Serendah RM 68 Ke Kota Kinabalu !!! – Malindo Air

March 15, 2013 at 11:20 am

Untitled

 

Malindo Air adalah syarikat penerbangan terbaru yang menawarkan tambang murah ke beberapa destinasi di Malaysia. Setakat ini, Malindo baru saja membuka kaunter untuk ke Kuching dan Kota Kinbalu dan menawarkan harga terendah bagi penumpang terawal. Berikut adalah kadar harga terkini penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu.

Kuching 

  • One way : Rm 38
  • Return : Rm 76

Kota Kinabalu 

  • One Way : Rm 68
  • Return : Rm 136

untuk tempahan : - http://www.malindoair.com/en/

Percutian Suasana Kampung Di Pantai Suri

December 9, 2012 at 1:50 pm

Kampung Pantai Suri ? Mungkin anda tidak pernah terfikir dimanakah terletaknya Kampung Pantai Suri ini tetapi bagi orang yang ingin mencari ketenangan suasana kampung, disinilah tempat yang sesuai bagi anda. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan Tumpat, Kelantan atau lebih tepat berada di salah sebuah gugusan pulau di muara sungai Kelantan.

Perjalanan selama 30 minit dari Jeti Medan Ikan Bakar Kedai Buloh memberikan anda satu suasana kampung yang menarik disamping anda dapat melihat para nelayan keluar untuk menangkap ikan di pagi hari. Dengan kadar bayaran sebanyak Rm 20/Seorang, anda boleh melawat banyak tempat disini dan diantaranya adalah seperti tempat pembuatan serunding dan Kg. Pantai Suri.

Dengan kerjasama pihak Tourism Malaysia Kelantan, saya dibawa ke tempat pembuatan serunding yang terletak di Kg. Laut, Tumpat. Perjalanan selama 10 minit dari Jeti Medan ikan bakar Kedai Buloh membuatkan saya teruja kerana saya tidak pernah melihat tempat pembuatan serunding ini.

Kami dimaklumkan bahawa sumber ekonomi utama penduduk di Kampung ini adalah menerusi perniagaan serunding ini. Serunding dari sini akan di eksport ke Lembah kelang malahan ia turut sampai ke Brunei.

Setibanya saya disini, kami terus dibawa ke salah sebuah tempat pembuatan serunding ini. Disana kami diberikan peluang untuk mengacau serunding yang sedang dimasak dan kami juga dapat mengetahui bagaimana proses pembuatannya.

Selain daripada proses memasak serunding ini, kami juga diterangkan jenis dan resepi istimewa serunding ini. Proses yang memerlukan masa selama seharian ini mampu menghasilkan puluhan kilo serunding sehari. Diatas permintaan yang menggalakkan , tempat pembuatan serunding ini disambut baik oleh penduduk kampung dalam menjalankan perniagaan ini diperingkat yang lebih luas.

Antara jenis serunding yang di buat disini ialah Ayam, Daging (Import) dan daging (Tempatan). Harga serunding daging tempatan lebih mahal berbanding import kerana daging import diambil frozen dan ia tidak berkualiti seperti daging tempatan.

Setelah melihat proses pembuatan serunding, kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki bot untuk ke Kg.Pantai Suri.

Setelah 20 minit perjalanan dari Kg.Laut, akhirnya kami tiba di Pantai Suri dan disambut oleh masyarakat sekitar sebagai tanda alu-aluan kami datang ke sini. Setibanya kami disini, kami dihidangkan dengan ubi rebus yang merupakan makanan kegemaran saya. Sukar merasai pengalaman berada dikampung ini kerana saya dibesarkan dalam suasana bandar.

Antara produk pelancongan yang terdapat disini adalah seperti Kuih kapit dan atap nipah. Disini kami sempat ditunjukkan bagaimana proses pembuatan kuih kapit dan proses pembuatan atap nipah. Ternyata ia satu pengalaman berharga dan baru bagi saya yang tidak boleh saya dapat ditempat lain.

Selain itu, kerabu Nipah juga menjadi tumpuan utama produk pelancongan disini. Ini kerana terdapat banyak Nipah di persisiran sungai Kelantan. Oleh itu, penduduk kampung telah mengambil pendekatan untuk membuat produk baru iaitu Kerabu Nipah.

Pengunjung kesini tidak perlu risau tentang penginapan, kerana penduduk kampung disini menyediakan perkhidmatan Homestay. Dari sini anda boleh menikmati suasana kampung yang sebenar tanpa gangguan bunyi bising kereta mahupun kesibukan bandar. Kadar bayarannya pula tidak terlalu mahal kerana ianya terletak di kawasan kampung .

Setelah berehat di Kampung Pantai Suri, kami dibawa pula ke Dragon Temple bagi menggalakan promosi pelancong berbangsa cina kesini. Ia turut dikenali sebagai Wat Suwan kiri yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot dan 10 minit perjalanan menaiki bas untuk kesini. Disini juga terdapat beberapa faktor sejarah yang boleh dijadikan   produk pelancongan.

