarkan ke 15888. Selamat mengundi dan tunaikanlah tanggungjawab anda semua ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...