Sesi Pemilihan Skuad Piala Emas Raja-Raja Selangor (16 September 2012)

September 12, 2012 at 11:14 am

Skuad Piala Emas Raja-Raja Selangor berhajat besar untuk muncul juara pada kejohanan edisi ke-72. Oleh itu Selangor telah memperkuatkan barisan pemain mereka dengan tiga pemain Liga Super. Tiga pemain Liga Super itu ialah Rudie Ramli dari PKNS, Ashadi Mohd Yusoff dari Johor dan Razman Roslan dari Selangor.

Skuad Selangor bakal memilih 25 orang pemain pada sesi pemilihan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS). Sesi pemililhan itu akan diadakan pada 16 September ini  di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini. Pemilihan ini turut dibuka kepada para pemain yang bukan berbangsa Melayu.

persatuan berkenaan juga sedang mencari penaja dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau melalui talian 016-6216827. Ayuh sertai peluang menjadi pemain Selangor dan peluang ini juga membuka peluang anda beraksi di Liga super.

Pelancaran Qube Digital Cinema System 2D & 3D Di Malaysia

July 26, 2012 at 12:14 pm

D’Cinema Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab bersama FINAS bagi membawakan salah satu sistem tayangan filem terbaru di Malaysia ini. Qube Digital Cinema System ini menampilkan satu ciri-ciri panggung wayang yang terbaik yang sering digunakan di luar negara. Walaupun ianya masih baru, sistem berkualiti tinggi ini melibatkan banyak aspek dari segi gambar, Resolution, sharpness, warna gambar, sound system dan contrast ratio.

Sistem Qube ini mampu menjimatkan kos dan ianya pastinya memberikan satu kepuasan kepada penonton di panggung wayang dimana 5.1 sound bakal digunakan oleh kesemua filem melayu, cina dan tamil mahupun filem luar negara. Ini akan memajukan lagi industri filem Malaysia di mata dunia dan ia juga mampu membawa filem Malaysia ke peringkat global.Kini Qube Digital Cinema System telah digunakan di peringkat antarabangsa seperti di negara Amerika, Europe, Timur tengah ,Australia dan India. Lebih 2500 panggung wayang di serata dunia telah menukarkan sistem tayangan filem terdahulu kepada Sistem Qube ini.

Maraz (Gambar) selaku CEO D’Cinema bercita-cita besar dalam memajukan industri perfileman negara dengan memperkenalkan Qube Digital Cinema System 2D & 3D

Kelebihan Sistem Qube ini adalah seperti Kualiti gambar yang terbaik yang digunakan ketika pengambaran filem aksi dimana ianya lebih jelas dan menarik. Selain itum, ia juga mengunakan kualiti bunyi yang baik dan lebih jelas serta kuat di dengar penonton di panggung wayang. Penjimatan kos mastering filem sehingga 60 % mampu menguntungkan pembuat filem dan pereka filem di Malaysia. Yang paling utama adalah ianya mampu membenteras gejala cetak rompak dimana teknologi anti cetak rompak digunakan oleh Qube system. Filem di Malaysia juga bakal menikmati kualiti gambar 3D yang pasti menambahkan lagi keterujaan penonton di panggung wayang.

Konsep satu Malaysia diserapkan di dalam penggunaan sistem Qube ini dimana kesemua filem Melayu, cina dan tamil akan digunakan Qube Mastering dan ianya juga disokong oleh FINAS iaitu sebagai badan yang mempertengahkan teknologi ini. Dengan adanya sokongan kerajaan di terhadap pembikin filem, ianya mampu membawa nama Malaysia di mata dunia dimana filem terbaik bakal ditayangkan di seluruh negara dengan mengunakan teknologi canggih Qube ini.

YB Senator Dato’ Maglin Dennis D’Cruz sebagai tetamu khas ketika di majlis pelancaran Sistem Qube di Finas kelmarin sangat menyokong tindakan FINAS dan D’Cinema dalam menaiktaraf kualiti perfileman negara ke tahap antara bangsa.

Rozaimi Abdul Rahman Sertai Selangor Untuk Piala Malaysia 2012 !!!

July 12, 2012 at 10:27 pm

Pemain bola berasal dari Sabah ini memulakan langkah pertamanya di Liga Malaysia apabila akan menyertai pasukan selangor secara pinjaman bagi Piala Malaysia yang akan bermula selepas hari raya nanti. Rozaimi Abdul Rahman yang banyak membantu pasukan Kebangsaan di kejohanan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar tempoh hari. Rozaimi bakal melapor diri bersama skuad selangor pada 1 ogos iaitu beberapa hari selepas perlawanan Malaysia menentang Manchester City.

Berita yang dipetik dan disahkan oleh Utusan Malaysia ini sememangnya mengembirakan penyokong pasukan selangor di mana pasukan tersebut sebelum ini hanya meraih tempat ke-3 bagi liga super yang akan tamat tidak lama lagi. Kehadiran pemain lincah dan berbakat ini bakal memberikan satu persaingan kuat bagi merebut posisi jentera serangan selangor yang diketuai oleh Bosko Balaban dan Amry Yahyah.

Selangor yang sedang memburu kejuaraan Ke-33 piala Malaysia pastinya lebih bersedia kali ini dimana mereka turut mempersiapkan pasukan lebih awal dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan pada bulan ramadhan ini. Namun Rozaimi hanya akan menyertai pasukan selangor setelah tamat segala tugasan bersama skuad Malaysia.

*gambar dari penyokong selangor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...