KDU Info Day : “All about the entertainment industry” Bersama Lawrence Wong & MayJune

January 12, 2013 at 9:45 am

KDU University College (KDU) baru sahaja melangsungkan Info Day pada 5 Januari yang lalu. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Ceramah dan pameran fakulti disana. Para pengunjung juga dapat mengetahui lebih dekat mengenai KDU dan disini juga terdapat pelbagai pilihan kursus yang terdiri daripada peringkat Pre-University, American Degree Program, Law ,Communication & Creative Arts dan pelbagai lagi.

Disini saya sempat juga untuk menghadiri ceramah bersama artis tempatan iaitu Lawrence Wong dan MayJune. Talk yang bertajuk “All about the entertainment industry” dipanelkan oleh pelajar KDU University College sendiri menerusi pelajar jurusan Communication & Creative Arts.

Antara perkongsian pengalaman dan perjalanan kedua-dua artis ini adalah melibatkan pengalaman berkerja serta cabaran yang mereka tempuhi sewaktu bekerja. Bagi Lawrence Wong, pengalaman sebagai Host TV dan model merupakan perkara yang paling beliau gemari dan ia merupakan satu cabaran di dalam hidup beliau. Lawrence Wong yang asalnya merupakan pelajar jurusan mascom telah terlibat secara tidak langsung di dalam industri hiburan ini. Beliau yang merupakan penulis skrip dan photographer pada suatu ketika dahulu turut memenati Aaron Kwok dan Tony Leong sebagai pendorong beliau di dalam kerjaya ini.

Lawrene Wong juga menyatakan peranan media di dalam industri hiburan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan jalan penyebaran infomasi terkini mengenai artis tanah air. Melalui media massa, industri hiburan tidak terhad kepada orang popular saja, malah setiap orang boleh menceburi bidang hiburan ini tanpa mengira usia mahupun perwatakan yang menarik.

Selain itu, beliau turut berkongsi kisah hidup dimana beliau juga menjadikan keluarga sebagai idolanya yang telah banyak memberikan dorongan untuk menceburi bidang ini sewaktu tamat persekolahan. Selain itu, rakan-rakan artis yang lebih senior juga banyak memberikan beliau tunjuk ajar di dalam bidang hiburan ini dan daripada situlah beliau dapat mengembangkan bakat yang beliau ada.

Dalam menjalani pekerjaan sebagai artis, beliau perlu sentiasa bersedia dalam menempuhi dugaan pekerjaan. Selain itu, beliau perlu banyak membaca dan mengkaji sesuatu perkara seperti menjadi Host TV yang perlu mengetahui perkara yang ingin dibincangkan di dalam siaran TV tersebut. Untuk berjaya , beliau sentiasa berfikiran positif dan perlu meminati sesuatu perkara bagi membolehkan beliau berjaya dalam kerjayanya.

Lawrence Wong juga sempat berkongsi pengalaman beliau menjadi pelakon, iaitu dimana di satu babak beliau terpaksa berlakon di sebuah taman dan disitu terdapat banyak nyamuk. Beliau juga menerangkan bahawa untuk berjaya di dalam bidang ini, anda perlu lebih banyak berusaha dan sentiasa bersedia menempuhi dugaan kerja selain perlu bersedia untuk kerja lebih masa.

Antara perkara positif yang diterima beliau adalah melakukan kerja dengan tahap terbaik dan perkara negatif yang diterima beliau adalah menerima kritikan. Namun begitu, kritikan adalah penting bagi meningkat mutu dan prestasi kerja beliau. Lawrence Wong menetapkan bahawa kerja merupakan sebahagian dari hidupnya dan perlu hidari tekanan dari dalam hidup. Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai Lawrence Wong, anda boleh melayari laman facebook Lawrence Wong.

Tetamu kedua adalah MayJune yang merupakan Model serta Host Tv NT7 yang banyak berkongsi pengalaman dalam bidang hiburan ini. MayJune menyatakan bahawa media dapat membantu artis dalam perkongsian maklumat di alam maya dan serti di media cetak. Oleh itu, beliau berbangga kerana terlibat di dalam industri hiburan ini kerana ia amat menyeronokkan. Menjadi seorang public figure adalah impian beliau dan ia bertujuan menyampai mesej kepada peminat dan pengemar dunia hiburan.

Pada asalnya, ibu MayJune menyuruh beliau menjadi pembaca berita, namun minat mendalam sebagai TV Host telah mengubahkan kehidupan beliau kini. Beliau telah lama terlibat di dalam bidang hiburan malah sejak kecil lagi beliau sudah mula minat bernyanyi. MayJune turut berkongsi pengalaman dimana sebelum show, beliau akan membuat research dan berborak bersama tetamu secara tidak formal di siaran TV. Ia bagi memberikan penerimaan yang baik terhadap tetamu ketika beliau menghostkan rancangan TV. Antara pengalaman berharga beliau adalah menjadi Host bagi  rancangan StarLive yang dihadiri lebih dari 10 ribu orang pada ketika itu.

Ketika rancangan StarLive tersebut, beliau terpaksa mengatasi masalah utama beliau iaitu nada suara yang rendah dan beliau perlu melontarkan suara yang tinggi bagi mengimbangi nada suara secara langsung di TV. Antara pengalaman lain adalah beliau perlu sentiasa bersedia ketika menghostkan rancangan secara langsung dan ia merupakan satu cabaran terbesar buat MayJune.Beliau juga turut membintangi drama di 8TV iaitu Good Night DJ dimana beliau terpaksa berlakon menjadi mayat yang diletakkan pada frozen box.

