February 22, 2012 at 11:28 pm

klik gambar untuk besarkan
Bila sudah tumpas keatas pasukan gergasi asia iaitu Jepun, peminat pasukan Harimau Malaya ternyata sudah tahu dengan keputusan perlawnaan ini walaupun masih ada yang membayangkan kita mampu tumpaskan pasukan Jepun ini. Apa pun Malaysia tumpas dengan kehebatan pasukan matahari terbit ini dengan satu jaringan yang besar. Perlawanan ini bolehlah diibaratkan sebagai perlawanan pembelajaran buat pasukan negara di masa akan datang.
Pertahanan yang longlai serta kegagalan bahagian tengah untuk menguasai perlawanan membuatkan pasukan jepun bermaharaja di atas padang bukti jalil. Mungkin sudah terbiasa bermain “long ball” telah menyebabkan Malaysia terperangkap dengan jerat sendiri. Ini kerana pasukan jepun mengamalkan permainan “total football” ataupun “Tika-tika” yang menyerupai Barcelona.
walau bagaimanapun pintu ke Olimpik London sudah tertutup dan Malaysia perlu segera bangkit untuk kembali bersaing di pentas asia dan perlulah mempertahankan kejuaraan di peringat asia tenggara. Gambar diatas tu adalah respon peminat setelah kekalahan malaysia sebentar tadi..hehe
November 28, 2011 at 12:54 am

apa lagi yang hendak dikata, sokongan dan sorakan 100 % telah diberikan kepada pemain olimpik negara malam tadi ketika perlawanan menenatang Bahrain yang disaksikan lebih 40 ribu orang penyokong setia harimau malaya. Pasukan malaysia tumbang 2-3 setalah berhempas pulas untuk memenangi perlawanan ini..kealpaan dan kelalaian pertahan serta kelekaan penjaga gol kebangasaan iaitu khairul fahmi ternyata mengundang pada apabila pasukan Bahrain berjaya mendapat 3 gol dalam masa 6 minit pada masa yang hampir tamat perlawanan.
kekecewaan tersebut turut diluahkan oleh seluruh penyokong bola sepak malaysia yang hadir ke stadium dan menonton di tv..lebih memalukan lagi apabila pasukan malaysia hanya ditentang oleh 10 orang pemain bahrain sahaja kerana seorang pemain tengah bahrain dilayankan kad merah pada babak kedua perlawanan. Gol pertama malaysia dijaringkan oleh pemain paling muda diatas pada iaitu Nazmi Faiz yang berusia 17 tahun. pemain muda ini sanggup menangguh SPM nya kerana berhajat untuk membantu malaysia ke pusingan akhir olimpik london 2012..gol kedua malaysia dijaringkan oleh pemain kelahiran selangor iaitu Mahali jasuli yang bermain di posisi pertahanan. malaysia yang mendahului 2-0 akhirnya gagal menunjukkan prestasi terbaik dan akhirnya memberi laluan kepada pasukan bahrain untuk memperolehi 3 gol dalam masa 6 minit.
Malaysia yang tumpas ini telah menempatkan diri di laluan yang sukar ke pusingan akhir olimpik london dengan menduduki tangga terakhir di dalam liga kerana gagal memperolehi kemenangan pada perlawanan ketiga ini..selapas ini, pasukan malaysia bakal bertemu jepun di kuala lumpur sebelum menanmatkan baki perlawanan menentang syria dan bahrain di tempat lawan.
amat-amat mengecewakan dan menyedihkan persembahan pemain bola sepak negara dan ini boleh dianggap Hero to Zero yang membawa padah kepada pasukan yang terlalu cepat berpuas hati dengan kelebihan jaringan..itulah bola sepak yang pasti akan membuatkan semua orang gembira ketika menang dan sedih ketika kalah. mungkin ini merupakan satu peringatan kepada pasukan negera ketika beraksi di peringkat antarabangsa supaya lebih berwaspada kemampuan pihak lawan yang bermain bersungguh-sungguh dan lebih baik dari pasukan malaysia..
pix from google