GiveAway Contest : Saya Nak T-Shirt “I LOVE KOREA” Dari UzairOthman.com

April 10, 2013 at 11:26 pm

DSC_0466

 

Salam dan Annyeonghaseyo kepada semua pembaca blog UzairOthman.com. Seperti korang semua tahu yang saya baru sahaja pulang dari Seoul, Korea selatan pada minggu lepas. Alhamdulillah segala perjalanan percutian saya berjalan lancar. Oleh itu, saya ada la sedikit ole-oleh nak diberikan kepada semua pembaca blog saya. Kepada yang baru pertama kali baca blog saya, saya ucapkan selamat datang dan salam kenal kepada semua.

Ada la sikit hadiah nak diberikan kepada anda. Ramai sangat mintak ole-ole pada saya. Jadi nak lebih adil ,saya buatlah contest supaya semua orang berpeluang untuk mendapatkannya. Mana la tahu nasib anda baik dan mendapat hadiah yang saya nak bagi ni. sebelum tu kita tengok dulu T-shirt yang merupakan hadiah utama yang saya nak bagi ni.

Hadiah T-Shirt I Love Korea ini ada satu helai saja..tapi untuk anda.. saya tambah lagi hadiah-hadiah yang lain supaya lebih ramai orang lagi boleh dapatkan ole-ole dari saya :)

 

Cheras-20130410-02692

Senarai Hadiah Give Away Contest kali ini :-

  • Pertama : 1 Helai Tshirt I Love Korea dan Korea Key Chain
  • Kedua : 1 helai T-Shirt (Korea with Palace & Flaq) dan Korea Key Chain
  • Ketiga : 1 Korea Fridge Magnet dan Korea Key Chain
  • Keempat : 1 Korea Fridge Magnet dan Korea Key Chain

 

Cheras-20130410-02694

 

Cara anda nak sertai contest ini senang saja. tak susah mana pun sebab saya memang nak bagi je ole-ole ni kat anda semua. Jadi bagaimana cara nak menang ?

Langkah-langkah yang anda perlu ikuti adalah :-

1. Like FanPage FB UzairOthman.com   

2. Buat satu blog post yang bertajuk “Saya Nak T-Shirt  I Love Korea Dari UzairOthman.com” .

3. Letakkan gambar di bawah ini di dalam blog post anda.

 

DSC_0434

 

4. Ceritakan dengan menarik kenapa anda inginkan T-Shirt I Love Korea dan pastikan anda meletakkan link www.uzairothman.com di entry anda.

5. Setelah selesai membuat  entry anda, hantarkan link entry anda di Komen post ini atau ke email [email protected] Jika hantar pada email, sila sertakan nama dan link entry.

 

Pemilihan Pemenang :-

Pemilihan pemenang adalah keputusan muktamad dari saya sendiri dan entry yang paling menarik dan kreatif adalah layak untuk memenangi hadiah yang disediakan. Kontest ini dibuka dari 11 April 2013 hingga 10 Mei 2013. Keputusan akan diumumkan pada 3 hari selepas tarikh tamat kontest. Entry yang paling banyak menerima komen juga turut membantu anda memenangi kontest ini.

Keputusan pemenang GA ini akan diumumkan di satu entry khas..jadi tengok2 la selalu blog ini ye :)

Jadi apa tunggu lagi ? jom la buat entry masing-masing dan hantarkan pada saya. Selamat Berjaya :)

 

Sponsor T-Shirt dari T-Shirt Mudah Terengganu !!!

April 7, 2013 at 5:15 pm

design header 2

 

Wahhhh…T-Shirt Mudah Terengganu nak sponsor tshirt untuk blogger. Ini satu benda yang menarik untuk di ceritakan. Saya sendiri berminat dengan tawaran eksklusif dan menariknya ia dibuka kepada blogger seluruh Malaysia !!!  Kalau anda sedang mencari sponsor untuk hadiah contest / Giveaway, maka T-Shirt Mudah Terengganu lah tempat anda mencuba nasib untuk mendapatkan sponsor.

Antara tajaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
1) 30 helai t-shirt untuk give away + 2 helai t-shirt untuk blogger (pemenang)
2) Design t-shirt adalah custom daripada blogger (pemenang) itu sendiri (bergantung pada terma)
3) Kos postage/courier 32 helai t-shirt akan ditanggung sepenuhnya oleh T-shirt Mudah Terengganu

Cara-cara melayakkan diri?
1) Jadi rakan blogger dengan cara
a) Follow blog T-shirt Mudah Terengganu
b) LIKE facebook page kami (FB T-Shirt Mudah Terengganu)

2) Copy gambar blog header T-shirt Mudah Terengganu

3) Buat satu entry di blog masing-masing (tajuk dan isi adalah bebas)

4) Paste gambar blog header T-shirt Mudah Terengganu di entry tersebut

5) Buat link ke entry ini “Sponsor t-shirt for blogger”: http://rayyanart.blogspot.com/2013/04/sponsor-t-shirt-for-blogger.html

6) Comment di entry ni kata “I am in” + letak link ke entry sendiri yang dah dibuat tadi (sebagai bukti).

Tawaran akan berakhir pada 4hb April 2013, jam 2359hrs dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Hb April 2013. Yang menariknya, anda sendiri boleh tentukan design t-shirt dan entry yang menarik akan menang.

 

548868_559911927362638_1950821986_n

 

Mungkin ada yang tak pernah dengar lagi T-Shirt Mudah Terengganu , disini mereka menyediakan tempahan t-shirt dan pelbagai lagi dan yang terbaru adalah Mug Printing. Disini anda juga boleh tempah Mug dengan berharga Rm 10 walaupun hanya satu tempahan. Menarik Bukan ? saya memang nak sangat T-Shirt Mudah Terengganu sponsor hadiah untuk contest yang akan saya buat nanti. Gabungan dua blog ini insyaAllah akan menaikan rating dan keuntungan masing-masing. Di harap perniagaan mereka bertambah maju dan semoga peluang menaja hadiah untuk contest blog saya menjadi kenyataan.. Aminnnnn :)

Melalui Cuti Semester Yang Panjang !!!

February 6, 2013 at 11:08 pm

IMG-20130206-02538

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog UzairOthman.com. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi membaca blog saya walaupun jarang-jarang update. Tetapi sekarang saya sudah bercuti panjang selama 4 bulan dari pembelajaran. cuti semester sampai hujung bulan mei membuatkan saya menghitung hari dekat rumah dan tak tahu nak buat apa.

Kebiasaannya pada awal tahun memang kurang event untuk blogger, tetapi Alhamdulillah saya ada kerja sampingan yang lain dan dari situ juga saya sempat update blog saya. Bagi yang pertama kali membaca blog uzair, saya ucapkan selamat datang kepada anda semua, harap anda tinggalkan komen dan link blog anda. nanti boleh lah saya datang melawat ke blog anda.

untuk bulan febuari ni saya memang banyak habiskan masa di rumah saja, dan sekali sekala ada la juga keluar bersama rakan-rakan. saya ni memang susah nak melepak keluar sebab saya banyak habiskan masa saya dengan bermain game di rumah.  Selain tu, saya banyak habiskan masa dengan bermain gitar dan baca artikel di internet.

Rasanya dah lama saya tak bercerita pasal diri saya, sebab selama asyik sibuk cerita pasal travel, event dan reviews. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada anda semua kerana masih setia membaca blog saya. Bagi rakan-rakan pembaca blog beragama budha saya ingin ucapkan selamat tahun baru cina.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...