Makan-Makan : Sarapan Pagi Di Kopitiam Kita

December 7, 2012 at 4:23 pm

Ketika saya menyertai program lawatan media ke Kelantan bersempena Festival cuti sekolah Medan Ikan Bakar (MIB), saya bersama rakan-rakan media yang lain telah dibawa oleh Tourism Malaysia Kelantan untuk bersarapan pagi di Kopitiam Kita. Kedai ini terletak di Taman Desa Jaya , Jalan Pengkalan Chepa, Kota bharu.

Pemilik kedai yang berbangsa cina ini iaitu, Mr. N.H Wong (019-981 0888) merupakan seorang kontraktor pada asalnya dan berubah ke bidang perniagaan pada 6 tahun yang dahulu. Gerai yang mula di buka pada tahun 2006 ini telah menjadi kegemaran masyarakat di Kota Bharu dan telah ramai tetamu VIP melawat dan singgah makan disini.

Keistimewaan Kopitiam Kita ini adalah pemilik kedai ini menyediakan pelbagai jenis menu makanan. Pelbagai jenis makanan dari sekitar negeri kelantan dikumpulkan disini dan disebabkan itu anda boleh memilih pelbagai jenis makanan tradisional yang anda terasa ingin makan kerana semuanya ada disini.

Selain harganya yang murah dan makanan yang sedap, kopitiam kita juga terkenal dikalangan tetamu kenamaan dan disebabkan itu ramai orang datang kesini dari seluruh peringkat umur. Makanan disini dijamin halal kerana ia dimasak oleh orang islam dan anda tidak perlu risau untuk kesini.

Antara menu masakan yang terkenal disini adalah seperti Nasi Berlauk, Nasi Air Dingin, Nasi Tumpang, Nasi Tumpang, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Kadar harga nasi disini tidaklah mahal dan anda mampu untuk makan perlbagai jenis makanan kerana ia  terlalu murah.

Bagi yang tidak pernah lihat nasi tumpang (gambar diatas), nasi tumpang ini adalah nasi yang dimasak secara tradisional tanpa mengunakan minyak, garam dan gula. Secara originalnya ia dimasak secara tradisional dan lauknya juga mampu tahan lama daripada basi.

Nasi Gulai Ayam Tumpat dan Nasi berlauk ikan Tumpat adalah menu harian yang disediakan dan ia juga disukai pelanggan disini. Makanan disini telah dikumpul dari seluruh dari negeri kelantan dan ia dimasak pada awal pagi. Namun anda tidak  perlu risau kerana ia dimasak oleh orang melayu dan ia tidak basi serta tahan lama sehingga ke petang.

Roti di atas ini adalah Roti Titab. Menu yang berasal dari Singapura ini turut dijual disini. Gabungan roti bakar, kaya dan telur 1/2 masak adalah menu kegemaran saya. Saya boleh katakan menu ini adalah yang terbaik disini dan sukar dicari di Kuala Lumpur. Jika anda ke Kota Bharu, anda perlu datang kesini untuk mencuba Roti Titab ini.

Mr.Wong sempat menunjukkan kami album gambar dimana para tetamu dari seluruh Malaysia dan tetamu VIP yang datang makan kesini. Di kopitiam kita juga turut ditunjukkan sejumlah gambar di dinding restaurant tersebut. Jadi jika anda kesini ,anda boleh lihat betapa ramai tetamu vip yang telah datang kesini.

Antara tetamu vip yang pernah datang ke sini adalah seperti Timbalan Perdana Menteri, Khairul Fahmi, Datuk Siti Nurhaliza, Maria Tunku Sabri dan ramai lagi.

Sebelum berangkat ke acara seterusnya, kami sempat bergambar bersama pemilik kedai sebagai tanda kenangan. Diharap pemilik kedai dapat mengambil gambar ini untuk ditampalkan di dinding gerai beliau.

Makan-Makan : Medan Ikan Bakar Kedai Buloh !

November 30, 2012 at 3:49 pm

Ketika musim cuti persekolahan ini amat sesuai digunakan masa terluang bersama keluarga dan rakan-rakan. Perdaba Resort sedang menganjurkan Festival Cuti Sekolah 2012 sempena mempromosikan  Medan Ikan Bakar (MIB) Kedai Buloh yang diadakan pada 11 november sehingga 3 disember 2012.Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Banana Boat, River Cruise, Dikir Barat, Wayang Kulit, sukaneka dan banyak lagi. Aktiviti ini juga bertujuan bagi memperkenalkan MIB yang merupakan produk pelancongan terbaru negeri kelantan.

Medan ikan bakar kedai buloh ini dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan menyediakan 2 unit restoran ikan bakar (Chimchum & Juara Ikan Bakar). Selain itu, PKINK juga menyediakan lot ruang niaga yang dibina dibawah satu bumbung bersama restoran ikan bakar tersebut. Lokasi Medan ikan bakar yang bersebelahan dengan sungai kelantan ini memudahkan para pengunjung untuk menikmati suasana cantik ketika waktu senja.