Selain berfikiran positif, beliau juga dapat menerima kritikan dan kritikan itu adalah membina semangat dan kualiti kerjayanya. Beliau juga gembira dengan kerjayanay sekarang dan untuk berjaya di dalam bidang industri hiburan ini, anda perlu masuk dan belajar jurusan Mascom kerana ia kunci kejayaan anda di dalam bidang ini. Beliau juga menyatakan semua orang boleh menyertai industri hiburan dengan tanpa mengikut peringkat umur selagi ia sesuai dengan kerjayanya. Bagi anda meminati MayJune, anda boleh melayari facebook beliau di MayJune.

Banyak perkara telah dikongsikan oleh MayJune dan Lawrence Wong mengenai industri hiburan serta pengalaman mereka di dalam bidang ini. Talk yang disediakan pada Info Day KDU University College ini  banyak memberikan saya pengajaran dan ilmu berguna mengenai industri hiburan.

Selain talk, ramai juga tetamu yang datang kesini sambil membawa anak-anak mereka untuk memilih jurusan pembelajaran yang akan anak mereka lalui. Kejayaan di peringkat tertinggi adalah kunci kejayaan bagi seseorang dan anda perlu mencari ilmu yang lebih supaya dapat bekerja dan berjaya di dalam hidup anda.

Samsung Smart Camera – DV300F

August 4, 2012 at 12:12 pm

Samsung Smart Camera – DV300F merupakan kamera yang terbaik dikeluarkan Samsung. Dengan kadar harga tidak terlalu mahal bagi sebuah kamera ini mampu memberikan anda kualiti gambar setanding dengan DLSR. Pelbagai menu dan mode menarik untuk anda cuba dengan kamera ini. Diantaranya adalah pilihan  frame gambar yang banyak serta editing setup yang pelbagai pilihan untuk anda tambah di gambar yang diambil.

Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai mode gambar seperti  Single image, Thumbnails, Advanced Slide Show, Movie Clip dan  Smart Album. Format gambarnya adalah JPEG(DCF), EXIF 2.21, DPOF 1.1, PictBridge 1.0, MPO dan format videonya adalah      MP4(Video: MPEG4.AVC/H.264, Audio: AAC).  Setiap gambar yang diambil , anda boleh menentukan masa dan tarikh gambar diambil kerana ianya boleh diubah.

Dengan keberatan kamera sebanyak 120 Gram (tanpa bateri & MicroSD) bakal memudahkan anda untuk membawa kamera ini kemana sahaja. Mengenai lens kamera ini ia mengunakan Samsung 5x Zoom Lens f = 4.5~22.5mm (35mm film equivalent : 25~125 mm) dan digital zoom sebanyak 5X.

 

Lihat link dibawah untuk specification dan keunikan kamera ini :-

 Samsung smart camera PART 1

Samsung Smart Camera PART 2

Smartphone : Pelancaran Samsung Galaxy S3 Di Malaysia !!!

May 25, 2012 at 9:38 pm

 

Lihat di tangan saya itu, Samsung Galaxy S3 yang baru sahaja dilancarkan semalam. Majlis pelancaran Samsung Galaxy S3 ini dilangsungkan di One World Hotel, Damansara. Smartphone ini mula menjadi perbualan hangat penggemar Gadget di Malaysia dimana ia mampu menandingi beberapa jenis Smartphone yang lain.

 

Spec:-

1) Smart  Stay – smartphone tidak akan lock dan akan sentiasa terang selagi anda memandangnya.

2) Direct Call – ketika anda sedang mesej dan anda ingin terus hubungi orang yang anda mesej itu. Anda hanya perlu letakkan smartphone anda di telinga dan ia terus mendail nombor orang yang anda sedang mesej.

3) Smart Alert – Smartphone ini akan vibrate dengan kuat sekiranya ia tahu anda berada jauh dari Galaxy S3 ini.

4) Social Tag – Anda boleh tag gambar rakan anda di smartphone ini dan anda boleh mengetahui status SNS rakan anda.

5) S Voice – Anda boleh mengawal Samsung Galaxy S3 ini dengan hanya memberikan arahan melalui percakapan.

6)S Beam – Anda boleh menghantar gambar,video,music dan file dengan cara menyentuh smartphone yang lain.

7) All Share Cast – Anda boleh sambungkan penyiaran smartphone kepada Smart TV .

8) 4.8 HD  SUPER AMOLED – Mempunyai 4.8 inci HD  display dan warna yang sempurna.

9) Pop Up Play – Anda boleh membuka 2 aplikasi dalam satu masa

10) Best Photo – tidak perlu delay untuk mengambil gambar dan anda boleh mengambil 20 gambar dalam satu masa dan ia akan pilih gambar yang terbaik.

lebih banyak speck di (SAMSUNG)

 

Gambar dari belakang S3, ia sangat ringan dan mudah untuk disimpan di dalam poket. Tahan lasak serta mempunyai pelbagai spesifikasi yang menarik.

Saya sempat mengambil gambar bersama rakan-rakan blogger yang hadir. Ada mohd zaid, cik lily, putra dan ramai lagi. Dengan keupayaan 4.8 HD screen display ia membuatkan anda berpuas hati dengan kualiti gambar disamping ia mempunyai kualiti gambar yang tinggi.

Model Samsung ketika majlis pelancaran Samsung Galaxy S3 kepada media

ia mempunyai dua pilihan warna iaitu Pebble Blue dan Marble white..

Jika anda tidak sabar akan S3 !! saya juga tidak sabar untuk tunggu contest untuk menang ..hehehe..diharap dapat lah peluang memiliki Samsung Galaxy s3 ini sebab ia memang terbaik dan menarik!! sangat canggih dan ia mampu menandingi kehebatan smartphone yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...