Gempar Beruang Menyerang Krew Samsung Di Kutub Utara

February 3, 2013 at 12:00 pm

2
Gempar apabila seeokor beruang menyerang beberapa krew Samsung di Manning Park, Canada . Pada ketika itu beruang yang dikatakan muncul daripada sebalik pokok-pokok yang dilitupi salji itu sedang melintasi di kawasan krew Samsung yang sedang membuat iklan Mesin basuh terbarunya iaitu Mesin Basuh yang mengunakan Samsung’s ecobubble™ technology.
Yang menariknya, beruang tersebut berdiri dihadapan Mesin basuh tersebut selama beberapa menarik. Mungkin Beruang itu tertarik dengan Mesin Basuh Samsung terbaru itu. Krew Samsung mengadakan rakaman iklan disitu bagi menguji ketahanan  Mesin Basuh tersebut di tempat yang sejuk dan dibawah paras beku.
 Lihat Video Beruang yang menyerang Krew Samsung :-
Menarik bukan video ini ? Seekor beruang tiba-tiba muncul dan membuatkan semua orang lari lintang pukang selepas kemunculan beruang. Laaaaaaa, rupa-rupanya beruang itu adalah gimik rupanya.. Terkena saya dengan iklan ini. Tapi serius ia memang kelakar dan diluar jangkaan saya. Bijak juga idea Samsung mengunakan seekor beruang tiruan iaitu orang yang memakai Kostum Beruang.
Video yang seolah-olah krew Samsung yang sedang membuat pengujian mesin basuh di dalam air yang sejuk telah mengubah suasana dengan kemunculan seekor beruang. Pelbagai aksi beruang dapat disaksikan seperti membaca surat khabar dan bermain gitar sambil menunggu beruang tersebut membasuh pakaiannya.
Apa yang menarik lagi adalah gaya beruang itu tidak ubah seperti seekor beruang yang sebenar dan iklan ini telah membuat saya geli hati dan kelakar kerana membuatkan saya cemas dengan melihat aksi seekor beruang yang menghampiri manusia.
1

 

Sebenarnya Samsung baru sahaja memulakan penjualan Mesin Basuh terbarunya yang mengunakan Teknologi  ecobubble Samsung ™.  Teknologi ecobubble Samsung ™  merupakan tekonologi yang menggunakan penjana buih untuk melarutkan bahan pencuci ke dalam air dan menyuntik udara bagi membolehkan sabun mencuci pakaian dengan bersih.

Oleh itu, sabun pencuci dapat menembusi pakaian dengan lebih cepat dan tidak memerlukan air panas yang banyak. Ini disebabkan Super Eco Basuh mod membasuh pada hanya 15 ° C dan ia merupakan sesuatu yang hebat dan menjimatkan tenaga. Sangat menarik dan canggih teknologi terbaru Samsung ini dan ia pasti memudahkan urusan pembasuhan pakaian anda.

Mesin basuh ini mampu membasuh pakaian dengan mengunakan air yang sejuk dan ia juga dibasuh sama berkesan dengan mengunakan air panas. Oleh itu, anda boleh menjimatkan tenaga dan memelihara alam sekitar daripada tercemar. Dengan pembelian Mesin Basuh ini anda boleh menikmati 5 tahun warranty dan dijamin ia akan memberikan prestasi terbaik kepada anda.

 

Untitled

Terdapat beberapa kelebihan ciri-ciri Teknologi  ecobubble Samsung ™ dan salah satu adalah Teknologi yang mengurangkan gegaran pada mesin basuh. Sebuah sensor telah dipasang pada mesin basuh bagi memastikan penguranggan bunyi bising dan gegaran. Selain itu, ia juga terdapat motor yang penuh effisien dan ia sememangnya menjimatkan tenaga dan tahan lama.

Diamond Drum pula adalah sebuah rekaan bagi menjaga pakaian anda dariapda rosak dan ia melindungi fabrik dari koyak atau berkedut. Dan yang terakhir  adalah Anti- Limescale Heater iaitu teknologi yang mengurangkan pembalikpulih pemanas ceramic.

Smartphone : Samsung Galaxy S3 Kini Dengan Pelbagai Variasi Warna

September 14, 2012 at 5:17 pm

Kini Samsung telah mengeluarkan beberapa variasi warna Smartphone Galaxy S3. Ini membuatkan anda banyak pilihan untuk memilih warna kesukaan anda.

Setelah dengan warna Pebble Blue dan Marble White, kini Samsung mengeluarkan satu lagi jenis warna untuk Smartphone Samsung Galaxy S3 iaitu dengan warna Garnet Red. Selain itu terdapat pelbagai pilihan warna yang lain seperti Amber Brown, Titanium Grey dan Sapphire Black. Namun pengeluaran mengikut warna ini adalah terhad dan penjualannya sangat pantas di pasaran dunia.

 

 Garnet Red

Titanium Grey

 Sapphire Black

Amber Brown

 4 jenis warna terbaru ini baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas dan akan menemui pasaran tidak lama lagi. Harga smartphone ini tetap sama dan specification juga tidak berubah.

Sekitar Pelancaran Samsung Galaxy S3

Next Target : Samsung Galaxy Note 2 !!!

September 5, 2012 at 7:33 am

Semoga impian menjadi kenyataan…jika tak da halangan, 2 bulan lagi sampai la ke tangan..hehe…Tarikh release smartphone ini pun masih belum saya ketahui dan ketika ini samsung sedang sibuk mempromosikan galaxy tab 2 mereka. Pasaran Apple juga bakal bersaing dengan S3 dan juga Note 2 setelah iphone 5 bakal release tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...