Persatuan Bola Sepak Selangor akan membuat sesi pemilihan pemain bagi skuad piala presiden Selangor 2013. Pemilihan yang bakal berlangsung di Padang SUK pada 17 hb november 2012 ini bakal memberi ruang kepada bakat muda untuk mengembangkan bakat ke tahap professional.
Pemilihan yang bermula seawal jam 8 pagi dibuka kepada belia yang lahir pada tahun 1992 keatas sahaja. Ramai bakat-bakat muda telah dihasilkan oleh FAS dan ramai telah bermain di liga super termasuklah beberapa nama besar seperti Abdul hadi Yahya (Perak) dan Fitri Shazwan (Selangor).
Kini peluang keemasan ini sekali lagi dibuka dan ia juga bebas kepada pemain bola dari negeri yang lain untuk menyertainya.
Apa makna salam 6-1 ni? mesti korang pelik kan kalau mana yang tak mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia. Semalam berlangsungnya perlawanan liga super diantara Selangor vs Terengganu yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang menyaksikan pasukan Red Giant menang besar dengan jaringan 6-1. Perlawanan yang meriah dengan disaksikan lebih ribuan penyokong setia kedua-dua pasukan menambahkan lagi sausana keghairahan liga malaysia ini. saya bersama saudara saya turut datang bagi memberikan sokongan kepada pasukan selangor iaitu pasukan yang saya minati sejak saya kecil lagi.
Perlawanan yang dimulakan pada jam 8.45 malam itu dimulakan dengan pasukan Terangganu lebih banyak menguasai bola pada awal permainan. Apa yang saya nampak pada awal permainan adalah pasukan selangor seolah-olah lambat panas dan masih mencari rentak permainan. Terangganu yang dikatakan keletihan akhirnya berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-9 menerusi Ismail faruqi setelah menerima lorongan bola dari ashari shamsuddin. Pada minit ke-13 selangor hampir menyamakan kedudukan apabila amri yahyah berjaya menjaringkan gol. Namun ia dibatalkan kerana Amri Yahyah mengunakan tangan ketika menerima hantara sepakan sudut dari kiri gawang terengganu.
Penantian penyokong tuan rumah berakhir apabila Bosko Balaban berjaya menjaringkan gol setelah berjaya memperdaya 3 orang pertahanan Terangganu sebelum melepaskan satu sepakan ke kanan gawang terangganu yang hanya mampu dilihat oleh Sharbinie alawi. Selangor terus garang apabila Solehin berjaya menjaringkan gol kedua selangor hasil satu sepakkan bebas dari dalam kotak penalti yang gagal dihalang oleh Sharbinie. Seminit selepas itu, Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol ke-3 selangor setelah Solihin menanduk bola untuk menghantarkan kepada Amri dan amri tenang menyudahkan hantaran tersebut lalu meletakkan selangor mendahului 3-1.
Ketika dipenghujung separuh masa pertama kelihatan kedua-dua pasukan tidak sabar untuk menanti masa rehat separuh masa pertama, selangor terus memburu gol ke-4 dan kali ini menerusi safiq rahim yang menerima satu hantaran cantik dari Amri Yahya dan beliau berjaya menyudahkan gol itu dengan cemerlang untuk menewaskan Sharbinie buat kali ke-4. Rehat separuh masa pertama , pelbagai percaturan baru dibuat oleh Terangganu bagi mengelak dibolos lagi. Namun, kehandalan serangan selangor ternyata tidak mampu dihalang dan sekali lagi Amri Yahyah menyumbah gol kedua peribadainya untuk liga super 2012 dengan satu sepakan bebas dan gagal dihalang oleh sharbinie alawi.
ketika perlawanan hampir tamat, selangor sekali lagi mendapatkan gol kemenangan iaitu menerui famirul asyraf dengan sepakan bebas beliau setelah menerima bola yang terkena tiang menerusi satu sepakan oleh R.surendren. Kemenang pasukan selangor ini melonjakkan pasukan selangor ditangga ke-4 liga super dan ia memberikan satu nafas dan semangan pasukan selangor untuk lebih berjaya pada musim ini.
11.2.2012 – Bertempat di Stadium MBPJ semalam berlangsung perlawanan liga super yang menemukan Juara 32 kali piala Malaysia iaitu selangor menentang pasukan adik iaitu PKNS Selangor yang dilangsungkan dalam keadaan hujan renyai pada awal permainan. Perlawanan yang dimenangi oleh PKNS selangor itu sekali gus meranapkan harapan pasukan gergasi merah untuk meraih kemenangan penting bagi merapatkan diri dengan kedudukan pendahulu liga kelantan. Tampil selaku pasukan pilihan, Selangor yang bermula perlahan pada babak pertama ternyata banyak mensiakan peluang untuk meraih gol awal. PKNS yang lebih banyak bertahan berjaya mendapatkan gol pertama mereka menerusi Rudie Ramli iaitu bekas pemain selangor yang berjaya menewaskan Norazlan Razali bagi meletakkan PKNS dihadapan 1-0 pada minit ke-34 perlawanan.
