Link TV Streaming : Manchester City vs Chelsea (EPL)

February 24, 2013 at 7:34 pm

images

English Premier League

Manchester City vs Chelsea

9.30 PM (Malaysia Time)

LINK STREAMING 

*We found 5 server for this game

 

Manchester City Tumpas Sebelum Bertemu Harimau Malaya

July 14, 2012 at 8:14 am

14.7.2012 – Perlawanan persahabatan diantara Manchester City dan Al-Hilal berlangsung awal pagi tadi dimana kedua-dua pasukan sudah memulakan pra-musim lebih awal bagi mendapatkan rentak permainan yang terbaik. Perlawanan yang dilangsungkan di Innsbruck, Austria itu dimenangi oleh AL-Hilal menerusi jaringan tunggal oleh N. Alabed pada minit 69. Gol yang dijaringkan melalui satu sepakan dari luar kotak penalti itu berjaya menumpaskan penjaga gawang Man city untuk meletakkan Al-Hilal selaku pemenang perlawanan ini.

Manchester city yang menjuarai liga perdana england tempoh hari beraksi tempang dengan tidak dibarisi pemain utama disebabkan panggilan ke sukan olimpik dan kecederaan. Man City mengadakan 3 perlawanan persahabatan di Austria dan bakal ke China dan Malaysia yang turut mengundang Man City sebagai lawan untuk pra-musim.

 


Al- Hilal :Sharahili, Al-Bishi, Radoi, Hawasawi, Al-Marshedi,Wilhelmsson, Al-Fraidi, Al-Qarni, Al-Shalhoub,Soo Yoo, Al-Qahtani

 

Man City :- Hart,Zabaleta, Kompany, Toure, Clichy,Johnson, De Jong, Barry, Nasri,Aguero, Tevez

Manchester United Juara Piala Perisai Komuniti 2011

August 7, 2011 at 11:35 pm

Perlawanan yang pasti ditunggu-tunggu oleh peminat EPL iaitu perlawanan piala perisai yang menemukan juara piala fa dan juara piala liga iaitu manchester united dan manchester city..dua musuh setempat ini bagaikan enggan mengaku kalah lebih apabila kedua-dua pengurus pasukan sering kali menggunakan serangan psikologi untuk memberikan semangat kepada pasukan bimbingan masing-masing..

Manchester United menumpaskan juara piala faengland iaitu Man city malam tadi di stadium Wembley dengan jaringan 3-2 ..MC terlebih dahulu membuka gol perlawanan yang dijaringkan oleh Joleon Lescott hasil sepakan percuma dari kanan gawang man utd yang diambil oleh silva…Joleon Lescott berjaya menumpaskan penjaga gawang Man Utd iaitu De Gea untuk meletakkan city dihadapan pada minit ke 38..

ketika perlawanan separuh masa pertama hampir tamat, Dzeko menambahkan derita Man Utd dengan meledak gol kedua Man City pada minit 45+1 dan berjaya menjarakkan kedudukan kepada 2-0..gol kedua diperolehi apabila Dzeko merembat kira-kira 20 ela dari gawang gol untuk menumpaskan De Gea yang gagal menghalang bola itu dari dimasuki gawang man utd..

pada separuh masa kedua..permain pertahanan MU iaitu Smalling berjaya merapatkan kedudukan buat MU dengan meledakkan jaringan pada minit ke-52 dan meletakkan kedudukan 2-1…kelapaan pertahanan city menjadi punca gol-gol mudah ini diperolehi..nasib MC bertambah malang apabila MU menambah gol kedua melalui Nani pada minit ke-58 bagi meletakkan kedudukan 2-2..

pada minit akhir perlawanan, kesilapan Kompany telah menyebabkan Nani berjaya menjaringkan gol kemenangan United malam tadi apabila berjaya menumpaskan penjaga gawang Mc dan meletakkan nama Manchester United menjulan piala perisai 2011 dengan bergaya..Man Utd berjaya bangkit dari ketinggalan dan ini merupakan perlawanan permulaan terbaik buat pasukan Man Utd untuk terus mempertahankan piala liga 2011/2012..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...