Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 2

April 8, 2013 at 9:00 am

DSC_0006

Di hari kedua, saya masih lagi kesejukkan di Bandaraya Seoul. Suhu di pagi hari sekitar 5 darjah celcius disebabkan hujan renyai yang turun. Tapi itu tak menjadi halangan buat saya dan keluarga untuk meneruskan percutian kami disini. Di hari kedua ini kami telah dijemput oleh tourist guide untuk ikuti itinerary yang telah kami rancang. Tempat pertama yang kami dibawa pada hari ini adalah 63 Building. Pasti ramai yang tahu tempat ini kerana tempat ini adalah lokasi rakaman rancangan Running Man.

Di 63 Building , ia mempunya beberapa tarikan seperti Wax Museum, Sea World, Imax Theater dan Sky Art. Terdapat pelbagai pakej yang anda boleh menikmati disini. Tetapi saya hanya memilih untuk memasuki Wax Museum dimana tempat ini menjadi tumpuan utama pelancong dari luar negara mahupun masyarakat sekitar.

Jika anda tidak baca lagi aktiviti saya pada hari pertama di Seoul . Bolehlah baca disini :-

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 1

 

DSC_0196

Harga tiket untuk masuk Wax Museum adalah 14000 won (Rm 40) dan anda boleh rujuk (Disini) bagi mengetahui harga bagi kesemua pakej. Wax museum ini menampilkan pelbagai jenis patung ikon terkenal yang dihasilkan daripada lilin. Jadi anda boleh berjumpa dengan pelbagai jenis patung lilin yang kelihatan sama seperti orang asal.

 

DSC_0044

Antara yang sempat saya bergambar adalah Barrack Obama iaitu Presiden Amerika. Beliau mempunyai populariti paling tinggi di laman sosial selaku presiden negara. Kalau diperhatikan dengan lebih rapat, patung ini direka sebjik macam tuan nya.. jadi tak hairanlah tempat ini ramai orang lawati.

 

DSC_0049

Saya sempat juga bergambar dengan Presiden Korea Selatan. Dan paling kanan sekali tu adalah bekas presiden mereka yang bunuh diri. kalau tak silap saya akibat kes rasuah pada 3 tahun lepas.

 

DSC_0144

Yang ini pula  adalah David Beckham yang memakai jersi LA Galaxy. Makin lama makin tua saya tengok si Beckham ni. Yela umur dia pun sudah 38 tahun dan masih lagi bermain bola sepak. Kini beliau bermain untuk pasukan Paris Saint Germain di Liga Perancis.

 

DSC_0184

Ini pula adalah salah satu patung kecil yang mengambarkan kumpulan Beatles . Kumpulan yang sangat terkenal pada zaman datuk nenek kita dahulu. Band asal Amerika ini menjadi kegilaan ramai dan auranya juga memasuki Malaysia sehingga kini. Antara peninggalan The Beatles yang masih kekal sehingga kini adalah gaya rambutnya.

 

DSC_0215

Gambar ni ketika saya berada di luar 63 Building dan bersama anak buah saya iaitu Alia. Dapat juga melihat kawasan sekitar dan bangunan ini juga penuh dengan pejabat dan cafe. Tempat seterusnya adalah Trick Eye. Disini pelbagai jenis lukisan yang mengelirukan dapat anda saksikan. Tempat ini sangat menarik dan sesuai untuk bergambar.

 

DSC_0114

Untuk ke Trick Eye Museum ini adalah berharga 13000 won (Rm 35). Jadi siap-siapkan duit korea anda untuk bayar di kaunter tiket. Jangan risau kerana disana ada guide bahasa inggeris dan anda mudah faham dengan setiap informasi pada gambar.

DSC_0239

Kaunter tiket dia pun macam 3D..hehee.. tak ada lah …sebenarnya inilah salah satu lukisan 3D yang paling depan di Trick Eye Museum.

 

DSC_0248

Pelbagai jenis gambar yang mengelirukan anda dapat dilihat disini. kalau anda pandai ambil gambar pasti akan lebih cantik gambar tersebut dan kelihatan seperti 3D.

