
Di hari kedua, saya masih lagi kesejukkan di Bandaraya Seoul. Suhu di pagi hari sekitar 5 darjah celcius disebabkan hujan renyai yang turun. Tapi itu tak menjadi halangan buat saya dan keluarga untuk meneruskan percutian kami disini. Di hari kedua ini kami telah dijemput oleh tourist guide untuk ikuti itinerary yang telah kami rancang. Tempat pertama yang kami dibawa pada hari ini adalah 63 Building. Pasti ramai yang tahu tempat ini kerana tempat ini adalah lokasi rakaman rancangan Running Man.
Di 63 Building , ia mempunya beberapa tarikan seperti Wax Museum, Sea World, Imax Theater dan Sky Art. Terdapat pelbagai pakej yang anda boleh menikmati disini. Tetapi saya hanya memilih untuk memasuki Wax Museum dimana tempat ini menjadi tumpuan utama pelancong dari luar negara mahupun masyarakat sekitar.
Jika anda tidak baca lagi aktiviti saya pada hari pertama di Seoul . Bolehlah baca disini :-

Harga tiket untuk masuk Wax Museum adalah 14000 won (Rm 40) dan anda boleh rujuk (Disini) bagi mengetahui harga bagi kesemua pakej. Wax museum ini menampilkan pelbagai jenis patung ikon terkenal yang dihasilkan daripada lilin. Jadi anda boleh berjumpa dengan pelbagai jenis patung lilin yang kelihatan sama seperti orang asal.

Antara yang sempat saya bergambar adalah Barrack Obama iaitu Presiden Amerika. Beliau mempunyai populariti paling tinggi di laman sosial selaku presiden negara. Kalau diperhatikan dengan lebih rapat, patung ini direka sebjik macam tuan nya.. jadi tak hairanlah tempat ini ramai orang lawati.

Saya sempat juga bergambar dengan Presiden Korea Selatan. Dan paling kanan sekali tu adalah bekas presiden mereka yang bunuh diri. kalau tak silap saya akibat kes rasuah pada 3 tahun lepas.

Yang ini pula adalah David Beckham yang memakai jersi LA Galaxy. Makin lama makin tua saya tengok si Beckham ni. Yela umur dia pun sudah 38 tahun dan masih lagi bermain bola sepak. Kini beliau bermain untuk pasukan Paris Saint Germain di Liga Perancis.

Ini pula adalah salah satu patung kecil yang mengambarkan kumpulan Beatles . Kumpulan yang sangat terkenal pada zaman datuk nenek kita dahulu. Band asal Amerika ini menjadi kegilaan ramai dan auranya juga memasuki Malaysia sehingga kini. Antara peninggalan The Beatles yang masih kekal sehingga kini adalah gaya rambutnya.

Gambar ni ketika saya berada di luar 63 Building dan bersama anak buah saya iaitu Alia. Dapat juga melihat kawasan sekitar dan bangunan ini juga penuh dengan pejabat dan cafe. Tempat seterusnya adalah Trick Eye. Disini pelbagai jenis lukisan yang mengelirukan dapat anda saksikan. Tempat ini sangat menarik dan sesuai untuk bergambar.

Untuk ke Trick Eye Museum ini adalah berharga 13000 won (Rm 35). Jadi siap-siapkan duit korea anda untuk bayar di kaunter tiket. Jangan risau kerana disana ada guide bahasa inggeris dan anda mudah faham dengan setiap informasi pada gambar.

Kaunter tiket dia pun macam 3D..hehee.. tak ada lah …sebenarnya inilah salah satu lukisan 3D yang paling depan di Trick Eye Museum.

Pelbagai jenis gambar yang mengelirukan anda dapat dilihat disini. kalau anda pandai ambil gambar pasti akan lebih cantik gambar tersebut dan kelihatan seperti 3D.

Gambar diatas ni saya sedang hisap paip buluh..hehe (saya bukan perokok ye) ..haha

Tiba-tiba tumbuh sayap dekat belakang badan ni..hehe bolehlah saya terbang lagi jauh lepas ni.. Kalau nak tahu apa lagi menarik kat sini, anda sendiri kene datang.. baru lah tahu macam mana. kat sini masa yang sesuai untuk pergi adalah waktu pagi kerana tak ramai orang. anda bolehlah habiskan masa selama 2 jam untuk menikmati pelbagai jenis gambar Trick Eye disini.

Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya, sempat juga saya makan tengah hari. tapi dapat makan sandwich saja..

Tempat lawatan seterusnya adalah Seoul World Cup Stadium. Stadium ini merupakan stadium rasmi world cup 2002 yang lalu. Banyak pasukan handalan dunia telah bermain di stadium ini. kebetulan pula pada hari yang saya datang itu ada perlawanan Liga juara-juara Asia diantara Seoul FC vs Sendai (Japan). Harga tiket untuk masuk ke Museum dan tempat lawatan adalah 1000 won iaitu Rm 3.

Kat sini bolehlah anda melawat Museum stadium dan persekitaran stadium. kalau yang betul-betul minat bola pasti anda suka ke sini kerana banyak sejarah world cup terdapat disini.

Saya juga sempat berehat dan melihat bilik persalinan bertaraf dunia di Seoul World Cup Stadium

Terasa macam mewakili Malaysia di World Cup pulak..hehee
saya memang pemain bola pun..tapi dah lama bersara..hehe

Salah satu logo pasukan Seoul FC yang anda di dalam stadium ini

waktu saya pergi ni, cuaca memang sejuk sangat. saya pun terfikir macam manalah rakyat malaysia nak main bola di cuaca sejuk ni..tapi tak jadi masalah disini kerana jersi pemain bola adalah berlainan dari Malaysia. Jersi disini adalah lapisan khas untuk musim sejuk.

