Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 3

April 9, 2013 at 11:22 am

DSC_0002

Di hari ketiga adalah hari kemuncak saya di Korea Selatan. Pada hari ketiga ini saya melawat Nami Island yang terkenal menerusi drama winter sonata yang pernah popular suatu ketika dahulu. Pulau yang juga dikenali sebagai pulau cinta ini telah menjadi tumpuan serata dunia. Hampir 10 juta pengunjung telah melawati Pulau ini pada tahun lepas. Tidak hairanlah tempat ini menjadi destinasi wajib bagi pelancong dalam dan luar negara.

Bagi yang tak dapat mengikuti perjalanan ke Seoul pada hari pertama dan kedua, anda boleh baca di link bawah ni :-

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 1

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 2

 

 

DSC_0009

Untuk ke Nami Island, anda perlu melalui perjalanan sekitar satu jam dari bandaraya Seoul. Setibanya disini anda mempunyai dua pilihan iaitu sama ada ingin menaiki Feri ataupun mengunakan flying fox untuk ke seberang Pulau Nami. Untun maklumat lanjut jika anda ingin ke sini, anda boleh lawati laman rasmi Nami Island.

Trip kami kali ini , kami mengunakan feri sebagai cara untuk ke seberang. Masa untuk tunggu feri tidak lama kerana feri yang digunakan adalah yang terbaik dan laju. Oleh itu, hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk ke Nami Island dari tanah besar. Apa yang menarik ketika saya menaiki feri ini adalah dengan megahnya bendera Malaysia berkibar di bumi orang. Menjadi kebanggaan bagi rakyat Malaysia jika anda ke sini.

 

DSC_0222

Dari atas feri, anda dapat menikmati Pulau Nami yang terkenal dengan permandangan yang cantik. Disini juga adalah tempat yang diiktiraf dari UNICEF dan UNESCO iaitu dua badan yang memastikan kawasan ini terpelihara alam semula jadi nya. Disebabkan itu Pulau ini kekal cantik dan bersih.

 

DSC_0154

Jika anda masih ingat lorong ini , pasti anda akan teringat dengan drama Winter Sonata. Di sinilah tempat rakaman drama tersebut dan banyak lagi filem-filem korea yang mengadakan pengambaran di sini. Pulau ini tidak terlalu besar kerana ianya 5 Km luas persegi. Jika anda berjalan kaki, anda hanya perlu berjalan kaki sejauh 600 meter untuk lokasi yang menarik disini.

Pastikan anda mengambil peta (versi Inggeris) di atas Feri ataupun di kaunter tiket. Peta itu sangat berguna dan anda dapat menjimatkan banyak masa jika pandai guna peta tersebut. Dalam peta tersebut turut tertulis lokasi kedai makan dan tempat berehat serta lokasi yang cantik untuk mengambil gambar.

 

DSC_0169

Kalau yang biasa tengok drama korea, pasti korang akan suka naik basikal tempat duduk berkembar ini. Di sini ramai couple-couple dari serata dunia menaiki basikal ini bagi menguatkan lagi perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing. Selain itu, perjalanan anda juga lebih cepat jika anda menyewa basikal ini. Memang menarik ketika saya pergi disini kerana cuaca masih sejuk dan berjalan pun tidaklah terlalu penat.

 

DSC_0059

inilah salah satu tempat yang saya sempat ambil gambar.  Kalau datang ke sini, memang wajib ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan.

 

DSC_0175

ketika saya datang ni adalah waktu perubahan musim iaitu dari winter ke spring. Oleh itu, kalau anda lihat gambar-gambar saya kebanyakkannya bunga-bunga tidak mekar lagi.

DSC_0183

Kalau penat berjalan, berehatlah dulu di food court yang disediakan. Kat sini hanya minuman sahaja yang dijamin boleh minum kalau yang lain tu saya kurang pasti sikit. Anda juga dinasihatkan membawa bekal jika datang kesini.

DSC_0259

Nami Island ini pada asalnya adalah sebuah kampung. Orang korea ni memang suka berperang sejak zaman dahulu sehinggalah sekarang. Antara musuh utama mereka adalah Jepun dan korea utara. Jadi disini banyak peninggalan sejarah perang dan kawasan penduduk kampung terdahulu.

 

DSC_0267

Disini juga selalu dibuat perlbagai perayaan Diantaranya tahun baru dan hari perayaan rakyat koera. Jadi inilah tinggalan perayaan tahun baru 2013 yang lalu.

