Smartphone : Pelancaran Samsung Galaxy S3 Di Malaysia !!!
Lihat di tangan saya itu, Samsung Galaxy S3 yang baru sahaja dilancarkan semalam. Majlis pelancaran Samsung Galaxy S3 ini dilangsungkan di One World Hotel, Damansara. Smartphone ini mula menjadi perbualan hangat penggemar Gadget di Malaysia dimana ia mampu menandingi beberapa jenis Smartphone yang lain.
Spec:-
1) Smart Stay – smartphone tidak akan lock dan akan sentiasa terang selagi anda memandangnya.
2) Direct Call – ketika anda sedang mesej dan anda ingin terus hubungi orang yang anda mesej itu. Anda hanya perlu letakkan smartphone anda di telinga dan ia terus mendail nombor orang yang anda sedang mesej.
3) Smart Alert – Smartphone ini akan vibrate dengan kuat sekiranya ia tahu anda berada jauh dari Galaxy S3 ini.
4) Social Tag – Anda boleh tag gambar rakan anda di smartphone ini dan anda boleh mengetahui status SNS rakan anda.
5) S Voice – Anda boleh mengawal Samsung Galaxy S3 ini dengan hanya memberikan arahan melalui percakapan.
6)S Beam – Anda boleh menghantar gambar,video,music dan file dengan cara menyentuh smartphone yang lain.
7) All Share Cast – Anda boleh sambungkan penyiaran smartphone kepada Smart TV .
8) 4.8 HD SUPER AMOLED – Mempunyai 4.8 inci HD display dan warna yang sempurna.
9) Pop Up Play – Anda boleh membuka 2 aplikasi dalam satu masa
10) Best Photo – tidak perlu delay untuk mengambil gambar dan anda boleh mengambil 20 gambar dalam satu masa dan ia akan pilih gambar yang terbaik.
lebih banyak speck di (SAMSUNG)
Gambar dari belakang S3, ia sangat ringan dan mudah untuk disimpan di dalam poket. Tahan lasak serta mempunyai pelbagai spesifikasi yang menarik.
Saya sempat mengambil gambar bersama rakan-rakan blogger yang hadir. Ada mohd zaid, cik lily, putra dan ramai lagi. Dengan keupayaan 4.8 HD screen display ia membuatkan anda berpuas hati dengan kualiti gambar disamping ia mempunyai kualiti gambar yang tinggi.
Model Samsung ketika majlis pelancaran Samsung Galaxy S3 kepada media
ia mempunyai dua pilihan warna iaitu Pebble Blue dan Marble white..
Jika anda tidak sabar akan S3 !! saya juga tidak sabar untuk tunggu contest untuk menang ..hehehe..diharap dapat lah peluang memiliki Samsung Galaxy s3 ini sebab ia memang terbaik dan menarik!! sangat canggih dan ia mampu menandingi kehebatan smartphone yang lain.









