Makan-Makan : Sengkuang Calit Downtown Mines

March 27, 2013 at 9:00 am

Puchong-20130327-02645

 

Setiap kali ke Downtown The Mines, pasti ramai akan singgah di satu gerai yang menjual Sengkuang Calit ini. Sengkuang yang dimakan bersama sos + kacang ini menjadi tumpuan orang ramai kerana sedap dan murah. Hanya terdapat 2 jenis Sengkuang Calit yang dijual disini iaitu Original (RM 2.00) dan Special (Rm 2.50).

Beza original dan Special adalah Original hanya diletakkan sos + kacang sahaja manakala special diletakkan pada sengkuang dengan sos + kacang + dan petis rojak. Dengan sengkuang yang masih baru dan sejuk membuatkan ianya terasa sedap dan anda pasti akan beli banyak untuk makan.

Puchong-20130327-02646

 

Lihat lah gambar Sengkuang Calit ini mesti terliur kalau anda tengok depan mata. anda perlu cuba sendiri dan nikmati sama ada ia sedap atau tidak bagi tekak anda. kalau bagi saya ia memang sedap kerana ia dihidangkan dengan sengkuang yang sejuk. namun anda yang mempunyai alahan pada kacang tidak perlu risau kerana kacang yang diletakkan pada sengkuang ini tidak terlalu memberi kesan pada alahan anda..InsyaAllah…

Puchong-20130327-02647

Masak Steamboat Dekat Rumah Sendiri

January 29, 2013 at 9:42 pm

DSC_0225

Sejak mak saya beli kuali steamboat ni, selalu sangat makan steamboat. yela jimat pun jimat, sedap pun sedap. menu dia pun berbagai. tapi macam biasa kegemaran saya adalah ketam merah tu..ditambah pula dengan sup tomyam, memang terbaik larh..

 

DSC_0232

 

Leh tahan besar juga kuali ni, boleh memuatkan banyak jenis makanan.

DSC_0233

 

Kacau-kacau sikit baru la sebati, nyum nyum..

DSC_0239

 

Akhirnya siap juga dan tiba masa untuk makan..inilah kerja saya ketika cuti semester..makan dan makan !!!

Makan-Makan : Medan Ikan Bakar Kedai Buloh !

November 30, 2012 at 3:49 pm

Ketika musim cuti persekolahan ini amat sesuai digunakan masa terluang bersama keluarga dan rakan-rakan. Perdaba Resort sedang menganjurkan Festival Cuti Sekolah 2012 sempena mempromosikan  Medan Ikan Bakar (MIB) Kedai Buloh yang diadakan pada 11 november sehingga 3 disember 2012.Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Banana Boat, River Cruise, Dikir Barat, Wayang Kulit, sukaneka dan banyak lagi. Aktiviti ini juga bertujuan bagi memperkenalkan MIB yang merupakan produk pelancongan terbaru negeri kelantan.

Medan ikan bakar kedai buloh ini dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan menyediakan 2 unit restoran ikan bakar (Chimchum & Juara Ikan Bakar). Selain itu, PKINK juga menyediakan lot ruang niaga yang dibina dibawah satu bumbung bersama restoran ikan bakar tersebut. Lokasi Medan ikan bakar yang bersebelahan dengan sungai kelantan ini memudahkan para pengunjung untuk menikmati suasana cantik ketika waktu senja.

Selain daripada suasana kampung disini ditambah pula dengan bot-bot nelayan tempatan yang memenuhi tepian sungai. Pelbagai jenis ikan anda boleh dapati disini seperti Siakap, Sebelah, pari dan bermacam lagi. Harga yang dijual disini juga berpatutan dan bersesuain dengan tempatnya. Lokasi medan ikan bakar ini hanyalah kira-kira 10 minit dari perdana resort dan 20 minit dari bandar kota bharu. Oleh itu, jika anda kesini pasti anda perlu mencuba ikan bakar disini kerana ia ternyata berlainan dari tempat anda.

Restoran yang mampu memuatkan kira-kira 100 orang di dalam satu masa ini mengunakan sistem layan diri dimana anda b0leh memilih pelbagai jenis ikan ataupun lauk pauk untuk hidangan makan anda. Setelah memilih ikan pilihan anda, barulah anda serahkan ikan tersebut kepada tukan masak disini untuk membakar ikan tersebut.

Selain daripada ikan bakar, Produk terbaru yang ingin diketengahkan oleh Restoran disini adalah ChimChum. Ia merupakan steamboat ala korea yang menerapkan ciri-ciri masakan ala pantai timur.

Pelbagai pilihan makan steamboat anda boleh pilih. Dan tempat merebusnya juga unik dan ia boleh terus direbus diatas meja makan anda.

Berikut merupakan senarai harga ikan bakar yang dijual disini :-

Jika datang ke Negeri kelantan, pasti anda tidak lengkap jika anda tidak menonton Wayang kulit dan melihat persembahan Dikir Barat. Dua elemen tradisional ini masih menjadi tumpuan di kelantan kerana ia merupakan salah satu hiburan yang diminati masyarakat kampung disana.

Walaupun bahasa yang disampaikan melalui watak Wayang kulit agak mendalam bahasanya. Namun ia tidak menghalang anda untuk memahami isi ceritanya. Selain itu, tok dalang dikenali sebagai ketua yang menjalankan cerita wayang kulit ini bertindak sebagai pemain watak pelbagai disamping perlu mengeluarkan suara yang berlainan mengikut watak yang ada.

Dikir Barat pula, merupakan hiburan masyarakat kelantan yang kekal sehingga kini. Dikir Barat merupakan hiburan yang disampaikan di dalam loghat kelantan dan ia kebiasaanya diselitkan dengan lawak serta perjalanan hidup seharian orang kelantan.

Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Kelantan kerana telah membawakan saya ke medan ikan bakar dan merasai suasana kampung disana. Diharapkan dapat kesana lagi di masa akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...