Top 5 : Juadah Berbuka Puasa Pilihan Rakyat Malaysia
Ayam Percik
Ayam Percik merupakan menu yang paling digemari oleh rakyat Malaysia dimana setiap bazar ramadhan pastinya akan menjual ayam percik ini. Ayam yang dimakan dengan kuah kacang ini seringkali menjadi pilihan pengunjung ke bazar ramadhan kerana ianya tidak terlalu mahal dan sangat sedap serta ada juga yang pedas.
Roti John
Pelbagai jenis dan gaya Roti John yang dijual di bazar ramadhan. Namun ianya tetap sedap dan saya yakin anda mampu menghabiskan satu set roti john itu dengan seorang diri anda sahaja. Rasa campuran sayur dan telur serta sos membuatkan lagi anda terliur ketika menikmati juadah berbuka puasa ini.
Ayam Golek
Ayam golek yang suka berjoget ini juga menjadi pilihan ke-3 rakyat Malaysia ketika berbuka puasa . Harganya yang agak sedikit mahal tidak menghalang orang ramai untuk mencuba juadah berbuka ini .Ini kerana rasa asli ayam panggang serta baunya yang sedap akan menambahkan lagi selera berbuka anda.
Murtabak
Murtabak ini merupakan diantara menu yang wajib ada di beberapa buah masjid ketika Murih. Ianya sangat jimat dan rasa daging mahupun ayam akan membuatkan seseorang menjadikan murtabak ini sebagai menu sampingan kerana semestinya anda lebih gemar berbuka puasa dengan makan nasi.
Kuih Muih
Sudah menjadi perkara wajib ketika bulan puasa dimana membeli kuih muih adalah salah satu perkara wajib dan tidak akan dilepaskan kerana di Malaysia terdapat pelbagai jenis kuih muih yang menjadi kesukaan ramai. Bagi saya kuiz yang tersedap adalah onde-onde.
Gambar dari blogger :-
hahzanhafiz.blogspot.com
hanspunyablog.blogspot.com
azashafizapunya.blogspot.com




![DSCN0190[1]](http://www.uzairothman.com/wp-content/uploads/2012/07/DSCN01901.jpg)