 

DSC_0303

Kalau datang sini, inilah tempat wajib untuk ambil gambar. Monumen winter sonata ini menjadi tumpuan orang yang ke sini. Ini menunjukkan rakyat meraka sangat menghargai cinta abadi dan setia pada yang satu :)

DSC_0116

Gambar diatas ni ketika saya berehat di salah satu cafe. Disin cafe ini mereka mengutamakan ciri-ciri dari drama winter sonata sebagai perhiasan dalam cafe tersebut.

DSC_0396

Memang cantik bila anda sendiri berada disini.dapat melihat alam semula jadi yang menarik dan pokok-pokok yang lurus menjadikan gambar kenangan anda kekal dalam ingatan.

DSC_0466

Selain pulau nya yang cantik dan bersih. Pulau Nami ini terhasil di tengah-tengah sungai yang mengalir dari bandar Chuncheon. Jadi anda perlu tahu yang Nami Island ini tidak terletak di kawasan laut sebenarnya.

DSC_0209

Bila penat berjalan ditambah pula dalam cuaca yang sejuk. Memang sedap bila minum Hot Chocolate ataupun Cappuccino . Jadi singgah la dulu beli air. Murah je, dalam 5000 won (Rm 15 kat Malaysia) ..hahahaa..kopak duit aku…

DSC_0527

Jadi sebelum meninggalkan Pulau Nami ini, sempat la juga ambil gambar di tugu mereka berdua ni. Inilah pelakon utama dalam drama Winter Sonata tu.

DSC_0619

Setelah selesai melawat Nami Island, kami singgah makan tengah hari di kedai ini .Ia terletak beberapa kilometer sahaja dari perjalanan balik ke Seoul.

DSC_0256

Dekat sini macam biasa la..kene makan kimchi lagi…sampai dah naik muak makan makanan korea ni. Terdapat pelbagai jenis lauk pauk yang terdiri daripada sayur dan ikan.

DSC_0282

Terdapat juga sup tauhu dan ikan goreng sebagai menu gantian ayam dan daging. Kat sini anda jangan risau kerana makanan halal dan ramai pelancong luar makan disini. Setelah makan , kami meneruskan perjalanan pulang ke Seoul dan kali ini kami singgah pula di Namsan Tower (Seoul Tower).

 

DSC_0486

Namsan Tower ini adalah mercu tanda utama di Seoul dan menjadi tempat wajib bagi pelancong jika datang ke sini. Kat atas bukit dan menara ni anda dapat lihat lebih jelas bandaraya seoul. Anda dinasihatkan untuk ke sini jika cuaca betul-betul baik supaya dapat melihat dengan jelas disini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Namsan Tower, anda boleh lawati laman rasmi Namsan Tower.

 

DSC_0808

Huraf N besar tu adalah simbol utama Namsan Tower dan disini anda perlu mempunyai kekuatan untuk mendaki bukit walaupun hanya berjalan kaki sejauh 200 meter.

DSC_0783

Di sekitar menara ini terdapa Love Padlock iaitu tempat utama bagi mereka yang bercinta dan membuktikan cinta mereka. Disini mereka anda letakkan mangga kunci yang tertulis kata-kata cinta mereka sebagai tanda kasih sayang pasangan masing-masing.

 

DSC_0720

Boleh lah teropong awek-awek seoul dari atas menara ni.

DSC_0703

Sebagai contoh, ini adalah tanda-tanda cinta yang ditinggalkan oleh pelancong terdahulu

DSC_0701

Memang cantik tempat ini untuk ambil gambar, dan suasana aman serta udara nyaman membuatkan lagi anda suka untuk melancong di  seoul ini.

DSC_0737

Banyak betul kiriman cinta yang ditinggalkan ,,tapi sayang, saya masih belum letakkan tanda cinta saya disini..hahaa

 

DSC_0693

 

Oleh kerana orang korea ni suka benda sweet-sweet.. jadi Teddy Bear Museum ni wajib anda pergi kerana boleh beli teddy bear dengan harga yang murah disini. Selamatlah anak buah saya tak suruh pakciknya belikan teddy bear..hahaa

DSC_0887

Lokasi berikutnya adalah Namdeamun Market. Disini lebih kurang macam petaling street la kalau kat Malaysia. Barang kat sini agak mahal sikit jika anda nak beli souvenir pastikan anda beli di shopping complex doota. Tapi jika dah terdesak sangat, boleh je beli kat sini dan anda perlu pandai untuk tawar. tapi hakikatnya memang susah nak tawar-menawar kat sini.

