Pencarian Bakat Muda Pemain Bola Sepak Allianz Dan Berpeluang Ke Bertemu Pemain Bayern Munich di Jerman

May 22, 2012 at 1:15 pm

22.5.2012 – Bertempat di Wisma Bata berlangsungnya satu majlis pengenalan dan perasmian “Allianz in Search for young football talents”. Program ini bakal dilangsungkan di Malaysia di mana 2 orang pemain muda Malaysia yang dipilih oleh 3 orang juri dan juga sebagai jurulatih iaitu Shahrin Majid, K. Gunalan dan Lim Chuan Chin. Mereka bertiga merupakan lagenda bola sepak Malaysia yang akan memilih 2 orang bakat muda untuk di pilih menikmati peluang lima hari di Munich. Program ini dijalankan di serata dunia yang melibatkan negara seperti Portugal. Saudi Arabia, Spain, UK , Thailand, Korea, Belanda,Jerman dan banyak lagi.

Pasti menarik perhatian anak-anak muda yang berhajat untuk ke Munich sambil bertemu secara dekat dengan pemain bola sepak Bayern Munich. Program yang telah bermula sejak tahun 2009 ini merupakan tajaan Allianz dan ini merupakan satu peluang yang menarik untuk di sertai oleh para remaja. Pencarian bakat ini bakal dilangsungkan di Padang SUK, Shah Alam pada 14 & 15 Julai 2012. Syarat umur penyertaan adalah remaja yang berumur 14 hingga 16 tahun dan setiap penyertaan bakal menerima jersi dari pada Allianz sebagai cenderahati.

Para pemenang yang terpilih bakal berangkat ke Munich pada 22 hingga 26 ogos 2012 dan akan menikmati peluang bertemu dengan pemain Bayern Munich dan akan jelajah di sekitar Allianz Arena Stadium dan football camp bayern munich. Peserta yang gagal pada percubaan pemilihan itu juga turut berpeluang untuk ke Jerman dengan hanya upload gambar di facebook Allianze dan raih undian tertinggi.

Antara aktiviti yang bakal dilakukan oleh 2 orang remaja yang terpilih itu adalah mereka akan berjumpa secara dekat dengan pemain bayer munich dan menjalani latihan bola sepak di Allianz Junior Football Camp. Kerjasama Allianz dalam mencari bakat muda di Malaysia ini juga turut mendapat liputan oleh pelbagai media dan peluang menyertai trip ke Munich merupakan salah satu pengalaman yang hebat dimana para pemenang dapat menjejakkan kaki ke stadium yang menjadi kebanggaan Bayern Munich dan pasti anda juga turut teringat akan final liga juara-juara eropah 2011/2012 yang berlangsung di Allianz Arena Stadium.

kepada para remaja yang ingin menyertai percarian bakat ini anda boleh perlulah mendaftar secara  online di http://football-for-life.com/ dan anda juga boleh mengikuti pelbagai perkembagan terkini di https://www.facebook.com/AllianzFootballforlife .  Dijangka lebih 30 ribu orang bakal menyertai pencarian bakat muda ini di serata dunia yang melibatkan beberapa buah benua. Di Malaysia sahaja mereka mensasarkan lebih 300 orang bakal menyertai pencarian bakat ini dan hanya 2 orang pemenang sahaja bakal di pilih.

 

Tidak dinafikan dimana juri atau jurulatih yang akan memilih 2 orang remaja untuk ke Munich itu merupakan orang yang berpengalaman di dalam bola sepak. Mereka terdiri daripada  Shahrin Majid, K. Gunalan dan Lim Chuan Chin yang akan membuat penilaian. Sewaktu pemilihan pemain di padang SUK, para peserta bakal melawan pemain dari skuad bawah 19 tahun Selangor dan ini merupakan salah satu cabaran yang hebat buat peserta yang hadir.

Antara jadual peserta yang terpilih ke Munich adalah mereka akan :-

1. Berlatih dibawah bimbingan jurulatih Bayern Munich.

2. Bertemu pemain FC Bayern Munich.

3. Allianz Arena Tours.

4. Menyaksikan perlawanan FC Bayern Munich di Allianz Arena.

5. Sightseeing Tour

6. Perlawanan bola sepak 5-on-5.

7 . Farewell Party

 

Proses Penyertaan :-

1. Log on www.football-for-life.com dan isikan form pendaftaran. (Sekarang sehingga 6.7.2012)

2. Trial Match (14.6.2012)

3. Final Match (15.7.2012)

4. Pemenang diumumkan (25.7.2012).

 

Proses pemilihan :-

1. Di pilih 100 orang pemain terbaik.

2. Di pilih 22 orang pemain terbaik.

3. Hanya 2 orang pemain terbaik yang akan ke Jerman.

 

Permohonan Wildcard :-

 

Jika anda tidak terpilih pada selection, anda boleh lagi berpeluang untuk ke Jerman di mana anda boleh sertai contest dengan mengambil gambar anda bermain bola dan ceritakan detik-detik menarik anda bermain bola.  Upload gambar tersebut di www.facebook.com/allianzfootballforlife Like terbanyak bakal mendekatkan anda dengan peluang untuk je Jerman !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...