Permohonan Tapak Gerai Bazar Ramadan 2013

April 13, 2013 at 8:03 pm

YUS_201108_02_01_027

 

Kawasan Kuantan , Pahang

Dapatkan borang di kaunter bayaran MPK iaitu :-

  • Ibu Pejabat MPK
  • Bahagian Penjaja MPK Kompleks Pasar Borong Kemunting
  • Unit Pengurusan Pasar MPK Pasar Besar.

Tarikh tutup permohonan 6 Mei dan borang perlu dihantar ke Bahagian Penjaja MPK di Kompleks Pasar Borong Kemunting
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 09–512 655 atau 09-512656.

 

Kawasan Johor Bharu, Johor 

Sila bawa bersama dokumen – dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
  3. Salinan suntikan TYPHOID (TY) menunjukkan butiran pemohon dan cop oleh Pejabat Kesihatan Johor Bahru/MBJB serta tarikh suntikan dan tarikh luput.
  4. Bayaran Permohonan – ( RM 135.00 bagi kawasan YBJB Sahaja; Harga berlainan bagi petak kawasan Persatuan).
Permohonan boleh mula dibuat pada 14 Julai 2012. Hasil kutipan lesen akan digunakan untuk bantuan perayaan Aidilfitri kepada warga emas dan keluarga miskin bandaraya Johor Bahru. Sebarang pertanyaan sila hubungi YBJB di alamat seperti di bawah:

YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU
24-G, Susur 4, Jalan Tun Abdul Razak, 80200 Johor Bahru
Tel: 07-2248950 Faks: 07-2231880

 

Kawasan Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan KL)

AKTIVITI : PENDAFTARAN PERMOHONAN BAGI KAWASAN UNDI

TARIKH & MASA :

  • 9 APRIL 2013  HINGGA 12 APRIL 2013
  • (SELASA HINGGA JUMAAT)
  • 9.00 PAGI – 4.30 PETANG

TEMPAT : STADIUM TITIWANGSA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
AKTIVITI : PERMOHONAN BAGI KAWASAN TIDAK UNDI OLEH PENGANJUR/PERSATUAN/NGO
TARIKH & MASA :

9 APRIL 2013 HINGGA 17 MEI 2013

ALAMAT :

(I)TINGKAT 4, JABATAN PELESENAN DAN PENGURUSAN PENJAJA, MENARA DBKL 2 JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR
(II) SEMUA PEJABAT CAWANGAN DBKL (MENGIKUT PARLIMEN)

 

(a) KAWASAN UNDI – PUSAT BANDAR :-

  • (i) LORONG TUANKU ABDUL RAHMAN
  • (ii) TAPAK WAKAF PEMUZIK BUTA
  • (iii) JALAN MASJID INDIA
  • (iv) JALAN BENTENG
  • (v) LORONG FATIMAH

(b) KAWASAN UNDI – LUAR PUSAT BANDAR :-

  • (i) BANDAR BARU SENTUL
  • (ii) JALAN TELAWI, BANGSAR
  • (iii) TAMAN TUN DR. ISMAIL
  • (iv) SETAPAK JAYA
  • (v) TAMAN DATO’ SENU
  • (vi) TEMPAT LETAK KERETA STADIUM BOLA SEPAK, KUALA LUMPUR
  • (vii) FLAT SRI MELAKA
  • (viii) PASAR KERAMAT
  • (ix) PASAR BESAR GOMBAK
  • (x) PASAR DAN PUSAT PENJAJA WIRAWATI
  • (xi) TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2.

Maklumat lanjut untuk maklumat lanjut sila lawati website DBKL ini.

 

Kawasan Subang Jaya 

Permohonan adalah dibuka bagi warganegara Malaysia yang berminat untuk berniaga di Bazar Ramadhan 2013. Sila ikuti panduan berikut : -

  • 9 April 2013 (Selasa) Pengeluaran Borang Bazar Ramadhan Kawasan Puchong / Kinrara Pejabat Cawangan MPSJ Bandar Puteri, Puchong Waktu 9.30 Pagi
  • 10 April 2013 (Rabu) Pengeluaran Borang Bazar Ramadhan Kawasan Serdang / Seri Kembangan Stadium MPSJ Serdang Raya Waktu 9.30 Pagi
  •  11 April 2013 (Khamis) Pengeluaran Borang Bazar Ramadhan Kawasan Subang Jaya Dewan Serbaguna SS15, Subang Jaya   Waktu  9.30 Pagi
  •  12 April hingga 19 April 2013 Tarikh Penyerahan Borang Bazar Ramadhan 2013 Jabatan Pelesenan, Bangunan MPSJ Waktu Bekerja Sahajai

Lawati laman web MPSJ untuk permohonan atau Keterangan lanjut sila hubungi UNIT PENJAJA di talian 03-80264324 .

 

*Bagi kawasan lain, anda boleh berhubung terus dengan Majli perbandaran kawasan anda.

 

Cara Semak Lokasi Pengundian PRU13 Melalui SMS / LamanWeb

April 10, 2013 at 4:42 pm

1

 

Orang ramai boleh mula membuat semakan mengenai pusat dan saluran mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mulai 15 April, menerusi laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).Semakan boleh dibuat di laman web SPR www.spr.gov.my dan portal rasmi PRU13 di www.pru13.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080. selain semakan menerusi laman web dan SMS, pengundi juga boleh menelefon ke ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau pejabat pilihan raya negeri.

Manakala bagi daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk cakera padat (CD) pula akan mula dijual pada 15 April dan dalam bentuk buku pada 19 April.