 

DSC_0903

kemain sesak shopping kat sini, sempat la juga cuci mata tengok awek-awek korea ni..hehe

DSC_0884

Tengok memang cantik kat gambar atas ni ,, rasa macam nak beli semua je. tapi  harga kemain mahal lagi..

DSC_0498

Fridge magnet dia bukan main mahal lagi.. kalau ada yang murah pun yang lembik punya itupun dah cecah Rm 10 satu..

 

DSC_0491

kalau nak borong key chain, beli lah banyak-banyak. satu paket besar tu dalam 10 000 won ataupun Rm 30 duit Malaysia..kalau beli satu-satu memang mahal sangat la..tak banyak pun saya beli kat sini kerana barang nya agak mahal.

 

DSC_0535

Setel bab lawatan dan shopping, kini tibalah untuk makan malam. hari makan malam dan badan pun makin letih. tengoklah pinggan tu, habis ku balun semuanya..hehee

 

DSC_0520

 

Alamak !!! Kimchi lagi !!! layan kan jela..nak buat macam mana..nasib baik ada ikan besar ni..kenyang la juga makan..

saya akan sambut perjalanan hari ke -4 di post yang akan datang :)

Rancangan Backpackers Ke Madrid, Spain – Part 2

March 31, 2013 at 2:06 pm

Palace-of-Madrid

 

Untuk kali ini saya berkongsi pula cara mendapatkan Hotel yang murah. Apa yang paling penting sekali adalah hotel yang anda tempah mestilah berhampiran dengan tempat yang anda ingin lawati. Jika post sebelum ini saya ajar anda pilih penerbangan yang murah, kali ini kita bercerita pasal hotel murah pula. Jika anda seorang Backpackers, pasti anda lebih gemar bergerak di dalam kumpulan kecil. Oleh itu, perancangan kali ini saya ingin pergi bersama 3 orang teman saya yang lain.

Jika anda masih belum baca post yang sebelumnya, harap baca supaya lebih faham (klik link bawah ni)

Rancangan Backpackers Ke Madrid, Spain – Part 1

Jadi masalah sekarang adalah di mana saya boleh cari penginapan yang boleh menempatkan 4 orang dan ia perlulah bersesuaian dengan trip ini. Terdapat pelbagai laman web yang menyediakan tempahan hotel mahupun guest house. Diantaranya adalah seperti :-

 

1

 

Setelah saya kaji kesemua laman web tersebut, saya dapati Www.booking.com   boleh dipercayai dan banyak menyediakan kemudahan dalam memilih hotel terbaik. Sekarang anda perlu rancang dimanakan anda ingin tinggal. Jika anda ke sini selama 2 minggu, anda boleh memilih pelbagai jadual seperti :-

Jadual 1 : 6 Hari di Madrid – 4 Hari di Barcelona – 1 Hari di Madrid  (Harga Sederhana)

Jadual 2 : 6 Hari di Madrid – 4 Hari di Seville  - 1 Hari di Madrid (Harga Murah)

Jadual 3 : 4 Hari di Madrid – 3 Hari di Seville – 3 Hari di Barcelona – 1 Hari di Madrid ( Harga Mahal)

*tambah 2 hari untuk ketibaan penerbangan dan perlepasan balik.

 

 

2

 

Tetapi sebelum itu, pastikan anda mengenalpasti hotel yang bakal anda tempah ini. Pilih dahulu jadual perjalanan seperti diatas sebelum menempah. Nasihat saya, pilih hotel yang berhampiran dengan tempat lawatan, stesen bas, subway (terowong jalan kaki) , Restoran. Yang paling penting harga termurahlah. Biasa nya kalau anda pergi 4 orang, anda bakal mendapat Rate hotel yang lebih murah dan jimat.

 

3

Setelah anda pilih hotel yang anda minat, kira semula bajet anda jika ia berbaloi, barulah buat keputusan untuk menempah hotel tersebut.  Anda juga dinasihatkan untuk bandingkan harga matawang supaya anda tidak tertipu. Semak currency convert.

 

4

 

Di gambar diatas, anda lihat peta dimana lokasi hotel dan pastikan ia berdekatan dengan pilihan tempat lawatan anda. Anda juga disarankan untuk membaca ulasan review dari penginap terdahulu. Jika ia komen yang bagus maknanya baguslah hotel tersebut. Baca juga syarat dan polisi hotel.

