Pelancaran Blog O’Rama Dari Majalah Libur

December 20, 2014 at 7:44 pm

IMG_2204

 

 

Korang pasti tau majalah Libur kan…? kalau yang taktau, itu majalah yang penuh lengkap dengan tip dan artikel mengenai percutian dalam dan luar negara..pendek kata majalah berunsur percutian..banyak cerita percutian di kongsikan di dalam  majalah ini. kini Majalah Libur telah melancarkan Blog O’Rama yang merupakan ruangan khas untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif dalam memberi informasi mengenai dunia pelancongan dan gaya hidup.

selepas ni, blogger-blogger semua boleh lah share kisah menarik percutian idaman korang dekat Blog O’Rama ni sebab ia dapat memperkenalkan blog anda kepada semua pembaca  setia Majalah Libur. Ini merupakan platform terbaik korang untuk hasilkan penulisan menarik dan berpeluang untuk mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah Libur..Memang terbaik la macam ni..mana tak nye sebab dapat bercuti percuma !!! Event yang saya hadiri ni pun memang menarik dan happening, asyik berlawak aje MC nye iaitu Radin dari radio Era.Fm .

IMG_2213

 

Nampak gaya cam pemenang je kan..? hahaha…sebenarnya ni hanya pemberian goodies bag saja…terima kasih juga kepada Majalah Libur dan Mr.Jocko yang invite saya ke event Hi Tea Majalah Libur bersama Bloggers dan pelancaran Blog O’Rama. ada rezeki undang la lagi ye..hehe… boleh baca blog Mr.jocko untuk perkongsian tip percutian menarik di www.mrjocko.com

IMG_2220

 

paling nak berterima kasih adalah individu yang diatas ini iaitu Mr.Jocko yang invite saya ke event ini. nampak seriuh Mr.Jocko bagi speech ye..penuh berpengalaman dalam bidang penulisan percutian..ada rezeki nak follow dia juga travel pusing dunia..haha

IMG_2247

 

Bagi yang hadir ke event ini menerima goodies beg yang menarik dengan mendapat sleeping beg serta baucer Starbuck..paling penting dapat membawa pulang Majalah Libur edisi Januari 2015. cabutan bertuah pun ada juga..hadiah menang khemah tuuuu..tahniah kepada pemenang bertuah..memang untung  menang khemah berharga RM 1500 !!!

IMG_2257

 

ini lah team Majalah Libur dan MC pada hari ini iaitu Radin dari Radio Era FM.. bagi yang tak tau Majalah Libur ni dah lama diterbitkan iaitu pada tahun 2002. Majalah ini memberi informasi percutian dan memaparkan trend terkini dalam aspek lain seperti sukan, gajet, pakaian, makanan, kesihatan dan pendidikan.

IMG_2259

 

so, jangan lupa dapatkan Majalah Libur bagi edisi terkini iaitu Januari 2015..banyak perkara menarik mengenai percutian di kongsikan di dalam majalah ini..

boleh dapatkan info terkini Majalah Libur di fb https://www.facebook.com/majalah.libur

atau dilaman web http://libur.karangkraf.com/

sekian…