Detik Kepulangan Wira Negara Di LCCT !!

November 23, 2011 at 10:31 am



Kemenangan skuad harimau Malaya menjadi satu fenomena buat Negara. Skuad harimau Malaya mampu menarik lafaz lega selepas menewaskan timnas garuda (Indonesia) menerusi penentuan sepakan penalti yang membawa pasukan Malaysia menjulang pingat emas dan seterusnya berjaya mempertahankan emas yang dimenangi di Loas 2 tahun lalu. kegembiraan skuad Negara turut diraikan seluruh rakyat Malaysia dengan sorakkan kemenangan,vBagi peminat tegar selamanya harimau Malaya kegembiraan tidak terhenti selepas pelawanan tamat. Kemunculan infomasi dari permain , skuad emas akan berangkat pulang ke tanah air tepat pukul 3.00 pagi dinantikan oleh kami (penyokong malaysia).



Jam telah pun menunjukan pukul 2.00pagi.setibanya di balai ketibaan LCCT keadaan menjadi huru hara dengan kehadiran penyokong2 tegar harimau Malaya kedengaran sorakkan oleh dari salah satu fans tegar yang dikenali sebagai ultras Malaya. Sorakkan pandu dari ultras Malaya ini memcuri perhatian seluruh tetamu LCCT. pagi semakin dingin, jam mula menunjukkan pukul 3.00pagi. keadaan LCCT makin sesak dengan kehadiran penyokong yang terdiri dari pelbagai usia dan bangsa..dianggarkan hampir 2 ribu penyokong membanjiri balai ketibaan.

muncul seorang kenalan memberi tahu pesawat skuad harimau Malaya terpaksa ditunda penerbangan akibat rusuhan penyokong Indonesia.kelewatan skuad tiba airport memyebabkan pesawat airasia yang disponsor khas hanya berlepas pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan, dan bakal tiba di LCCT selewat pukul 7.00pagi.



ramai yang mengeluh dan mengambil kesempatan utk berehat di kaki 5 LCCT. Keadaan kembali rancak selepas subuh. Pukul 6.30 pagi keadaan bertambah sesak dan kemeraihan makin memuncak. ketibaan berapa VIP dan para wartawan mencuri tumpuan ramai. Setelah 6 jam menunggu ketibaan wira2 harimau Malaya.kemunculan Ong Kim Swee (OKS) mendapat tepukkan gemuruh
dari penyokong dan wakil sekolah sukan bukit jalil.



saya mengambil peluang bersama rakan BERNAMA untuk mendekati player.sedikit catitan yang sangat pedas diberikan oleh OKS. “saya berasa hairan dengan media Malaysia yang selalu memberi komen yang negative. Media Malaysia (bukan semua) terbalik dari media Indonesia yang sentiasa memberi sokongan kepada team mereka” selepas tamat sidang media yang ringkas. OKS dan player diarak keluar ke bas FAM dan terus menuju ke wisma FAM .

info dari wartawan lokasi : ASHyful

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...