 

DSC_0305

Gambar diatas ni saya sedang hisap paip buluh..hehe (saya bukan perokok ye) ..haha

DSC_0332

Tiba-tiba tumbuh sayap dekat belakang badan ni..hehe bolehlah saya terbang lagi jauh lepas ni.. Kalau nak tahu apa lagi menarik kat sini, anda sendiri kene datang.. baru lah tahu macam mana. kat sini masa yang sesuai untuk pergi adalah waktu pagi kerana tak ramai orang. anda bolehlah habiskan masa selama 2 jam untuk menikmati pelbagai jenis gambar Trick Eye disini.

 

DSC_0397

Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya, sempat juga saya makan tengah hari. tapi dapat makan sandwich saja..

DSC_0177

Tempat lawatan seterusnya adalah Seoul World Cup Stadium. Stadium ini merupakan stadium rasmi world cup 2002 yang lalu. Banyak pasukan handalan dunia telah bermain di stadium ini. kebetulan pula pada hari yang saya datang itu ada perlawanan Liga juara-juara Asia diantara Seoul FC vs Sendai (Japan). Harga tiket untuk masuk ke Museum dan tempat lawatan adalah 1000 won iaitu Rm 3.

 

DSC_0169

Kat sini bolehlah anda melawat Museum stadium dan persekitaran stadium. kalau yang betul-betul minat bola pasti anda suka ke sini kerana banyak sejarah world cup terdapat disini.

DSC_0137

Saya juga sempat berehat dan melihat bilik persalinan bertaraf dunia di Seoul World Cup Stadium

DSC_0134

Terasa macam mewakili Malaysia di World Cup pulak..hehee

saya memang pemain bola pun..tapi dah lama bersara..hehe

DSC_0413

Salah satu logo pasukan Seoul FC yang anda di dalam stadium ini

DSC_0422

waktu saya pergi ni, cuaca memang sejuk sangat. saya pun terfikir macam manalah rakyat malaysia nak main bola di cuaca sejuk ni..tapi tak jadi masalah disini kerana jersi pemain bola adalah berlainan dari Malaysia. Jersi disini adalah lapisan khas untuk musim sejuk.

DSC_0458

Kalau tak kenal gambar kat atas tu, maknanya anda bukanlah berada di dekat ini..hehe.. Yang diatas itu adalah Ronaldo Lope. Pemain terbaik dunia sebanyak 3 kali. Beliau merupakan salah satu role model saya dalam bola sepak. Edisi World cup 2002 di Korea Selatan dan Jepun telah dimenang oleh Brazil dan di perlawanan akhir Brazil menewaskan Jerman dengan jaringan 2-0. Kedua-dua jaringan dijaringkan oleh Ronaldo.

DSC_0210

Selesai hal bola, kini tiba pula masa untuk shopping. Di korea , terdapat banyak tempat untuk anda shopping. Salah satunya adalah Kwang Jang Market. Disini terdapat pelbagai jenis barangan yang anda boleh beli termasuklah ole-ole dan pasar basah. Terdapat juga pelbagai jenis gerai makanan. Kalau nak makan, anda mestilah pandai pilih yang mana halal dan tidak halal. tidak menjadi masalah untuk shopping disini kerana tempatnya senang dicari dan luas. Cuma lagi baik jika anda mampu bertutur di dalam bahasa korea kerana orang disini tidak fasih berbahasa inggeris.

DSC_0188

Disini terdapat pelbagai jenis Key Chain dan cenderamata yang lain. kalau anda pandai tawar, pasti akan dapat harga yang murah. beli banyak barulah dapat diskaun. tapi orang korea ni susah sikit nak tawar-menawar. kene ikut kedai juga , ada kedai boleh tawar ada kedai tak boleh tawar.

DSC_0187

Di sini juga senang nak cari makanan laut. kalau anda tinggal di hostel, pasti boleh beli disini dan masa sendiri. itu lebih jimat dan dijamin halal.

DSC_0471

Gambar diatas ni ketika saya di Kwang Jang Market. Di awal pagi masih tak ramai orang. pasar ini dibuka seawal jam 10 pagi dan ditutup pada jam 5 pagi.

DSC_0476

Dari sini juga anda boleh pergi ke Dondeamun market dan Cheonggyecheon Stream iaitu tempat shopping dan lokasi sungai yang cantik untuk bergambar.

