Tahniah : Pandelela Raih Gangsa Acara Terjun 10M

August 10, 2012 at 9:21 am

Pandelela Rinong ternyata tidak menghampakan sandaran negara terhadapnya apabila dia menghasilkan pingat kedua Olimpik buat kontinjen Malaysia, selepas menduduki tempat ketiga saingan akhir 10m platform wanita individu, awal pagi tadi.

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).

Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008. Tahniah kepada Pandelela kerana telah mengharumkan nama negara di pentas dunia dan ini satu penghormatan kepada Malaysia dimana berjaya meraih 1 perak dan 1 gangsa di kejohanan olimpik yang menemukan jaguh seluruh dunia.

Kumpulan Muse Nyanyi Lagu Rasmi Sukan Olimpik London 2012

July 6, 2012 at 12:20 am

Muse 

Muse talk about their London 2012 inspired song ‘Survival’

 

Kumpulan Muse yang dianggotai oleh  Matt Bellamy, Dominic Howard dan Chris Wolstenholme  telah pun dipilih oleh pihak penganjur sukan olimpik 2012 sebagai kumpulan yang akan menyanyikan lagu rasmi sukan olimpik London iaitu ” Survival”. Kumpulan Muse yang sangat diminati remaja di Malaysia ini bakal tampil dengan album terbaru meraka yang berjudul “The 2nd Law” yang dijangka release pada September ini.

Kumpulan yang mula dikenali pada tahun 1994 ini sudah pun berjaya memenangi pelbagai anugerah dan telah berjaya meraih hasil jualan jutaan unit album mereka. Lagu oleh Kumpulan No.1 UK ini bakal dimainkan pada setiap majlis penyampaian pingat dan beberapa majlis rasmi sukan olimpik di London nanti.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...