Selangor yang memilih jalan sukar untuk merancang perlawanan dengan banyak melakukan gerakan individu ternyata memakan diri apabila sering kali bahagian tengah pasukan selangor kehilangan bola. Disamping ketangkasan penjaga gawang PKNS dan kekentalan pertahanan, PKNS berjaya mengawal perlawanan dan meresap tekanan . Bahkan pasukan selangor yang dilihat begitu tertekan dan terdesak untuk mencari jaringan. Mental para pemain selangor sudah mula terganggu di penghujung babak pertama apabila Penyerang PKNS seringkali berjaya melepasi pertahanan Selangor bagi melakukan percubaan bahaya kearah gawang selangor.
Di separuh masa kedua, Selangor yang cuba bangkit untuk mencipta kemenangan tampil dengan serangan yang lebih tersusun apabila pertukaran pemain dibuat dengan K.gurusamy dikeluarkan dan digantikan oleh Azidan Sarudin bagi menguatkan bahagian tengah selangor. Selain itu, Selangor juga turut memasukkan Wan Hoesne bagi mengantikan Adib bagi menguatkan serangan Selangor. Akhirnya peluang terbaik selangor tiba apabila Fitri shazwan menerima satu hantaran cantik dari kanan pintu gol. Namun bola yang ditanduk Fitri Shazwan itu terkena tiang sebelum dikeluarkan oleh pertahanan PKNS.
Ketika Selangor ghairah mencari gol penyamaan, PKNS membuat kejutan apabila berjaya mendapatkan gol kedua mereka menerusi Helmi Rameli pada minit ke-60 hasil daripada satu sepakan percuma dari kanan gawang gol selangor. Gol itu ternyata membuatkan selangor semakin tertekan dan akhirnya segala perancangan pasukan selangor musnah apabila gagal memberikan aksi terbaik untuk mencari gol sagu hati. Taktikal dan hantaran yang tidak sampai kepada penyerang membuatkan penonton di stadium hilang sabar dan sudah ada yang melemparkan kata-kata kesat kepada pemain. Tiada lagi gol dihasilkan sehinggalah tamat perlawanan yang berkesudahan PKNS menang 2-0.
Memang permainan Selangor pada malam tadi amat mengecewakan dan ia ternyata dilihat sendiri oleh jurulatih Irfan Bakti yang pastinya terkejut dengan kemenangan PKNS pada malam tadi. kemenangan 2-0 itu meletakkan pasukan selangor di tangga ke-8 dan ini merupakan kemenangan pertama PKNS pada musim 2012 ini. Dikabarkan penyerang import adalah menjadi faktor utama pasukan selangor yang gagal mencari kemenangan dan jaringan. Namun pada malam tadi, pasukan selangor dilihat mempunyai kelemahan dari segi pertahanan dan bukannya serangan. pertahanan yang leka serta bahagian tengah yang kurang baik menjadikan serangan selangor terencat akibat kegagalan pemain mengawal serangan balas PKNS mahupun dari bola mati.
Rata-rata penyokong yang hadir kelihatan kecewa, namun masih lagi menyokong dan tidak melakukan sebarang bantahan atau demo diluar stadium. Mungkin mereka masih bersabat dengan prestasi pasukan selangor yang semakin merudum ini. Ada juga pihak merasakan rombakan persatuan perlu diadakan dan ada juga menyatakan selangor perlulah lebih mengetatkan peraturan kepada pemain supaya lebih bersemangat pada perlawanan akan datang. Dibayar gaji yang mahal dan keselesaan bermain untuk pasukan selangor seharusnya menjadi faktor utama pasukan ini berjaya. Namun , sikap kurang bersaing dan tidak bersungguh-sungguh ternyata meranapkan harapan selangor untuk meraih kemenangan pada malam tadi.
Yang pasti ramai penyokong yang kecewa dan marah dengan prestasi pemain selangor yang sangat teruk malam tadi. kekalahan memalukan ini ternyata tidak boleh dilupakan dan ini sangat memberikan satu reaksi negatif terhadap bola sepak selangor. Ini dimana mungkin lebih ramai penyokong selangor tidak akan ke stadium jika pasukan selangor terus mencatat keputusan seri mahupun kalah. Kemenangan sahaja yang mampu mengubat hati penyokong selangor kerana pemain selangor adalah bertaraf bintang dan bukannya pemian muda yang tiada pengalaman. Masing-masing luas dengan pengalaman, namun masih belum mampu konsisten di liga super 2012 ini.
UzairOthman.com merupakan blog rasmi Uzair di mana ia mula diwujudkan pada April 2009..Blog UzairOthman.com ini merupakan tempat uzair meluahkan segala isi hati dan hobi uzair. Menyampaikan isu terkini merupakan usaha utama Blog ini bagi menyampaikan berita-berita sensasi kepada peminat hiburan di Malaysia..contact saya di
email : [email protected] ,
FB : Mohamad Uzair Othman & ,
Fan Page : Uzairothman.com
................................................................................................................
uzairothman.com is my personal blog that was designed in April 2009. Here, like the house and poured all my interest here. I will present the latest issue and will always do the best for you. I hope you enjoy the blog and always support me.
...................................................................................................................
email : [email protected]
FB : Mohamad Uzair Othman &
Fan Page : Uzairothman.com