DSC_0498

Setelah ke Kwang Jang Market, kami dibawa pula ke salah satu shopping complex terkemuka di Seoul iaitu Doota. Disini terdapat sebuah kedai cenderamata yang murah dan ia terletak di tingkat 5.

DSC_0527

Disini merupakan tempat tumpuan pelancong asing dan tidak hairan jika anda terjumpa rakyat Malaysia disini. Ramai pelancong dari luar negara datang ke sini kerana nak shopping disini.  tapi sebelum masuk ke shopping complex Doota ni, saya sempatlah bergambar dan singgah minum hot chocolate dulu. Maklumlah tak tahan sangat cuaca sejuk di sini..hehe

DSC_0591

Kalau kat Malaysia memang berjimat duit nak minum benda-benda macam ni. tapi bila di Korea, semuanya sanggup kerana inilah salah satu pengalaman berharga. Kalau tak cuba kita tak tahu. Ternyata minum air panas sambil menghirup udara segar dan sejuk lebih nyaman dan tenangkan fikiran. cubalah lakukan jika anda kesana :)

DSC_0600

Beli dua air saja, melayang 10000 won. Tapi nikmat tu memang terbaik dan puas hati kerana susah nak menikmati cuaca sejuk sambil minum air panas. kalau kat Malaysia hanya boleh dapat di Genting Highland ataupun cameroon highland. itu pun tak sejuk sangat macam di seoul ni.

DSC_0218

Setelah minum petang, baru lah kami mula shopping disini.  Di kedai No.51 tingkat 5 terdapat sebuah kedai Souvenir Korea. kat sini harganya paling murah berbanding di temapt lain. Jika anda beli t-shirt , kat sini adalah tempat yang sesuai. Satu T-shirt disini berharga 4000 won dan jika anda beli 3 tshirt anda hanya perlu bayar 10000 won.

DSC_0229

Key chain ini pula adalah perkara wajib untuk dibeli jika kesini . Harganya adalah 10000 won dan jauh lebih mahal berbanding key chain di Malaysia.

DSC_0228

Fridge magnet pula berharga 10000 won dan ada lebih mahal lagi dari itu dan bergantung pada kualitinya. Jadi berjimat-cermat jika anda shopping dan buatlah pilihan yang bijak. kat sini memang tak boleh tawar-menawar kerana harganya memang terlalu murah bagi mereka. Bab shopping ni akan disambung pada post khas pada masa akan datang :)

DSC_0631

Sedar tak sedar, sudah hampir malam rupanya. oleh itu kami pun makan malam di tingkat 7 bangunan doota ini. disini terdapat pelbagai jenis makanan dan jika anda tidak pasti sama ada halal atau tidak. anda tidak perlu makan daging atau ayam. pilihlah sayur atau pun ikan sebagai ganti.  Yang paling penting jangan ragu-ragu ketika makan. Makan disini memang terbaik dan bersih. cuma anda perlu bijak memilih makanan sahaja. terdapat juga makanan india disini sebagai pilihan lain untuk makan malam.

DSC_0639

Di korea ni memamng tiap kali makan mesti ada kimchi. macam kat negara kita la mesti ada sambal belacan. jadi inilah menu makan malam yang saya makan. nak sebut pun tak tahu nama, tapi alhamdulillah semuanya okey dan sedap. cuma rasanya sedikit lain dari masakan Malaysia kerana mereka gemar masakan yang berasaskan jeruk.

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 3

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 1

April 7, 2013 at 9:00 am

DSC_0012

 

Bermulalah perjalanan sejauh 5000 KM dari kuala lumpur ke Seoul, Korea Selatan. Percutian saya selama 5 hari 4 malam ini akan membawa saya ke suatu tempat tumpuan orang ramai dari serata dunia. Ramai yang impikan untuk bercuti ke Korea Selatan terutama di Seoul. Namun impian itu sukar untuk dilaksanakan berikutan harga untuk ke sini terlalu mahal. Namun dengan AirAsia, telah berjaya mencapai impian saya untuk ke sini.

