Blog UzairOthman.Com Berwajah Baru !

February 7, 2012 at 2:56 am

Yahuuuuuu !! Blog UzairOthman.com kini berwajah baru dengan tema kali ini adalah warna kelabu kehitaman. seperti dijanjikan tempoh hari yang uzair hendak menukar theme baru dan ianya sudah terlaksana pada hari ini dimana uzair telah pun menukar beberapa widget di blog uzair. Namun masih ada beberapa widget yang perlu ditambah baik lagi kerana baru – baru ini blog uzair dilanda malware dan uzair terpaksa membuang beberapa widget di blog uzair .

Bagi mengelakkan perkara itu berulang, uzair terpaksa memastikan widget yang dipilih kali ini adalah yang terbaik dan bebas dari virus. Amat menyusahkan apabila blog dah terkena virus. Segala carian di google akan hilang dan ini sekaligus akan menyusahkan orang ramai untuk mencari info dari blog uzairothman.com .

kepada yang masih menyokong uzair, terima kasih kerana menyokong dan di theme yang baru diharap uzair lebih bersemangat untuk menulis lebih banyak entry lagi dan sentiasa membuat entry yang lebih berkualiti berbanding post yang terdahulu. Theme yang lebih lembut dan relax merupakan kesenangan anda untuk membaca entry di blog uzair dan diharap anda tidak pernah bosan dengan blog uzair ini.

akhirkata, terima kasih kepada yang sudi melawati blog saya dan pada 21 mei 2012 ini genaplah 3 tahun uzair berblog .diharap segala usaha uzair ini dibalas dengan baik dan berjaya..Aminn

Tukar Tali Gitar Akustik

February 6, 2012 at 10:44 am

Seperti yang korang tahu hobi uzair ni adalah bermain gitar.. kadang-kadang uzair main gitar kapuk dan kadang-kadang main gitar elektrik..tapi yang selalu main adalah gitar kapuk la sebab senang just ambil dan main je tak macam gitar electric nak kene setting dulu. semalam waktu keluar sempat la uzair singgah ke Yamaha Guitar Store di Alamanda, Putrajaya untuk membeli tali gitar yang baru. Uzair mencuba tali gitar baru iaitu PROLINE Acoustic Guitar Strings #0255742..

bunyi yang dihasilkan melalui petikan tali ini agak berbeza dari menggunakan tali gitar elektrik. bunyi tidak terlalu nyaring dan lebih kepada Bass jika mengunakan tali gitar akustik ini. memang seronok menggunakannya dimana ia satu pengalaman baru bagi uzair yang selama ini menggunakan tali gitar elektrik pada gitar kapuk.

jika ada masa lapang nanti, uzair akan rekod video muzik dan alunan tali gitar akustik ini kepada korang.. ramai orang kata bermain gitar ini adalah melalaikan..anda boleh bermain gitar tapi yang penting jangan tinggal solat ye ! hehe.. baru la tak lalai macam tu. bila dengar azan kenlah berhenti bermain gitar..kalau korang ada info pape pasal guitar boleh la korang share komen kat sini ye :)

Salam Maulidur Rasul Dan Selamat Bercuti

February 4, 2012 at 5:03 pm

Bila cuti mesti tak tau nak buat apa..kalau nak keluar ada je alasan malas nak pergi..duit tak de la..kawan tak de la..tu memang perkara biasa la bila cuti.. jadi setiap kali cuti hujung minggu kerja uzair akan mengadap komputer kat umah ni dari pagi sampai la ke lewat malam..selalunya uzair akan online dengan main game PES la..


kalo dah terlalu bosan sangat uzair akan main gitar ..tak kira la gitar kapok atau elektrik..yang penting dapat hilangkan bosan..kadang2 memang tak tahan duk dalam bilik ni.rasa nak kuar je..tapi tak de kawan..bila banyak keluar mesti la banyak duit habis..tu yang tak best tu..

sekarang ni pun uzair cam tak idea nak update blog pasal apa..nampaknya terpaksa la update blog pasal diri sendiri..dari bercerita hal orang baik cerita hal sendiri..hehee.. di kesempatan ni uzair nak ucap Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umah islam di serata dunia dan juga kepada pembaca blog uzairtohman.com..

semoga memperingati keputeraan dan kewafatan Rasullulah ini akan menguatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan meringgankan hati untuk beribadat kepadaNYA.. InsyaAllah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...