Review Film : Journey 2 (The Mysterious Island)

February 7, 2012 at 2:33 am

Filem Terbaru lakonan Dwanyne Johnson atau dikenali sebagai The Rock ini tampil dengan bermacam kelainan dimana beliau melakonkan watak yang amat jauh daripada karakter sebenar beliau. Berlakon komedi dan mempunyai sifat kasih sayang membuatkan lakonan The Rock pada Filem ini sangat menjadi dan berjaya menarik minat orang ramai untuk menonton filem adventure komedi ini.

Filem yang ditayangkan dalam bentuk 3D ini heboh diperkatakan orang ramai dimana filem lakonan beberapa artis terkenal amerika syarikat ini telah berjaya mencapai box office di sana. Oleh itu, uzair sendiri pergi menonton filem ini di TGV Cheras Selatan semalam (26/2/2012). Filem ini mengunakan teknik visual yang terbaik dan suasana di dalam filem ini nampak semula jadi walaupun hanya dilakonkan di dalam studio.

Perjalanan Cerita yang tidak membosankan dan jalan cerita penuh dengan sains dan pendidikan membuatkan anda berasa seronok menonton filem ini disamping komedi yang disampaikan oleh barisan pelakon filem journey 2 ini. Namun, filem ini terdapat beberapa aspek yang tidak kurang logik seperti cara mereka menyelamatkan diri dan mengharungi cabaran di pulau misteri. Mungkin anda akan merasa pelik apabila manusia boleh bertahan lama menyelam di dalam air.

Namun, filem ini tetap terbaik bagi uzair dan ia mencapai 8/10 dari rating yang uzair beri. sangat memuaskan dan anda tidak rugi menonton filem ini. kepada yang belum menonton rasanya baik pergi menonton dan anda pasti akan tergelak sepanjang perjalanan cerita ini.

Sinopsis : Sebuah filem kesinambungan daripada filem hit 2008 “Journey to the Center of the Earth”, filem “Journey 2: The Mysterious Island” bermula apabila Sean Anderson (Josh Hutcherson) menerima isyarat kecemasan berkod dari sebuah pulau misteri yang disangka tidak pernah wujud. Ia adalah tempat hidupan yang pelik dan banyak rahsia yang menakjubkan di sana. Selepas gagal menghalang Sean meneruskan niat untuk pergi ke pulau tersebut, Hank (Dwayne Johnson) menyertai usaha anak tiri barunya itu. Bersama-sama dengan juruterbang helikopter (Luis Guzman) dan anak perempuan yang cantik (Vanessa Hudgens), mereka berlepas untuk mencari pulau itu. Mereka berusaha menyelamatkan satu-satunya penghuni tunggal di pulau itu dan bekerjasama keluar sebelum pulau itu tenggelam bersama dengan khazanahnya buat selama-lamanya.

Classification: PG13
Genre: Action / Adventure / Family
Release Date: 19 Jan 2012
Running Time: 1 Hour 35 Minutes
Distributor: Warner Bros. Pictures
Cast: Dwayne Johnson, Michael Caine, Josh Hutcherson, Vanessa Hudgens, Kristin Davis
Director: Brad Peyton

Official Website : www.themysteriousisland.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...