 

 

Rancangan Backpackers Ke Madrid, Spain – Part 1

March 31, 2013 at 12:45 am

 

Plaza-de-ayuntamiento-madrid-spain

 

Madrid merupakan Ibu kota Sepanyol yang merupakan bandar ketiga terbesar di eropah. Impian untuk ke sini memang sudah lama saya idamkan dan perancangan rapi perlu dilakukan bagi memastikan ianya tercapai. Seumur hidup, saya belum pernah lagi memasuki eropah dan jika rancangan ini berjaya, InsyaAllah ia menjadi satu kejayaan bagi hidup saya. Hobi saya adalah melancong dan mencari pengalaman di tempat orang.

Sebelum fikir terlalu jauh mengenai Madrid, saya terlebih dahulu membuat kajian untuk kesana. Saya dapati tiket penerbangan ke Madrid agak mahal kerana lokasinya agak jauh dari Kuala Lumpur. Namun itu tak mejadi penghalan bagi saya. Banyak syarikat penerbangan menawarkan penerbagan ke Madrid.

Antara syarikat penerbangan yang membuat penerbangan ke Madrid dari Kuala Lumpur adalah seperti berikut :-

Setakat ini, Hanya Thai Airways saja yang menawarkan tambah termurah untuk ke Madrid dari Malaysia. Oleh itu, saya kongsikan serba sedikit cara untuk membeli tiket Thai Airways ini.  Untuk membeli tiket bagi penerbangan jarak jauh, anda perlu tahu dimana lapangan terbang yang anda akan pergi dan dimana transit yang akan anda berhenti serta jadual waktu penerbangan anda.

 

1

Untuk menaiki pesawat Thai Airways ini tidaklah susah mana , cuma anda perlu bijak mengatur perjalanan anda.  Dalam Backpackers, penjimatan adalah perkara penting. Anda juga boleh menaiki pesawat AirAsia untuk ke Bangkok dan menukar kepada ThaiAiways untuk ke Madrid. Hal ini sama juga jika anda menaiki Thai Airways dimana anda perlu berhenti transit di Bangkok sebelum menyambung perjalanan ke Madrid. Jadi buatlah pilihan bijak dalam membeli tiket penerbangan ini dan anda pilihlah yang murah.

Kesukaran  jika anda menaiki AirAsia kerana anda perlu transit ke lapangan terbang suvarnabhumi airport kerana AirAsia akan mendarat di lapangan terbang Don Mueang Airport. Thai Airways akan berlepas dari lapangan terbang Suvarnabhumi dan anda perlu menaiki shuttle bus dari airport Don Mueang. Jadi jika nak senang, naik saja ThaiAirways dari KLIA.

 

2

 

Langkah 1: Anda perlu layari laman web (Thai Airways) .. Pada gambar diatas, pilih  lokasi penerbangan dan tarikh penerbangan pilihan anda. Tetapkan jumlah ahli dan tempah penerbangan anda. Pastikan anda memilih tarikh yang tepat dan pilih “Round Trip” untuk tiket pergi balik.

 

3

 

Langkah 2 : Pilih penerbangan anda mengikut tarikh yang anda inginkan dan hanya perlu tandakan satu sahaja (Lihat pada tarikh dan tempat departure) . Pilihlah harga yang murah dan jangan memandai pilih harga yang mahal , nanti akan menyesal pula..

 

4

 

Langkah 3 : Disini adalah perkara paling penting, anda perlu tandakan 2 penerbangan (Pergi dan balik) mengikut waktu kesesuaian anda. Pastikan anda tidak berhenti transit terlalu lama dan pilih waktu penerbangan yang berhenti transit tidak terlalu masa. Ini penting bagi menjimatkan masa dan anda tidak perlu menunggu lama sehingga lewat sehari. Klik pada Flight details, disitu akan ada tempoh masa transit anda dan segala informasi penerbangan berada disitu.

 

5

 

Langkah 4: Semak flight details anda. Pastikan anda tahu masa tiba di Madrid dan dari situ anda sudah boleh tahu waktu untuk tempah hotel. Penerbangan dari KLIA ke Bangkok hanya mengambil masa selama 1 jam 10 minit. Manakala penerbangan dari Bangkok ke Madrid (Barajas Airport) mengambil masa selama 8 jam.

 

6

 

Langkah 5 : Semak harga tiket penerbangan anda. Baca syarat penerbangan. Bagi pesawat ini anda hanya dibenarkan membawa 20 KG berat Luggage (Beg) . Nanti jangan lupa, bila nak berlepas dari KLIA, pastika anda di kaunter check in Terminal M. Kat situ adalah lokasi Thai Airways.

 

7

 

Langkah 6 : Isi maklumat diri dan jangan cuba-cuba nak tipu nanti menyesal pulak tak boleh terbang ke Madrid.

 

8

 

Langkah 7 : Buat pembayaran secara online. Boleh guna Visa ataupun Master Card. Pastikan anda mengisi borang dengan betul sebelum mengesahkan pembayaran anda.

 

9

 

Langkah 8: Anda boleh check in tiket flight anda secara online di laman web Thai Airways. Ini lagi senang dan memudahkan urusan penerbangan anda di KLIA nanti.

Jadi sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk membeli tiket secara online di Thai Airways. Mudah saja dan tak perlu fikir lama kerana harga yang ditawarkan pun diantara yang termurah berbanding syarikat penerbangan yang lain. Selepas ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk pilih hotel yang murah dan jimat. Banyak lagi saya akan kongsi cara-cara untuk mendapatkan percutian idaman yang murah.

Baca perancangan seterusnya di :-

Rancangan Backpackers Ke Madrid, Spain – Part 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...