Nuffnang Trip To Awana Kijal – Day 3

April 28, 2012 at 12:03 pm

Hari ketiga :

Pagi terakhir di Awana Kijal ,Terengganu uzair turus dengan bersiap-siap untuk pulang. segala beg semuanya telah dikemaskan dan hanya tunggu masa untuk menaiki bas untuk pulang ke KL. Tapi sebelum itu, saya sempat turun ke Restoran Kampung di Awana Kijal ini untuk bersarapan pagi. Saya telah memilih Nasi Minyak sebagai menu sarapan saya. Masakan ala kampung dan pantai timur ini sangat menarik minat uzair untuk mencuba kerana ia merupakan tradisi makanan kampung di Majlis perkahwinan. Selepas makan, kami dibawa untuk meronda-ronda disekitar Awana Kijal oleh Pn.Suriati iaitu salah seorang orang yang penting di Awana Kijal ini sebagai tour guide kami.

Di Awana Kijal ini terdapat pelbagai jenis bilik dan anda boleh melihat jenis bilik dan kadar harganya di laman rasmi Awana Kijal di (klik  ini) …

 yang ini adalah bilik Primier Room

 Di hadapannya terdapat permandangan gelanggan tennis.

yang ini adalah  Primier Suite dan ia sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin. kadar harga bilik ini adalah dari Rm 776 hingga R m941 mengikut masa tertentu.

 kami juga dibawa ke bilik Duplex dimana ianya terdapat permandangan pantai  Kijal yang indah. kadar Bilik ini  adalah RM 1274 hingga Rm 1545 dan harga mengikut masa tertentu.

 suasana Hotel 5 bintang ini pastinya memberikan keselesaan percutian anda.

Tahukah anda? Meja yang mempunyai 6 kerusi ini terdapat di salah satu bilik VIP di Awana Kijal ini. Diantara vip yang pernah tinggal di bilik ini adalah seperti Perdana menteri, Paklah dan Dr.M…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...