Antara produk pelancongan yang boleh diketengahkan adalah berdirinya sebuah monumen  yang melambangkan 3 agama telah datang ke kawasan ini. Pada asalnya, kawasan ini adalah sebuah surau pada sebelum pemerintahan British. Selepas British datang pada perang dunia ke-2, British telah menjadikan kawasan ini Gereja. Lalu British menyerahkan kawasan ini kepada kerajaan siam dan dijadikan tokong budha.

Ini terbukit dimana anda dapat melihat ketuk-ketuk yang di binaan bawah monumen ini. kemudian terdapat loceng di tingkat ke-2 dan simbol temple di tingkat paling atas.

Temple ini menjadi tumpuan dari pelancong dari luar negara dan ia dijadikan tempat lawatan bagi pelancong berbangsa cina dan beragama buddha. Setelah ke temple ini, saya dibawa pula ke pengkalan kubor untuk membeli-belah disini. Disini merupakan sempadan negeri kelantan dan Negara Thailand.

Pengkalan kubor merupakan tempat kawasan bebas cukai yang membolehkan anda membeli barangan murah disini. Antara barangan yang boleh dibeli disini adalah seperti baju,seluar jeans, coklat, set pinggan mangkuk dan pelbagi lagi.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia Kelantan dan semua pihak yang terlibat. Terima kasih kerana menjemput saya kesini dan diharap kita bertemu lagi di event yang akan datang.

Makan-Makan : Sarapan Pagi Di Kopitiam Kita

December 7, 2012 at 4:23 pm

Ketika saya menyertai program lawatan media ke Kelantan bersempena Festival cuti sekolah Medan Ikan Bakar (MIB), saya bersama rakan-rakan media yang lain telah dibawa oleh Tourism Malaysia Kelantan untuk bersarapan pagi di Kopitiam Kita. Kedai ini terletak di Taman Desa Jaya , Jalan Pengkalan Chepa, Kota bharu.

Pemilik kedai yang berbangsa cina ini iaitu, Mr. N.H Wong (019-981 0888) merupakan seorang kontraktor pada asalnya dan berubah ke bidang perniagaan pada 6 tahun yang dahulu. Gerai yang mula di buka pada tahun 2006 ini telah menjadi kegemaran masyarakat di Kota Bharu dan telah ramai tetamu VIP melawat dan singgah makan disini.

Keistimewaan Kopitiam Kita ini adalah pemilik kedai ini menyediakan pelbagai jenis menu makanan. Pelbagai jenis makanan dari sekitar negeri kelantan dikumpulkan disini dan disebabkan itu anda boleh memilih pelbagai jenis makanan tradisional yang anda terasa ingin makan kerana semuanya ada disini.

Selain harganya yang murah dan makanan yang sedap, kopitiam kita juga terkenal dikalangan tetamu kenamaan dan disebabkan itu ramai orang datang kesini dari seluruh peringkat umur. Makanan disini dijamin halal kerana ia dimasak oleh orang islam dan anda tidak perlu risau untuk kesini.

Antara menu masakan yang terkenal disini adalah seperti Nasi Berlauk, Nasi Air Dingin, Nasi Tumpang, Nasi Tumpang, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Kadar harga nasi disini tidaklah mahal dan anda mampu untuk makan perlbagai jenis makanan kerana ia  terlalu murah.

Bagi yang tidak pernah lihat nasi tumpang (gambar diatas), nasi tumpang ini adalah nasi yang dimasak secara tradisional tanpa mengunakan minyak, garam dan gula. Secara originalnya ia dimasak secara tradisional dan lauknya juga mampu tahan lama daripada basi.

Nasi Gulai Ayam Tumpat dan Nasi berlauk ikan Tumpat adalah menu harian yang disediakan dan ia juga disukai pelanggan disini. Makanan disini telah dikumpul dari seluruh dari negeri kelantan dan ia dimasak pada awal pagi. Namun anda tidak  perlu risau kerana ia dimasak oleh orang melayu dan ia tidak basi serta tahan lama sehingga ke petang.

Roti di atas ini adalah Roti Titab. Menu yang berasal dari Singapura ini turut dijual disini. Gabungan roti bakar, kaya dan telur 1/2 masak adalah menu kegemaran saya. Saya boleh katakan menu ini adalah yang terbaik disini dan sukar dicari di Kuala Lumpur. Jika anda ke Kota Bharu, anda perlu datang kesini untuk mencuba Roti Titab ini.

Mr.Wong sempat menunjukkan kami album gambar dimana para tetamu dari seluruh Malaysia dan tetamu VIP yang datang makan kesini. Di kopitiam kita juga turut ditunjukkan sejumlah gambar di dinding restaurant tersebut. Jadi jika anda kesini ,anda boleh lihat betapa ramai tetamu vip yang telah datang kesini.

Antara tetamu vip yang pernah datang ke sini adalah seperti Timbalan Perdana Menteri, Khairul Fahmi, Datuk Siti Nurhaliza, Maria Tunku Sabri dan ramai lagi.

Sebelum berangkat ke acara seterusnya, kami sempat bergambar bersama pemilik kedai sebagai tanda kenangan. Diharap pemilik kedai dapat mengambil gambar ini untuk ditampalkan di dinding gerai beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...