Nuffnang Trip To Awana Kijal – Day 1
Salam sejahtera semua, pembaca blog UzairOthman.com pastinya tahu yang uzair baru saja pulang dari Terengganu. Uzair sebenarnya menyertai Nuffnang Trip ke Awana Kijal, Terengganu bagi membuat review tentang Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort yang terletak di Kemaman, Terengganu. Percutian selama 3 hari 2 malam itu merupakan salah satu percutian yang menarik dimana uzair dapat merasai resort 5 Star dan yang terkemuka di Pantai timur. Saya dipilih oleh Nuffnang bagi menjadi salah seorang ahli trip ke Terengganu ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan Genting kerana memilih saya untuk bercuti di sana.
Di Wisma Genting, Menunggu bas nak jalan..
Hari Pertama :-
Di hari pertama trip ini, kesemua peserta berkumpul di Wisma Genting yang terletak di Jalan Chulan,KL pada jam 9.00 pagi. Tibanya saya di wisma Genting, kelihatan ramai blogger sudah sampai lebih awal kerana tidak sabar untuk ke Terengganu. Antara blogger yang menyertai trip ini ialah DDFABULOUS , Cik Lily, Nisa Kay, Ruby, Jess,Gadis Kampung separa bandar , MadamMondoq , Red Mummy , Bro Fazrul dan ramai lagi.
Brief tentang perjalanan ke Awana Kijal
Sebelum bertolak ke Awana Kijal, kami diberikan briefing terlebih dahulu mengenai jadual perjalanan ke sana. Genting menghantar beberapa orang stafnya bagi menguruskan percutian kami disana. Setelah selesai briefing, kami pun memulakan perjalanan ke Terengganu yang mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit dengan menaiki bas. Untuk ke Awana Kijal, laluan yang paling cepat sampai adalah denga mengunakan lebuhraya Pantai timur yang menghubungkan laluan dari Bentong ke Terengganu. Namun sebelum tiba di Awana Kijal, kami sempat singgah di kuantan, Pahang untuk makan tengah hari.
Kita makan dulu !!
Kami singgah makan tengah hari di Pak Su Seafoof Restaurant yang terletak di Batu 6, kg. Berserah, kuantan. Lokasi lebih tepat lagi adalah kedai ini terletak betul-betul diantara hotel Palm Beach Chalet Resort dan Swiss Garden Hotel. Di kedai ini, menu utama mereka adalah seperti Stuffed Crab, Cheese Lobster, Vietnamese Prawn, Thousand island Chicken, Asam Steamed fish dan PAKSU Beancurd. Gerai ini dibuka pada setiap hari iaitu pada jam 11.30 am -2.30 am dan 5.30 am -12pm. Jika anda ke kuantan, anda perlulah singgah di kedai ini kerana makanan yang disajikan sememangnya halal dan sangat sedap.
Antara makanan yang disajikan kepada kami
Untuk maklumat lanjut anda bolehlah melawati blog Pak Su Restaurant iaitu www.paksu-seafood.com.my atau hubungi terus bagi ingin membuat tempahan di talian 09-5448025. Setelah puas makan di Pak Su Seafood, kami sempat menjenguk dibelakang kedai ini, dimana terdapat pantai yang cantik dan pasir pantainya berwarana kehitaman. Oleh itu sempat lah juga kami mengambil gambar kenangan di sini.
inilah beberapa orang blogger yang sempat mengambil gambar disini, semuanya tak sabar nak sampai Awana Kijal sebab nak tidur..hahaha.. maklumlah kepenatan di dalam bas dengan tak habis2 bergosip dan berborak bersama blogger..hahahaha… apa-apa pun #Nasibla .. Setelah puas menjamu selera , kami pun meneruskan perjalanan ke Awana Kijal dan akhirnya kami tiba disana sekitar jam 4 petang. suasana meriah menanti kami disana di mana kami disambut oleh staff-staff hotel yang memberikan layanan terbaik dan menyambut kami dengan penuh meriah.
Gambar dari Lobby Hotel
Saya diberikan bilik 516 dan saya tinggal bersama Blogger DDfabolous. setibanya saya di bilik itu, saya pun teres mengambil gambar bilik tersebut. Pelbagai kemudahan disediakan di dalam bilik yang saya menginap. Jika anda menginap di Awana Kijal, pelbagai jenis bilik disediakan kepada pengunjung. Jenis bilik yang saya dapat adalah Deluxe Twin Room (Seaview). Bilik ini jika ditempah untuk satu malam ia berharga Rm 347 – Rm 374 dan ia bergantung pada carta kadar harga setiap bilik.
kalau nak bercerita tentang hotel ni, itu mungkin lebih mudah uzair buat post yang lain. dekat post ini uzair hanya nak ceritakan apa yang uzair buat pada hari pertama sahaja. Bilik yang diberikan kepada saya ini terdapat pelbagai kemudahan seperti Tv,Astro, Bathtub dan senang cerita semuanya cukuplah untuk anda tinggal di hotel bertaraf lima bintang ini. selesai mengambil gambar di dalam bilik, saya pun bersihkan diri dan menunaikan solat jamak dahulu. Setelah itu, barulah turun ke lobby bersama-sama rakan blogger yang lain untuk makan malam.
