Yahuu !!! Dapat Check Dari Nuffnang Lagi

December 8, 2012 at 11:13 am

Cek kali ni saya tak tahu la sudah berapa banyak saya dapat dari Nuffnang. Apa pun saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Nuffnang Malaysia kerana telah menjanjikan pulangan wang yang terbaik untuk saya. Semuanya hasil usaha saya bersama blog UzairOthman.com ini.

Saya berterima kasih sangat kepada Nuffnang kerana telah banyak memberikan saya peluang di dalam bidang blog ini. Terima kasih juga diatas sokongan anda semua yang selama ini menyokong blog saya dan membaca blog saya. tanpa anda mungkin saya tidak akan rajin menulis blog sehingga hari ini :)

klik sini untuk tahu macam mana saya dapat cek ini (klik)

The Twillight Saga: Breaking Dawn Part 2 !!!

November 22, 2012 at 12:49 am

Pasti ramai yang menantikan episode terakhir The Twillight Saga: Breaking Dawn Part 2 yang akan menemui anda di pawagam pada bulan ini. Serius saya cakap filem ini  merupakan filem romantis dan cinta terhebat yang pernah saya tonton pada tahun ini. Setiap babak dan perjalanan cerita filem ini membuatkan penonton berasa turaja dengan hero mahupun heroinnya.

Saya berterima kasih kepada Pihak Nuffnang Malaysia yang memberi saya tiket special screening di Cathay Cineples e@curve semalam. Selain itu saya turut memenangi key chain limited edition dari Twillight dan beg twillight. Excited saya dapat menonton filem yang menjadi perbualan hangat rakan-rakan di facebook dan twitter ini.

Antara babak yang paling saya minati di dalam filem ini adalah ketika Edward Cullen dan isterinya Bella beramah mesra bersama anaknya disamping mereka bersama-sama menjalani kehidupan sebagai puntianak dan berjuang mempertahankan keluarga mereka.

Semestinya babak terakhir filem ini membuatkan anda berasa sangat terharu dan teruja apabila Bella yang mempunyai kuasa telah memberikan satu hadiah istimewa kepada Edward. Hadiah tersebut adalah ingatan ketika babak pada mula-mula mereka berkenalan sehinggalah mereka bercinta hingga ke akhir hayatnya. Waktu memang terbaik la saya cakap dan anda pasti teruja ketika babak itu kerana ia sangat romantik.

Tamat lah sudah twillight, dan saya merasakan filem ini akan memenangi beberapa anugerah utama di us kerana populariti filem ini sangat tinggi di serata dunia.

Saat Aku Lanjut Usia “22″

October 19, 2012 at 5:02 pm

Saat Aku Lanjut Usia Saat Ragaku Terasa Tua

Dan tetaplah kau selalu disini menemani Aku Mengaji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog UzairOthman.com. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kerana wish birthday saya pada 16 oktober yang lalu. Umur saya kini meningkat kepada 22 tahun dan kali ini saya menyambut hari lahir saya bersama keluarga. Setelah selalu sibuk dengan belajar dan kerja, kini dapat juga saya meluangkan masa bersama keluarga.

Saya sempat diambil gambar bersama anak buah saya iaitu alia. Gambar diatas ini adalah ketika saya ingin meniup lilin dan potong kek. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadayh ang wish birthday saya di Facebook, twitter dan mesej. Jika saya tak reply tu maaf la sangat-sangat ye. Terima kasih sangat-sangat.

Saya juga menerima beberapa hadiah, dan terima kasih kepada adik angkat saya yang memberikan hadiah istimewa kepada saya. (gambar bawah)

 Cantik kann !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...