Percutian Ke Medan Bersama Keluarga (2013) – Part 3

March 24, 2013 at 9:00 am

DSC_0051

Hari ke-3, tiba masa untuk pulang ke Medan kerana keesokan harinya kami akan pulang ke Malaysia. Oleh itu kami tinggalkan Danau Toba dengan seribu satu kenangan disini. kami menaiki feri dari Tomok untuk menyeberangi danau toba dan ke Parapat semula.

 

DSC_0100

Kemudiannya kami menaik kereta untuk ke Medan dan perjalana nemngambil masa selama 5 jam dan akan kami singgah di beberapa tempat menarik.

DSC_0129

 

Tempat pertama yang kami singgah ialah PATEN iaitu kilang pembuatan biskut dan makanan terkenal disini. Pelbagai produk anda boleh beli disini dan harganya sekitar RP 20 000 ( Rm 6) . Anda juga boleh mencuba mana-mana produk makanan yang anda suka sebelum membeli.

DSC_0136

 

Sempat juga saya shopping dengan membeli satu set yang berharga RP 200 000 ataupun Rm 60 duit Malaysia. Biskutnya memang sedap dan banyak produk yang dijual lagi disini.

DSC_0141

Kami meneruskan perjalanan lagi dan kali ini singgah pula di Restoran  Simpang Tiga untuk menikmati makan tengah hari. Dari sini kira-kira satu jam untuk sampai ke Medan.

DSC_0143

Lihatlah banyak betul lauk-pauk yang dihidangkan..kenyang betul makan kat sini..puas hati ..

DSC_0153

Setelah makan, kami pun meneruskan perjalanan dan singgah di Masjid Raya , Medan. Disini merupakan masijid pertama dan yang utama di Medan. Masjid ini dibina oleh pemerintah terdahulu yang menjadi simbol agama Islam disini.

DSC_0196

 

Tidak jauh dari masjid raya , terletak satu lagi tarikan utama disini iaitu Istana Maimoon. Istana utama di medan ini masih lagi mempunyai sultan dan sultan tesebut baru berusia 13 tahun yang ditabalkan pada tahun 2005 dahulu. Sultan ini masih lagi mempunyai kerabat di Malaysia dan beberpa dearah di Indonesia.
DSC_0280

oleh kerana terlalu penat, kami pun check in awal dan berehat di hotel setelah kepenatan  melalui perjalanan yang agak jauh.

DSC_0300

 

Pada waktu malam pula, kami makan malam di ACC iaitu terkenal dengan Ayam Pop atau ayam penyet di Malaysia. Makanan disini halal dan dijamin bersih.

DSC_0305

 

Setelah kenyang makan, kami pun pulang ke hotel dan berehat. esok pagi tiba masa untuk tinggalkan kota medan dan pulang ke tanah air.

Malaysia Social Media Week 2013 (Engage, Educate & Entertain) #MSMW2013

February 28, 2013 at 7:00 am

DSC_0323

 

27.2.2013 – Bertempat di Berjaya Times Square, KL berlansung Malaysia Social Media Week 2013 (Engage, Educate & Entertain) yang menampilkan beberapa panel khas yang turut terlibat sama di dalam sosial media. Pengemar Sosial media dari serata dunia tampil di persidangan ini yang turut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan pengguna setia sosial media seperti Twitter dan Facebook.

Minggu sosial media yang berlangsung dari 26 Febuari sehingga 3 Mac 2013 ini diadakan bertujuan untuk membina perhubungan diantara rakan media dari serta dunia selain dapat menilai sejauh mana keberkesanan sosial media terhadap orang ramai. Selain itu, ia juga dapat memberi kejayaan kepada penggemar sosial media untuk mencari tujuan dan kejayaan dari program ini disamping dapat menghasilkan satu kepercayaan dan keputusan yang terbaik dari segala aspek.

