Malaysia Juara Axiata Cup 2013
Malaysia muncul juara Axiata Cup 2013 malam tadi setelah menewaskan pasukan Thailand di perlawanan Akhir. Mata Malaysia dikutip dari perlawanan bergu campuran, perseorangan lelaki dan bergu lelaki. walaubagaimanapun malaysia tumpas di perlawanan pertama iaitu perseorangan wanita.
Penampilan kejutan dari Lee Chong wei yang beraksi membuatkan orang ramai bersorak gembira melihat persembahan menakjubkan beliau dan beliau tidak menghampakan peminat badminton Malaysia apabila memenangi perlawanan perseorangan lelaki tanpa cabaran getir dari pihak lawan.
Malaysia selaku juara telah membawa pulang 400 000 USD dan ini merupakan persembahan terbaik skuad Malaysia yang rata-rata dibarisi pemain muda. Xpax dan Celcom selaku penaja rasmi kejohanan ini telah menampilkan penganjuran yang terbaik dan lancar dan bersyukur juga pasukan negara kita dapat memenangi kejohanan termahal di dunia ini.
Sebelum pulang ,sempat juga saya bergambar dengan bulu tangkis gergasi yang diletakkan di pintu utama ini. Lebih memuaskan lagi saya dapat menyaksikan persembahan Lee Chong Wei dan bergu iaitu koo kien keat dan tan boon heong yang masih dan pernah menjadi pemain no.1 dunia.