 

7

 

Dengan booking.com anda tidak perlu risau kerana tempahan anda selamat dan tidak ada yuran tambahan jika anda tempah melalui laman web ini. Jaminan harga terbaik bakal diberikan kepada anda dan ternyata ia agak murah berbanding tawaran di laman web yang lain.

 

8

 

Langkah seterusnya isi maklumat diri dan semak harga hotel mengikut tempahan anda.

9

 Dan yang terakhir , pembayaran dilakukan secara kredit melalui VISA, MasterCard ataupun American Express.

 Berikut adalah pilihan jadual trip anda :-

  • Jadual 1 : 6 Hari di Madrid – 4 Hari di Barcelona – 1 Hari di Madrid  (Harga Sederhana)
  • Jadual 2 : 6 Hari di Madrid – 4 Hari di Seville  - 1 Hari di Madrid (Harga Murah)
  • Jadual 3 : 4 Hari di Madrid – 3 Hari di Seville – 3 Hari di Barcelona – 1 Hari di Madrid ( Harga Mahal)

 

Berikut adalah jadual tempahan hotel lengkap :-

(Ke semua hotel anda boleh search dan tempah  terus dari Booking.com)

 

Jadual 1 (Madrid – Barcelona – Madrid)

6 Hari 5 Malam ( Madrid ) - Village Apartments Centro ( Rm 1335)

4 Hari 3 Malam ( Barcelona) –  Serenity Gotic Hostel ( Rm 685)

2 Hari 1 Malam ( Madrid) – Petit Palace Madrid Aeropuerto ( Rm 322) – Near Barajas Airport with free charge trasnport

*Jumlah Harga bagi 4 orang = Rm 2342 ( Harga seorang = Rm 586)

 

Jadual 2 (Madrid – Seville – Madrid)

6 Hari 5 Malam ( Madrid ) - Village Apartments Centro ( Rm 1335)

4 Hari 3 Malam ( Seville) – Pension Catedral (Rm 621)

2 Hari 1 Malam ( Madrid) – Petit Palace Madrid Aeropuerto ( Rm 322) – Near Barajas Airport with free charge trasnport

 *Jumlah Harga bagi 4 orang = Rm 2278 ( Harga seorang = Rm 570)

 

Jadual 3 ( Madrid – Barcelona – Seville – Madrid)

4 Hari 3 Malam ( Madrid ) - Village Apartments Centro ( Rm 1335)

3 Hari 2 Malam ( Barcelona) –  Serenity Gotic Hostel ( Rm 427)

4 Hari 3 Malam ( Seville) – Pension Catedral (Rm 407)

2 Hari 1 Malam ( Madrid) – Petit Palace Madrid Aeropuerto ( Rm 322) – Near Barajas Airport with free charge trasnport

 *Jumlah Harga bagi 4 orang = Rm 2491 ( Harga seorang = Rm 623)

Kesemua pilihan hotel diatas mempunyai transport ke lapangan terbang, berdekatan dengan tempat lawatan , berdekatan dengan stesen bas, berdekatan dengan stesen kereta api AVE dan paling penting harga terendah bagi BackPackers. Hotel-hotel diatas adalah menjadi tumpuan backpacker dari serata dunia. Post yang akan datang saya akan ceritkan bagaimana pengangkutan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. semoga informasi ini berguna untuk anda.

Rancangan Backpackers Ke Madrid, Spain – Part 1

March 31, 2013 at 12:45 am

 

Plaza-de-ayuntamiento-madrid-spain

 

Madrid merupakan Ibu kota Sepanyol yang merupakan bandar ketiga terbesar di eropah. Impian untuk ke sini memang sudah lama saya idamkan dan perancangan rapi perlu dilakukan bagi memastikan ianya tercapai. Seumur hidup, saya belum pernah lagi memasuki eropah dan jika rancangan ini berjaya, InsyaAllah ia menjadi satu kejayaan bagi hidup saya. Hobi saya adalah melancong dan mencari pengalaman di tempat orang.

Sebelum fikir terlalu jauh mengenai Madrid, saya terlebih dahulu membuat kajian untuk kesana. Saya dapati tiket penerbangan ke Madrid agak mahal kerana lokasinya agak jauh dari Kuala Lumpur. Namun itu tak mejadi penghalan bagi saya. Banyak syarikat penerbangan menawarkan penerbagan ke Madrid.