Dalam masa yang sama, ia juga menjemput para Gen-Y iaitu golongan belia untuk turut serta di dalam sosial media dan mengunakan ia untuk pendidikan serta arah yang betul. Perdana Menteri Najib juga turut menyatakan bawah golongan yang mengunakan sosial media ini perlulah lebih matang dan professional dalam menyebarkan berita dan fakta yang tebaik dan betul. Beliau juga sempat mengumumkan laman sosial yang terbaru di sertai beliau iaitu Instagram. Anda boleh follow instagram beliau di @Najib_Razak .

 

 

DSC_0198

 

Shahul Hameed, Founder & President Malaysia Social Media Chambers yang juga diantara orang penting dalam persidangan Malaysia Social Media Week 2013 (Engage, Educate & Entertain). Beliau turut menyatakan bahawa sosial media amat penting dalam Bisnes dan memperluaskan produk sesuatu syarikat. Sosial media juga dapat mewujudkan satu rangkaian tanpa batasana di serata dunia dan sesuatu bisnes itu dapat berkembang pesat melalui sosial media.

Minggu sosial media ini turut menjadi platform bagi blogger dan media mengunakan sosial media dengan lebih mendalam dan mengetahui segala kebaikan dan kekurangan sosial media. Oleh itu, persidangan ini amat sesuai diadakan di Kuala Lumpur bagi memberikan pengetahuan kepada rakyat Malaysia bahawa pentingnya Sosial Media yang mampu menjana pendapatan mahupun menaikkan sesuatu syarikat.

Dsini juga para media dapat berkongsi pengalaman dan mengkaji lebih mendalam terhadap sosial media di masa akan datang. Beliau turut mengharapkan dengan adanya persidangan ini dapat digunakan oleh pihak kerajaan, NGO, Usahawan bagi meningkatkan usaha sama serta menaikkan rangkaian perhubungan antara satu sama lain.

DSC_0205

 

Pada hari pertama persidangan, terdapat 14 orang panel yang tampil memberikan pendapat serta pandangan terhadap pelbagai soalan dan tajuk perbincangan. Antara yang sempat saya dengar adalah Panel dari Australia iaitu Laurel Papworth (Social Media Strategist & CEO  Community Crew, Australia). Antara tajuk perbincangan pada sesi ini adalah “Facebook, Twitter, Social Media – Where is the Money? ”

Pelbagai pertanyaan dan persoalan bermain di fikiran anda dan pasti anda ingin tahu bagaimana perancangan strategi terbaik mampu menjana pendapatan dari sosial media. Beliau juga turut berkongsi cara untuk meningkatkan pendapatan dengan sosial media. Antara cara terbaik adalah mengunakan twitter ataupun facebook  dalam menyebarkan aktiviti harian kepada rangkaian penggemar sosial media anda. Selain itu, dengan penggunaan beberapa aplikasi tambahan juga mampu meningkat bilangan pembaca blog mahupun penggemar laman sosial anda dan salah satu caranya adalah melalui Facebook Page dan Group.

 

DSC_0208

 

Panel kedua pula iaitu  Murtuza Adenwala (General Manager E-commerce Go Air ,India. Beliau menyokong penggunaan sosial media dalam meningkatkan pasaran perniagaan dan keuntungan syarikat. Beliau juga telah memberi contoh terbaik yang digunakan di India. Antara contohnya adalah mempromosikan percutian ke Ireland kepada rakyat India.

Pelbagai cara digunakan seperti facebook, twitter dan pelbagai laman sosial yang lain dalam mempromosi Ireland sebagai percutian idaman rakyat India. Setelah mengunakan sosial media, beliau mendapati percutian ke Ireland ini telah meningkat dari angka 10 ke angka 5 dalam carta penerbangan yang paling kerap di India. Oleh itu ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan promosi serta keuntungan kepada majikannya.

Beliau juga turut menyifatkan bahawa anda juga perlu turut serta di dalam sosial media kerana ia akan meningkatkan penjenamaan syarikat mahupun produk yang anda ingin pasarkan dan meningkatkan respons yang baik terhadapat produk tersebut. Selain itu, ia juga boleh mendekatkan syarikat dengan pelanggan dan seterusnya dapat pulangan yang tebaik kepada syarikat.