Percaya atau tidak akhirnya saya pergi juga ke seoul setelah mendapat pakej murah ketika AirAsiaGo membuat promosi. Perjalanan saya bermula dari LCCT. Bagi yang tak baca lagi post sebelum ni, bolehlah baca dulu di link bawah ni :-

 

Penerbangan Ke Seoul, Korea Bersama AirAsiaX

 

DSC_0015

 

Penerbangan saya ke Incheon International Airport mengambil masa 6 jam 30 minit dari LCCT dan saya terbang dengan mengunakan pesawart AirAsiaX. Ini merupakan kali kedua saya menaiki pesawat AirBus yang besar ni. Pertama kali saya menaiki pesawat ini adalah ketika bercuti di New Zealand pada 2 tahun lepas. Setelah mengharungi perjalanan yang jauh dan duduk lama di dalam flight, akhirnya saya tiba di Incheon Airport bersama keluarga saya kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.

 

DSC_0035

 

Setibanya disini, saya bergegas untuk menyelesaikan urusan imigresen. Anda di ingatkan supaya sudah siap mengisi departure card dan declaration card terlebih dahulu. Kedua-dua kad tersebut anda akan hantar di kaunter imigresen. Setelah selesai, saya pun ambil terus pergi ambil beg. selesai semua perkara, barulah saya keluar di pintu ketibaan dan mencari tourist guide kami.

 

DSC_0004

 

Setelah jumpa Tourist Guide, kami dibawa ke Seoul  dengan menaiki kereta. Perjalanan dari Airport ke Seoul mengambil masa selama satu jam dan ia bergantung pada kelancaran jalan raya. Lokasi pertama yang kami akan singgah pada hari pertama adalah di Iteawon. Iteawon merupakan sebuah bandar di dalam Seoul yang mempunyai ramai penduduk beragama islam. Disana adalah tempat paling mudah untuk pelancong mencari makanan halal mahupun membeli bekalan makanan.

 

DSC_0074

 

Setelah tiba di Iteawon , kami singgah makan di  Foreign Restaurant, Iteawon. Restoran yang menghidangkan masakan India ini menjadi tumpuan pelancong Malaysia mahupun antarabangsa. Disini hidangan secara buffet dan di nasihatkan supaya makan puas-puas kerana selepas ini susah nak cari makanan yang biasa anda makan.

 

DSC_0066

 

Ada pelbagai jenis makanan disediakan oleh pihak Restaurant. Ada pilihan nasi putih dan nasi minyak (Vegetable rice). Pilihan lauk pauk pula adalah seperti ayam tandoori, kacang dal, kari ayam dan banyak lagi. Jadi tidak jadi masalah bagi kita untuk makan kerana ia biasa di dapati di Malaysia dan lebih bagus lagi restaurant ini menyajikan makanan halal walaupun owner kedai ini orang Korea. Tukang masang restaurant ini berasal dari India dan beragama islam. Oleh itu senang la nak makan dan tanpa ragu-ragu.

 

DSC_0070

 

Gambar diatas adalah pilihan makan malam saya. Kalau di tengok macam biasa saja. tapi bila berada di negara orang semuanya menjadi sedap dan berselera. yela mana lagi nak cari makanan halal kat korea ni. dekat korea ni memang susah nak cari makanan halal. oleh itu makanlah sepuasnya bila jumpa restaurant muslim. Setelah puas makan, kami bergerak ke  Masjid Antarabangsa Iteawon.

 

DSC_0128

 

Ini merupakan salah satu dari 6 masjid yang terdapat di Korea. Masjid Antarabangsa Iteawon ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Malah ada juga orang bukan beragama islam turut melawat tempat ini dan kagum melihat masjid di atas bukit ini.

Untuk pengetahuan anda, Korea Selatan mempunyai 1% dari jumlah rakyatnya adalah beragama Islam. Oleh itu, komuniti kecil ini bergerak secara sendiri dan berdakwah sesama mereka di Iteawon ini. Oleh itu, tidak hairanlah ramai orang luar negara datang menetap disini dan berdakwah untuk orang korea.

 

DSC_0116

 

Dari atas bukit Iteawon ini, anda boleh lihat permandangan Seoul dan penempatan yang padat membuatkan permandangan menarik dapat di lihat dari atas bukit ini. Ketika saya pergi ini adalah awal musim panas. Namun cuaca masih lagi sejuk dan masih perlu pakai baju sejuk. Ini kerana peralihan musim mengambil masa tertentu.