Antara syarikat penerbangan yang membuat penerbangan ke Madrid dari Kuala Lumpur adalah seperti berikut :-

Setakat ini, Hanya Thai Airways saja yang menawarkan tambah termurah untuk ke Madrid dari Malaysia. Oleh itu, saya kongsikan serba sedikit cara untuk membeli tiket Thai Airways ini.  Untuk membeli tiket bagi penerbangan jarak jauh, anda perlu tahu dimana lapangan terbang yang anda akan pergi dan dimana transit yang akan anda berhenti serta jadual waktu penerbangan anda.

 

1

Untuk menaiki pesawat Thai Airways ini tidaklah susah mana , cuma anda perlu bijak mengatur perjalanan anda.  Dalam Backpackers, penjimatan adalah perkara penting. Anda juga boleh menaiki pesawat AirAsia untuk ke Bangkok dan menukar kepada ThaiAiways untuk ke Madrid. Hal ini sama juga jika anda menaiki Thai Airways dimana anda perlu berhenti transit di Bangkok sebelum menyambung perjalanan ke Madrid. Jadi buatlah pilihan bijak dalam membeli tiket penerbangan ini dan anda pilihlah yang murah.

Kesukaran  jika anda menaiki AirAsia kerana anda perlu transit ke lapangan terbang suvarnabhumi airport kerana AirAsia akan mendarat di lapangan terbang Don Mueang Airport. Thai Airways akan berlepas dari lapangan terbang Suvarnabhumi dan anda perlu menaiki shuttle bus dari airport Don Mueang. Jadi jika nak senang, naik saja ThaiAirways dari KLIA.

 

2

 

Langkah 1: Anda perlu layari laman web (Thai Airways) .. Pada gambar diatas, pilih  lokasi penerbangan dan tarikh penerbangan pilihan anda. Tetapkan jumlah ahli dan tempah penerbangan anda. Pastikan anda memilih tarikh yang tepat dan pilih “Round Trip” untuk tiket pergi balik.

 

3

 

Langkah 2 : Pilih penerbangan anda mengikut tarikh yang anda inginkan dan hanya perlu tandakan satu sahaja (Lihat pada tarikh dan tempat departure) . Pilihlah harga yang murah dan jangan memandai pilih harga yang mahal , nanti akan menyesal pula..

 

4

 

Langkah 3 : Disini adalah perkara paling penting, anda perlu tandakan 2 penerbangan (Pergi dan balik) mengikut waktu kesesuaian anda. Pastikan anda tidak berhenti transit terlalu lama dan pilih waktu penerbangan yang berhenti transit tidak terlalu masa. Ini penting bagi menjimatkan masa dan anda tidak perlu menunggu lama sehingga lewat sehari. Klik pada Flight details, disitu akan ada tempoh masa transit anda dan segala informasi penerbangan berada disitu.

 

5

 

Langkah 4: Semak flight details anda. Pastikan anda tahu masa tiba di Madrid dan dari situ anda sudah boleh tahu waktu untuk tempah hotel. Penerbangan dari KLIA ke Bangkok hanya mengambil masa selama 1 jam 10 minit. Manakala penerbangan dari Bangkok ke Madrid (Barajas Airport) mengambil masa selama 8 jam.

 

6

 

Langkah 5 : Semak harga tiket penerbangan anda. Baca syarat penerbangan. Bagi pesawat ini anda hanya dibenarkan membawa 20 KG berat Luggage (Beg) . Nanti jangan lupa, bila nak berlepas dari KLIA, pastika anda di kaunter check in Terminal M. Kat situ adalah lokasi Thai Airways.

 

7

 

Langkah 6 : Isi maklumat diri dan jangan cuba-cuba nak tipu nanti menyesal pulak tak boleh terbang ke Madrid.

 

8

 

Langkah 7 : Buat pembayaran secara online. Boleh guna Visa ataupun Master Card. Pastikan anda mengisi borang dengan betul sebelum mengesahkan pembayaran anda.

 

9

 

Langkah 8: Anda boleh check in tiket flight anda secara online di laman web Thai Airways. Ini lagi senang dan memudahkan urusan penerbangan anda di KLIA nanti.

Jadi sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk membeli tiket secara online di Thai Airways. Mudah saja dan tak perlu fikir lama kerana harga yang ditawarkan pun diantara yang termurah berbanding syarikat penerbangan yang lain. Selepas ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk pilih hotel yang murah dan jimat. Banyak lagi saya akan kongsi cara-cara untuk mendapatkan percutian idaman yang murah.

Baca perancangan seterusnya di :-

Rancangan Backpackers Ke Madrid, Spain – Part 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...