Gambar diatas ini diambil oleh Nisa Kay dan ketika ini saya sedang di dalam perjalanan nak ke Restoran kampung untuk makan malam. Atrium Coffee lounge ini merupakan cafe yang menyediakan makanan ala barat dan semestinya coffee menjadi minuman tumpuan di sini. Atrium Coffe lounge juga turut menyediakan siaran bola sepak luar negara secara langsung disini dan bagi pengunjung ke sini dapatlah anda merasai kehangatan bola sepak walaupun anda sedang bercuti.
Restoran kampung yang terletak di tingkat 2 bangunan hotel Awana Kijal ini merupakan tempat saya makan malam. Pelbagai menu disediakan disini termasuklah makanan kampung dan makanan ala barat. Temanya yang bercirikan kampung membuatkan perasaaan saya berasa tenang disini dan dapat merehatkan minda dari penat belajar dan bekerja.
Pelbagai makanan disediakan dan diantaranya adalah tomyam,nasi kerabu,nasi dagang, kuih muih, roti dan pelbagai minuman jus. Tidak dilupakan juga lemang dan rendang sebagai menu kampung yang menjadi tumpuan di Kijal , Terengganu ini. Sushi juga disediakan disini dan para penggemarnya pasti tidak akan melepaskan peluang ini kerana makan malam disini dikira sekali di dalam pakej hotel ini.
Di tengah-tengah restoran ini terdapat sebuah sampan besar yang menjadi simbolik negeri pantai timur yang terkenal dengan masyarakat nelayannya. Ditengah-tengah sampan itu diletakkan menu seperti kek, kuih muih,bijirin dan pelbagai lagi.
Selesai makan malam, kami semua sempat bergambar dengan chef di restoran kampung ini dan kami sempat ditanya mengenai makanan yang disediakan pada malam tersebut. Ternyata makanan yang disediakan adalah terbaik dan sedap. Memang puas hati makan malam disini. Di dalam gambar ini saya sempat bergambar dengan Chef, Nisa Kay,Cik Lily putih,DDFABOLOUS, Ruby,gadis kampung separa bandar dan Red Mummy. setelah puas makan, kami pun meneruskan jadual perjalanan kami dan kali ini kami keluar dari Awana Kijal dan pergi ke Sg.Yakyah di Kemaman. Disana merupkan tempat menarik untuk pelancong melihat kunang-kunang atau kelip-kelip,. Sungai yang terkenal dengan udang galah ini merupakan destinasi kami pada malam pertama trip ini.
Di dalam perjalanan yang sunyi tanpa lampu jalan ini, kami mengharungi perjalanan dengan menaiki bas yang disediakan oleh Genting. Setibanya disana.. kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar kerana dikhuatiri ia akan membuatkan kunang-kunang itu lari berselindung dibalik pokok. Serangga ini amat sensitif pada cahaya dan ianya tidak aktif pada siang hari.. dibawah ni saya sempat rembat satu gambar dari sebuah blog. Inilah permandangan cantik kunang-kunang di sungai yakyah, kemaman.
Perasaan saya pada mulanya agak takut kerana terpaksa menaiki sampan diwaktu malam dan agak menyeramkan tempat itu. namun ,segalanya berubah apabila saya dapat melihat kunang-kunang menyinari sungai tersebut dan ia merupakan salah satu kenangan manis saya disini. Jika anda pergi kesana, saya pasti jamin anda akan berpuas hati dengan apa yang anda lihat kerana ia sangat cantik dan teruja untuk diketahui tentang spesis ini.
gambar dari www.yakyah.blogspot.com
setelah puas melihat kunang-kunang, kami pun pulang ke Awana Kijal. Di kala perjalanan pulang kami sempat singgah ke Stesen janakuasa petronas di kerteh dan ia dikenali sebagai “City Of Lights”. disana seluruh stesen janakuasa tersebut disinari dengan cahaya lampu dan ia nya sangat menarik. Namun kami hanya dibenarkan mengambil gambar dari dalam bas sahaja kerana kenderaan tidak dibenarkan berhenti di bahu jalan. sekitar jam 12 malam barulah kami tiba di Awana kijal dan kami terus balik ke bilik dan berehat bagi mengharungi aktiviti pada keesokan harinya….. Bersambung……















