14 Kejayaan Negeri Di Dalam “Cerita Bola Sepak Malaysia”

December 9, 2012 at 12:00 pm

Bola Sepak merupakan sukan yang paling diminati di Malaysia dan disebabkan itu Bola sepak merupakan sukan nombor satu di negara ini. Sejarah Kejayaan negeri yang bertanding di Liga Malaysia sentiasa dikenang dan diingati oleh seluruh peminat bola sepak tanah air. Jika kita selalu mengingati kejayaan pasukan harimau malaya, mungkin tidak ramai tahu disebalik kejayaan pasukan negeri kelahiran anda.

Pelbagai ragam dan aksi bola sepak telah dipertontonkan di tv mahupun anda menyokong di stadium. Oleh itu “Cerita Bola Sepak Malaysia” yang ditulis oleh Jemaah Penggila Bola Sepak telah menghimpunkan 14 cerita bola sepak setiap negeri di Malaysia. Kejayaan pasukan negeri bertanding tidak ramai tahu dan dari buku ini ada dapat mengetahui pelbagai kisah menarik bola sepak kita.

Buku ini disediakan oleh 14 orang penggila bola sepak tanah air yang menghimpunkan sejarah serta detik-detik kegemilangan pasukan di negeri yang bertanding. Buku yang berharga Rm 30 ini boleh didapati di Kinokuniya, MPH Online dan Dubook. Buku ini juga telah mendapat tumpuan orang ramai dan telah berada di pasaran selama dua minggu. Buku ini turut mendapat sambutan hangat sehingga mencapai “weekly bestseller kategori Non-Fiction Malay” di Kinokuniya.

Ini merupakan buku ketiga dalam edisi buku bola terbitan Dubook Press. Buku edaran pertama adalah buku “Cerita Piala Dunia” dan buku edaran kedua ialah  ”Cerita Malaysia Tak Ke Piala Dunia” hasil tulisan Lucius Maximus. Manakala buku ketiga ini beliau hanya hanya menjadi penyelaras untuk memberikan impak menarik di dalam buku “Cerita Bola Sepak Malaysia”.

Jangan terlalu beremosi dan kenegerian dalam menyokong bola sepak Malaysia. Sokonglah bola sepak dengan peringat bersukan sahaja. Bola Sepak yang pada asalnya adalah  sukan perpaduan dan disebabkan itu kita perlu menjaga sukan ini daripada perpecahan kaum di Malaysia. Di dalam buku ini juga, terdapat nama pemain, sejarah tempat, masa serta lokasi kejadian menarik di dalam sejarah bola sepak negeri-negeri di Malaysia.

Pelbagai sejarah dicatatkan dan kisah semangat kesukanan pemain bola sepak negeri-negeri yang bertanding di liga Malaysia memang tidak dapat dilupakan. Oleh itu, buku ini amat sesuai menjadi pengajaran serta pemberi semangat kepada generasi baru yang amat mencintakan sukan kegilaan ramai ini. Penyampaian buku ini disampai dengan nada santai dan percayalah ia tidak bosan walaupun kali pertama anda membaca buku kerana ia adalah bola sepak.

Saya sempat juga membaca beberapa kisah menarik dan banyak juga ilmu yang saya dapat mengenai sejarah bola sepak negeri di Malaysia ini. Diantaranya adalah bagaimana pasukan kegemaran saya memenangi perlawanan penting dan cerita mengenai lagenda terdahulu. Mungkin anda patut membeli buku ini kerana sejarah negeri kegemaran anda juga ada disini.

Official website:http://www.ceritabolasepakmalaysia.com
Official fan page:http://www.facebook.com/ceritabolasepakmalaysia

 

Negeri Sembilan Julang Piala Sumbangsih Buat Kali Pertama !

January 7, 2012 at 10:54 pm



7/1/2012 – Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil berlangsungnya perlawanan piala sumbangsih 2012 yang menemukan juara liga super 2011 kelantan dengan juara piala Malaysia 2011 iaitu negeri sembilan. Perlawanan yang disaksikan hampir 30 ribu penonton amat dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air. kelibat pemain import menjadi faktor utama liga malaysia pada tahun ini menjadi tumpuan. Keputusan perlawanan yang memihak kepada Negeri sembilan dengan jaringan 2-1. Ini merupakan buat julung kalinya Negeri sembilan menjuarai Piala sumbangsih.