Kalau tak kenal gambar kat atas tu, maknanya anda bukanlah berada di dekat ini..hehe.. Yang diatas itu adalah Ronaldo Lope. Pemain terbaik dunia sebanyak 3 kali. Beliau merupakan salah satu role model saya dalam bola sepak. Edisi World cup 2002 di Korea Selatan dan Jepun telah dimenang oleh Brazil dan di perlawanan akhir Brazil menewaskan Jerman dengan jaringan 2-0. Kedua-dua jaringan dijaringkan oleh Ronaldo.

Selesai hal bola, kini tiba pula masa untuk shopping. Di korea , terdapat banyak tempat untuk anda shopping. Salah satunya adalah Kwang Jang Market. Disini terdapat pelbagai jenis barangan yang anda boleh beli termasuklah ole-ole dan pasar basah. Terdapat juga pelbagai jenis gerai makanan. Kalau nak makan, anda mestilah pandai pilih yang mana halal dan tidak halal. tidak menjadi masalah untuk shopping disini kerana tempatnya senang dicari dan luas. Cuma lagi baik jika anda mampu bertutur di dalam bahasa korea kerana orang disini tidak fasih berbahasa inggeris.

Disini terdapat pelbagai jenis Key Chain dan cenderamata yang lain. kalau anda pandai tawar, pasti akan dapat harga yang murah. beli banyak barulah dapat diskaun. tapi orang korea ni susah sikit nak tawar-menawar. kene ikut kedai juga , ada kedai boleh tawar ada kedai tak boleh tawar.

Di sini juga senang nak cari makanan laut. kalau anda tinggal di hostel, pasti boleh beli disini dan masa sendiri. itu lebih jimat dan dijamin halal.

Gambar diatas ni ketika saya di Kwang Jang Market. Di awal pagi masih tak ramai orang. pasar ini dibuka seawal jam 10 pagi dan ditutup pada jam 5 pagi.

Dari sini juga anda boleh pergi ke Dondeamun market dan Cheonggyecheon Stream iaitu tempat shopping dan lokasi sungai yang cantik untuk bergambar.

Setelah ke Kwang Jang Market, kami dibawa pula ke salah satu shopping complex terkemuka di Seoul iaitu Doota. Disini terdapat sebuah kedai cenderamata yang murah dan ia terletak di tingkat 5.

Disini merupakan tempat tumpuan pelancong asing dan tidak hairan jika anda terjumpa rakyat Malaysia disini. Ramai pelancong dari luar negara datang ke sini kerana nak shopping disini. tapi sebelum masuk ke shopping complex Doota ni, saya sempatlah bergambar dan singgah minum hot chocolate dulu. Maklumlah tak tahan sangat cuaca sejuk di sini..hehe

Kalau kat Malaysia memang berjimat duit nak minum benda-benda macam ni. tapi bila di Korea, semuanya sanggup kerana inilah salah satu pengalaman berharga. Kalau tak cuba kita tak tahu. Ternyata minum air panas sambil menghirup udara segar dan sejuk lebih nyaman dan tenangkan fikiran. cubalah lakukan jika anda kesana

Beli dua air saja, melayang 10000 won. Tapi nikmat tu memang terbaik dan puas hati kerana susah nak menikmati cuaca sejuk sambil minum air panas. kalau kat Malaysia hanya boleh dapat di Genting Highland ataupun cameroon highland. itu pun tak sejuk sangat macam di seoul ni.

Setelah minum petang, baru lah kami mula shopping disini. Di kedai No.51 tingkat 5 terdapat sebuah kedai Souvenir Korea. kat sini harganya paling murah berbanding di temapt lain. Jika anda beli t-shirt , kat sini adalah tempat yang sesuai. Satu T-shirt disini berharga 4000 won dan jika anda beli 3 tshirt anda hanya perlu bayar 10000 won.

Key chain ini pula adalah perkara wajib untuk dibeli jika kesini . Harganya adalah 10000 won dan jauh lebih mahal berbanding key chain di Malaysia.

Fridge magnet pula berharga 10000 won dan ada lebih mahal lagi dari itu dan bergantung pada kualitinya. Jadi berjimat-cermat jika anda shopping dan buatlah pilihan yang bijak. kat sini memang tak boleh tawar-menawar kerana harganya memang terlalu murah bagi mereka. Bab shopping ni akan disambung pada post khas pada masa akan datang

Sedar tak sedar, sudah hampir malam rupanya. oleh itu kami pun makan malam di tingkat 7 bangunan doota ini. disini terdapat pelbagai jenis makanan dan jika anda tidak pasti sama ada halal atau tidak. anda tidak perlu makan daging atau ayam. pilihlah sayur atau pun ikan sebagai ganti. Yang paling penting jangan ragu-ragu ketika makan. Makan disini memang terbaik dan bersih. cuma anda perlu bijak memilih makanan sahaja. terdapat juga makanan india disini sebagai pilihan lain untuk makan malam.

Di korea ni memamng tiap kali makan mesti ada kimchi. macam kat negara kita la mesti ada sambal belacan. jadi inilah menu makan malam yang saya makan. nak sebut pun tak tahu nama, tapi alhamdulillah semuanya okey dan sedap. cuma rasanya sedikit lain dari masakan Malaysia kerana mereka gemar masakan yang berasaskan jeruk.