 

DSC_0214

 

Panel berikutnya adalah Rafiq Razali (Country GM of Groupon Malaysia). Salah sebuah syarikat yang dikenali di Malaysia dimana perancangan perniagaan Groupon terarah dengan sosial media. Dengan mengunakan sosial media, ia lebih mudah dan dapat mendekati  pengguna laman sosial disamping dapat meningkatkan lagi keuntungan serta peluang yang lebih luas.

 

DSC_0218

 

Antara tajuk lain yang diperbincangkan adalah “Strategy to involve employees and outsourcing social media marketing” . Panel Jojo Struys (Executive Director Kyanite TV & Celebrity Personality Malaysia) menerangkan dengan mengunakan orang yang berpengaruh seperti pelakon mahupun penyanyi mampu meraih keuntungan yang lebih .Ini dimana celebrity yang mempunyai bilangan peminat yang banyak yang dinilai dari facebok like ataupun follower twitter menjadi buruan syarikat besar bagi mempromosikan sesuatu produk kerana ia merupakan ikon kepada masyarakat.

Sebagai contoh, beliau telah mengunakan Yuna dan Zizan Raja Lawak dalam mempromosikan sesuatu produk pada tahun lepas. Hasilnya pulangan yang diraih adalah mendapat sambutan kerana pengaruh follower twitter dan fb like kedua-dua celebrity itu sangat banyak dan turut dikenali di seluruh Malaysia. Oleh itu, salah satu cara untuk meraih keuntungan, pastikan anda mempunyai sesuatu yang menarik yang boleh dikongsikan di sosial media.

 

DSC_0260

 

Panel Seterusnya adalah Kang Hyun Bin (Director of LINE Business, Korea) yang membawa tajuk ” Innovative Strategies to engage customer loyalty and enhance brand engagement”. Disini saya menerima pelbagai idea menarik oleh beliau dimana kejayan beliau membuat LINE menjadi aplikasi yang  HIT di 11 negara dalam tempoh yang singkat telah memberikan saya motivasi untuk berjaya dalam dunia blog ini.

Namun ia sedikit berlainan kerana ia melibatkan dalam bidang perhubungan. Anda yang juga sebagai pengguna Aplikasi LINE pastinya tahu pelbagai kemudahan boleh diraih pada aplikasi ini dan ia sangat menghiburkan. Oleh itu LINE telah menukarkan aplikasi ini ke dalam bentuk perniagaan seperti menjual sticker dan beberpa watak di dalam aplikasi LINE. oleh kerana mendapat sambutan yang meluas ,ia juga turut digunakan oleh syarikat yang besar dalam mempromosi iklan di dalam aplikasi LINE ini.

Penyebaran maklumat dari aplikasi LINE ini mendapat liputan yang luas kerana penguna aplikasi ini telah mececah jutaan pengguna dan ia satu pelaburan yang berhasil jika anda mengunakan aplikasi ini sebagai promosi syarikat ataupun produk anda.

 

DSC_0267

 

Panel berikutnya adalah Jason Lo (CEO TuneTalk Malaysia) dan Jeremy Wallenberg ( Social Media Strategist Internal Affairs USA)  yang membawa tajuk “Gen Y driving social media ahead, making micro blogs as a powerful tool of communication”. Ia juga turut disertai oleh YB Khairy Jamaluddin (MP Rembau, Malaysia) yang turut berkongsi dan memberikan pendapat terhadap penyertaan golongan belia dalam sosial media ini.

Jason berpendapat sasaran golongan belia dalam sosial media ini boleh di terangkan melalui perkongsian cerita melalui twitter dan facebook. Ini dimana belia boleh mengunakan sosial media sebagai tempat meningkatkan rangkaian perhubungan dan perkongsian pengalaman dalam rangkaian yang sama. Dalam masa yang sama ia juga boleh menjadikan anda terkenal dan anda boleh mengunakan social media dalam mengetahui reaksi orang ramai terhadap blog ataupun micro blogs anda.