Dibabak pertama Gol pembukaan dijaringkan oleh Norshahrul idlan talaha menerusi satu gelecekan yang cantin menewaskan pertahanan negeri sembilan selepas menerima hantaran pemain import kelantan iaitu Denny Antwi. gol tersebut mengembirakan sebilangan penonton kelantan yang hadir. kegembiraan itu hanyalah seketika apabila negeri sembilan pulan membalas balik dengan mengikat jaringan 1-1 menerusi Effa Owona pada minit 30 apabila satu serangan balas oleh negeri sembilan dan berjaya memperdayakan 3 pertahanan kelantan sebelum menewaskan khairul fahmi melalui satu sepakan kaki kiri. Pada separuh masa pertama ,kelantan ternyata menguasai permainan dengan mengawal permainan dengan cantik disamping melakukan beberapa percubaan merbahaya di gawang gol negeri sembilan.

Pada babak kedua, Owona Effa sekali lagi menjadi kedudukan memihak kepada negeri sembilan dengan menerima hantaran dari Shakir sebelum melepaskan satu tandukan padu menewaskan penjgaga gol kelantan untuk meletakkan negeri sembilan mendahului 2-1 dihadapan. Permainan yang dikawal oleh negeri sembilan pada babak kedua menjadikan salah satu faktor pasukan lawan gagal mendapatkan jaringan untuk menewaskan negeri sembilan.

Namun pada perlawanan piala sumbangsih ini ada beberapa perkara yang mengecewakan dimana pancaran laser sekali lagi menganggu permainan dan sikap tidak professional sebilangan penonton nakal ini nyata sekali memalukan bola sepak negara. bermain di permukaan padang yang baik tidak menjaminkan permainan yang baik, begitu harapan yang diharapkan oleh penonton terhadap pemain import yang kurang menyerlah. Namun pemain import negeri sembilan iaitu Effa Owona berjaya mengubah persepsi penonton dengan menampilkan satu permainan yang menarik dan menghiburkan dengan melakukan beberapa larian dan percubaan yang merbahaya. Tidak dilupakan juga pemain import kelantan Denny Antwi yang memberikan persembahan terbaiknya namun masih belum cukup untuk menjulang pasukan kelantan sebagai juara.

Perpindahan Pemain Dan Jurulatih Bola Malaysia Terkini

November 2, 2011 at 9:03 am



perkembangan terkini dalam perpindahan pemain bola terkini adalah satu berita yang dicari-cari oleh peminat liga malaysia..dan disini saya senaraikan beberapa pemain yang dikabarkan akan berpindah ke pasukan baru dan beberapa pemain yang cuba dipancing oleh kelab besar..

Selangor :

1. Irfan Bakti (in)
2. S.kunalan (in)
3. Razman Roslan (out)
4. Amirul Hadi (out)
5. Safiq Rahim (out)
6. Fazdli Shaari (out)
7. Rudie Ramli (out)
8. Jeevanathan (out)
9. khairul fahmi (in)
10.Badri Radzi (in)
11.Rizal Fahmi (in)

Kelantan :

1. Nur Farhan
2. Nurul Azwan Roya
3. Badri Radzi
4. Khairul Fahmi
5. Rizal Fahmi
6. Azizi Mat Rose
7. Indra Putra Mahyudin
8. Zairul Anuar Zailani
9. Syamsuri Mustapha
10.wan zahrulnizam

Terengganu :

(Stay/IN)
1. Mohd Ailim Kamaruddin
2.Hadi Yahya
3.Mazlizam Mohamad
4.Ashari Shamsudin
5.Manaf Mamat
6.Sharbinee Allawee
7.Mazuki Yusof
8.Joseph Kallah Tie
9.Reesyafiq Alwi
10.Ismail Faruqi
11.Ahmad Nordin Alias
12.Mohamad Shamirza Yusof
13.Mohd Shahril Saa’ri
14.Nik Zul Aziz Nawawi
15.Mohamad Muhaimin Omar
16.Hasmizan Kamaruddin
17.Md.Zubir Azmi

(out)
1.Haji Irfan Bakfi
2.Ronny Harun
3.Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan
4.Helmi Remeli
5.Zharif Hasna
6.Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi

Sarawak :

Mazwandi Zakaria
Sahran Abdul Samad
Mohd Fareez Tukijo
Zamri Morshidi
Azizan Saperi
Mohd Hairol Mokhtar
Mohd Dzulazalan Ibrahim
Mohd Shahrol Saperi
Khairol Azahar Eidros
Aidil Mohammad
Benedict Martin
Ashri Chuchu
Alexis Ngambi
Kalle Sone

antara pasukan besar yang masih mengumumkan senarai pemain atau sebarang kabar angin adalah pasukan kedah, negeri sembilan, perak dan sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...