Kenapa Perlawanan Piala Sumbangsih 2012 Tak Meriah ?

January 7, 2012 at 9:50 pm



Untuk pengetahuan anda perlawanan paiala sumbangsih ini adalah satu perlawanan amal yang akan didermakan ke badan amal di Malaysia. Hanya 30 ribu penonton yang hadir telah mengagalkan hasrat FAM untuk mengumpul dana yang lebih untuk didermakan.

Perlawanan Piala Sumbangsih 2012 diantara kelantan dan negeri sembilan yang berlangsung hari ini (7/1/2012) dilihat tidak meriah kerana kurang penonton yang hadir ke stadium. walaupun harga tiket tidak menjadi isu untuk kali ini. Namun ia masih belum lagi dapat memuaskan hati peminat bola sepak tanah air untuk ke stadium. Dengan kelibat pemain import, dua pasukan ini tampil berbeza dan memberikan persembahan terbaik mereka. Amat rugi kepada peminat yang tidak hadir ke stadium kerana tidak dapat melihat sendiri kehebatan mereka di atas padang.

adakah faktor kekurangan sambutan para media menjadi faktor utama merudumnya bilangan penonton yang hadir ke stadium atau penonton sendiri tidak ingin pergi ke perlawanan yang kurang penting yang tidak melibatkan mata liga super. liputan media yang luas di laman sosial dan media cetak pastinya sekali lagi memainkan isu hangat kerana saingan piala sumbangsih ini dilihat hanya tertumpu dengan liga super yang bakal dimulakan pada selasa hadapan.

siaran langsung di 3 buah siaran television astro arena ,tv1 dan tv singapura mungkin menjadi faktor kenapa peminat tidak ke stadium. ini kerana disebabkan jarak yang jauh serta jadual perlawanan yang dilangsungkan pada hari selasa iaitu hari bekerja. mungkin pihak FAM perlu mengkaji semula penjadualan liga super 2012 bagi memberikan yang terbaik kepada penonton.

Namun pada perlawanan pada hari ini berlaku beberapa perkara yang amat mengecewakan dimana ada beberapa peminat mengunakan pancaran laser terhadap pemain di atas padang. Ini amat memalukan negara dan sikap seperti ini sangat terkutuk di dalam bola sepak dan boleh disifatkan sebagai penakut ! ..

Pemilihan Pemain Skuad Piala Presiden Selangor Kini Dibuka !!

November 3, 2011 at 12:33 am



Fed-up team Selangor tak ramai berjiwa ‘Merah Kuning?’
Berbakat bermain bolasepak?
Ingin menyarung jersi Gergasi Merah? Lahir pada tahun 1991-1994?
Jika anda menepati ciri2 ini,
FAS akan mengadakan pemilihan pasukan Piala Presiden (B21) & Piala Belia (B19) untuk musim 2012.

Hadiri pemilihan di lokasi & tarikh berikut:
1) 8 Nov 2011 di Stadium Kuala Selangor mula jam 4.00 petang
2) 9 Nov 2011 di Stadium Jugra mula jam 4.00 petang
3) 13 Nov 2011 di Padang SUK, Shah Alam mula jam 8.00 pagi

kepada semua anak jati selangor !! ayuh sertai pemilihan pemain ini..mungkin anda penerus sinar harapan skuad selangor atau mungkin anda bayangan supermokh terbaru !!! viva selangor !!!

Amirul Hadi Zainal Tinggalkan Selangor

October 26, 2011 at 10:43 pm



Pemain sayap pasukan selangor itu telah pun mengeluarkan statement ‘selamat tinggal merah kuning’…ini menunjukkan pemain itu telah pun membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan selangor..banyak pihak yang menjangkakan pemergian beliau ke pasukan kelantan..namun perkara itu masih lagi tidak disahkan oleh FAS..dijangkakan selepas perlawanan piala malaysia nanti,pasukan selangor bakal mengesahkan penghijrahan pemain dari selangor itu ke kelantan untuk saingan musim 2012..

pemain yang telah membantu selangor memenangi kejuaraan liga super dan piala sumbangsih sebanyak 2 kali serta satu kali piala fa bakal meninggalkan pasukan kesayangannya atas alasan yang masih belum diketahui..pemain ini banyak memberi sumbangan penting buat selangor ,namun diakhir piala malaysia tempoh hari timbul beberapa isu yang kurang enak dimana para penyokong bola sepak selangor menyalahkan pemain ini ketika selangor tumpas 0-2 keatas Terengganu di stadium shah alam..



uzair othman bersama amirul hadi zainal

selamat maju jaya kepada pemain kebangsaan ini dan semoga dengan penghijrahan ini dapat membantu bola sepak malaysia di masa akan datang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...