Bagi Jeremy Wallenberg, beliau merupakan diantara orang penting dalam penyebaran maklumat ketika pilihanraya di US dimana Barrack Obama memenangi pilihanraya tersebut. Penggunaan sosial media amat penting dan ia banyak membantu presiden US itu memenangi pilihan raya US. Tambah beliau lagi, maklumat yang disampaikan akan lebih tepat dan cepat  dan ia dapat mempengaruhi masyarakat dalam memilih presiden US pada ketika itu.

 

DSC_0289

 

Berikut adalah YB Khairy Jamaluddin, beliau turut berkongsi pendapat dimana pengunaan micro blogs dan blog dapat meningkatkan tarikan anda terhadap dunia sekeliling. Ini dimana beliau juga turut mengunakan twitter dan facebook dalam penyebaran politik beliau. Beliau juga turut memberi nasihat yang berguna kepada orang ramai pada persidangan ini dimana berberapa tips turut diberikan bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini terjadi. Beliau juga menasihatkan kepada semua orang dimana tidak perlu block user seseorang kerana itu menunjukkan anda mempertahankan ideologi anda dan pasti orang lain dapat menerimanya.

Antara tips yang diberi adalah jika anda ingin post atau tweet sesuatu pastikan anda tahu fakta dan jangan lah terlalu panjang sehingga continue. Pastikan ia cukup dan muat pada tweet dan status FB kerana rangkaian sosial anda inginkan maklumat yang lebih tepat dan cepat. Ia juga memudahkan orang lain untuk membaca dan memberi respon kepada idea anda itu.

untuk lebih lanjut, lihat video ini kerana pelbagai tips dikongsikan oleh KJ :- 

 Malaysia Social Media Week 2013 (Engage, Educate & Entertain)

Malaysia Social Media Week (MSMW) is a national event connecting people, content and conversations around emerging trends in social and mobile media. Delivered through a network of creative conferences and streamed online through social media, SMW reaches an extensive network of people (including C-level executives, entrepreneurs, journalists, bloggers, brand managers, social media strategists, students, artists, activists and the technology/media specialist), connecting and communicating ideas and experiences to advance our understanding of social media’s role in society. Social Media Week brings hundreds of thousands of people together through learning experiences that aim to advance our understanding of social media’s role in society.

 

OBJECTIVE

  • Build Meaningful Relationships through SIMPLE approaches
  • MEASUREABLE Public Relations and Awareness benchmarks
  • Building ACHIEVABLE people centric missions and goals
  • Establish trust and drive REALISTIC end results
  • Approaching and addressing Gen-Y issues in a TIMELY manner
  • Infusing EDUCATIONAL values AND
  • Increase visibility and be REACHABLE to the mass

 

BENEFITS

  • Get the MESSAGE across faster and expand to more people
  • Improve Branding
  • Impactful effect on market positioning and brand acceptance
  • Social Media is Cost Effective
  • It can increase your popularity and recognition
  • It gives you quick access to a lot of people globally
  • It’s a great way to build communities and connect with people
  • You can find out what others think of you and your community
  • Listen to opinions and re-act instantly
  • Conduct Market Research
  • Strengthen the VOICE of the people to address specific issues
  • Pitch in a More Human & Interactive Way by means of networking
  • Emphasize IMPORTANCE of your opinion and seek support

 

TARGET AUDIENCE

  • C-level Executives
  • Entrepreneurs
  • Journalist
  • Bloggers
  • Brand Managers
  • Social Media Strategists
  • Students
  • Artists
  • Technology / Media Specialists

“Lawak Ke Der 2″ Bakal Di Pawagam 7 Mac 2013

February 23, 2013 at 12:00 pm

Lawak-Ke-Der-2-Poster-Filem-1

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2.Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya.Kepercayaan diberikan kepada Hans Isaac untuk mengarah kedua-dua persembahan Lawak Ke Der berikutan dengan kejayaan kesemua persembahan teater yang pernah diterbitkannya di Istana Budaya. Dia juga merupakan penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21.

Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan sahaja di Istana Budaya, banyak permintaan untuk sebuah re-stage yang diterima oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket akibat sold out. Dari situ, timbullah ide dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.TOP, sebuah syarikat Hans Isaac, dengan bangganya mempersembahkan buat julung-julung kali di dalam sejarah perfileman Malaysia, persembahan pentas Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

DSC_3106

Filem ini dibintangi oleh 6 pelawak terbaik tanah air.Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil iaitu Juara Raja Lawak Musim Ke-2, masih akan menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya. Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan.Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) sering muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan Gegirl.

Selain dari ‘Halussss’, Harith Iskander juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy. Persembahan Harith ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar. Tayangan filem ini juga pasti akan meninggalkan kenangan manis buat Harith memandangkan tahun ini sudah genap 25 tahun dia berkecimpung di dalam bidang komedi Negara.

DSC_0173

Chemistry di antara Johan dan Zizan (JOZAN) juga tidak dapat disangkal lagi kerana mereka sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. Ayat “Last payyyperr” yang diperkenalkan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der yang pertama masih menjadi ikutan anak-anak muda.Selepas 15 persembahan sold out musim pertama dan kedua, jenama Lawak Ke Der ini ternyata berjaya menambat hati Malaysia.

Tall Order Productions ingin berkongsi pengalaman komedi ini dengan semua peminat filem tanahair. Jadilah sebahagian dari sejarah perfileman Malaysia.Kepada 2.4 juta penonton Lawak Ke Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ke Der 2 di pawagam berhampiran dengan anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda terlalu kecil dan tak baik untuk penglihatan.


DSC_0187
Bagi saya, Lawak Ke Der 2 ini menampilkan satu kelainan dan ia perkara baru di dalam industri perfileman negara. Ini dimana persembahan pentas dijadikan filem dan ia sememangnya tidak pernah lagi dibuat di Malaysia.  Dengan menampilkan barisan pelawak yang terbaik, filem ini bakal memberi satu keistimewaan kepada penonton yang menyaksikan filem ini. Ini dimana anda akan sentiasa tergelak di dalam pawagam kerana hampir 99% babak pementasan ini adalah berasaskan lawak.
Jom kita lihat gambar sekitar Majlis Tayangan Media “Lawak Ke Der 2″ :-
DSC_0190
Sewaktu di temuramah bersama media, Hans Isaac selaku pengarah Lawak ke Der 2 menyifatkan filem ini tidak mempunyai genre khas. Ini dimana ia merupakan salah satu perkara baru di dalam industri filem dimana pementasan lawak dijadikan filem. Beliau juga tidak meletakkan sasaran untuk filem ini keran ia masih lagi dalam pengujian kerana perkara ini masih baru lagi bagi peminat wayang di Malaysia. Kesemua barisan pelawak juga turut bersepakan dan mengharapkan sambutan yang baik terhadap peminat akan filem yang  bakal ditayangkan pada 7 Mac 2013 nanti. Oleh itu, mari bersama-sama kita ke pawagam dan bergelak ketawa sehingga puas..
Terima kasih kepada kak ruby yang telah invite saya ke sini, dan terima kasih juga kepada Tall Order Productions kerana telah memberikan yang terbaik pada majlis tayangan media filem “Lawak Ke Der 2″ yang berlangsung di The Curve (23.2.2013) . Di majlis ini, Zizan dan Harith Iskandar tidak dapat hadir kerana diatas urusan tertentu.
DSC_0194
JOHAN
DSC_0197
Nabil
DSC_0192
Hans Isaac (Pengarah)
DSC_0191
BOBOI yang terdiri daripada harun salim bachik dan afdlin shauki
DSC_0164
 harun salim bachik
DSC_0166
saya dan nabil
DSC_0162
saya bersama Hans Isaac

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...