Suhu bagi siang hari adalah 15 darjah celcius manakala cuaca bagi malam hari mampu jatuh sehingga 3 darjah celcius. oleh itu , jika anda kesini pada waktu ini anda perlu memakai baju sejuk dan bagi siapa yang tak tahan cuaca sejuk dinasihatkan memakai sarung tangan.

 

DSC_0091

 

Hari pun semakin malam, jadi tiba masa untuk check in hotel. Saya telah tempah Hotel Sarangbang pada sebulan sebelum tarikh saya ke korea. Hotel ini merupakan hotel yang terbaik yang pernah saya menginap. walaupun ianya murah dan hanya rate 2 bintang. Namun saya sangat berpuas hati tinggal disini.

 

DSC_0092

 

Saya menempah 2 jenis katil pada bilik kami iaitu single bed dan twin queen size.  Di hotel ini juga disediakan penyaman udara dan penghangat suhu bilik .  Ia memberikan keselesaan kepada anda jika menginap disini.

DSC_0096

 

walaupun ruangnya sempit, tapi ia sudah cukup bagi keluarga saya kerana sangat selesa disini

DSC_0095

 

lihatlah, semuanya cukup. ada tv, komputer, internet, tuala mandi, minyak rambut, charger telefon, cermin, minuman serta peti sejuk. walaupun ruang yang kecil namun semuanya ada dan ia lengkap. sangat berpuas hati dengan hotel yang kami tempah ini.

 

DSC_0108

 

Terdapat charger untuk charge telefon. ia boleh digunakan jika anda tertinggal charger di Malaysia.

DSC_0105

tandasnya pula bersih dan selesa untuk digunakan.

DSC_0104

paling menarik adalah hotel ini memiliki bath tub. jadi bolehlah berendam di air panas dan boleh lah hangatkan badan setelah melalui hari-hari yang sejuk di seoul ini.  setelah tiba di hotel ini, saya pun mandi dan sempat online facebook sebelum tidur bagi mengelakkan jetlag.

baca yang ini pula ye :-

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 2

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 3

Showcase ST12 Promo Tour Akustik Lentera Hati (Live in Malaysia 2013)

March 27, 2013 at 9:51 pm

DSC_0058
Bertempat di Bentley Music , Petaling Jaya berlangsungnya Showcase Promo Tour Akustik Lentera Hati dari Band terkenal Indonesia iaitu ST12.  Band yang baru sahaja release album terbaru ini kini popular dengan lagu “Putih-Putih Melati” yang mendapat hits di youtube. Musik video yang mendapat jutaan tontonan itu telah menaikkan semula nama band ini yang pernah mengalami perpecahan pada suatu masa dahulu.
DSC_0065
Di album terbaru ini ST 12 dianggotai oleh dua orang ahli sahaja iaitu Ridho Tuah (Vocalis baru ST12) dan  Pepep (Drummer) yang juga merupakan pengasas band asal bandung ini. Ahli band yang lain masih lagi tidak boleh sain kontrak kerana terikat kontrak dengan band dan label yang lain. Mungkin ahli band yang lain bakal menyertai ST12 secara rasmi pada album yang akan datang.
DSC_0070
ST12 kini dengan album terbaru berjudul “Lantera Hati” yang memuatkan 10 buah lagu. Antara lagu yang dimuatkan di album ini adalah 
Putih-putih Melati
Bidadari Bumi
Ilu Inu (I Love You I Need You ayead)
Lentera Hati
Tidak Tahu
Penantian ayead Tak Berujung
St Setia
Sumpah Mati
Menikahlah Denganku
Cinta Terbagi

DSC_0082
ST12 sempat menyampaikan beberapa buah lagi di showcase  Promo Tour Lantera Hati ini dan diakhir persembahan barulah lagu “Putih-Putih Melati” di mainkan.
 
DSC_0124
sempat juga saya bergambar dengan vocalis terbaru kumpulan ST12 ini yang lebih mesra dipanggil Tuah. Beliau dipilih oleh ST12 setelah menjalani proses pemilihan lebih 500 orang untuk ujibakat.
DSC_0132
Yang ini pula adalah Pepep iaitu pengasas band ST12 dan juga pencipta lagu.
Video Putih-Putih Melati (Live in Malaysia 2013)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...