Selain daripada suasana kampung disini ditambah pula dengan bot-bot nelayan tempatan yang memenuhi tepian sungai. Pelbagai jenis ikan anda boleh dapati disini seperti Siakap, Sebelah, pari dan bermacam lagi. Harga yang dijual disini juga berpatutan dan bersesuain dengan tempatnya. Lokasi medan ikan bakar ini hanyalah kira-kira 10 minit dari perdana resort dan 20 minit dari bandar kota bharu. Oleh itu, jika anda kesini pasti anda perlu mencuba ikan bakar disini kerana ia ternyata berlainan dari tempat anda.

Restoran yang mampu memuatkan kira-kira 100 orang di dalam satu masa ini mengunakan sistem layan diri dimana anda b0leh memilih pelbagai jenis ikan ataupun lauk pauk untuk hidangan makan anda. Setelah memilih ikan pilihan anda, barulah anda serahkan ikan tersebut kepada tukan masak disini untuk membakar ikan tersebut.

Selain daripada ikan bakar, Produk terbaru yang ingin diketengahkan oleh Restoran disini adalah ChimChum. Ia merupakan steamboat ala korea yang menerapkan ciri-ciri masakan ala pantai timur.

Pelbagai pilihan makan steamboat anda boleh pilih. Dan tempat merebusnya juga unik dan ia boleh terus direbus diatas meja makan anda.

Berikut merupakan senarai harga ikan bakar yang dijual disini :-

Jika datang ke Negeri kelantan, pasti anda tidak lengkap jika anda tidak menonton Wayang kulit dan melihat persembahan Dikir Barat. Dua elemen tradisional ini masih menjadi tumpuan di kelantan kerana ia merupakan salah satu hiburan yang diminati masyarakat kampung disana.

Walaupun bahasa yang disampaikan melalui watak Wayang kulit agak mendalam bahasanya. Namun ia tidak menghalang anda untuk memahami isi ceritanya. Selain itu, tok dalang dikenali sebagai ketua yang menjalankan cerita wayang kulit ini bertindak sebagai pemain watak pelbagai disamping perlu mengeluarkan suara yang berlainan mengikut watak yang ada.

Dikir Barat pula, merupakan hiburan masyarakat kelantan yang kekal sehingga kini. Dikir Barat merupakan hiburan yang disampaikan di dalam loghat kelantan dan ia kebiasaanya diselitkan dengan lawak serta perjalanan hidup seharian orang kelantan.

Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Kelantan kerana telah membawakan saya ke medan ikan bakar dan merasai suasana kampung disana. Diharapkan dapat kesana lagi di masa akan datang.

Seni Kraftangan, Ukiran Dan Batik Menjana Keuntungan Sehingga Ribuan Ringgit !!!

November 28, 2012 at 10:17 pm

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa industri kraftangan dan batik mampu menjana ekonomi negara dan masyarakat sekitar. Ini terbukti dimana penghasilan produk seperti ini mampu menaik taraf kehidupan masyarakat luar bandar ketika ini. Sebagai contoh, baru-baru ini saya ke Kota Bharu dan beberapa kawasan perkampungan disana. Saya dapati produk ini perlulah dijaga supaya ia tidak pupus ditelan zaman.

Saya sempat melawati Cik Minah Songket yang terletak di Jalan Pantai Cinta Berahi. Cik Minah songket sudah mula beroperasi sejak dari tahun 1930 dan kini diuruskan oleh warisan keturunan Cik Minah sendiri. Kedai dua tingkat ini juga merupakan tempat pembuatan tenunan songket dan galeri  songket.

Alat tenun tradisional digunakan untuk menghasilkan songket berkualiti dan pengalaman orang lama diperlukan dalam hasil kerja tangan ini. Disini anda boleh melihat bagaimana proses songket dihasilkan sehinggalah ia dijual. Kadar harga songket disini mampu mencapai harga sehingga Rm 5000 dan ia bergantung kepada kualiti dan jenis songket serta coraknya.

Terdapat juga songket yang dijual dalam kadar harga ratusan ringgit dan disini anda mempunyai banyak pilihan songket untuk dibeli. Songket melambangkan ciri-ciri kemelayuan dan ia juga telah mula dilupakan oleh generasi muda. Dengan adanya galeri songket ini, ia mampu mengembalikan seni songket itu sendiri kepada generasi muda supaya ia terpelihara dan tidak dilupakan.

En. Mohamad yang merupakan salah seorang dari pewaris Cik Minah songket ini sempat menunjukkan saya antara songket berkualiti dan harga yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Harga yang ditentukan adalah bergantung kepada corak dan jenis songket itu sendiri. Songket juga dapat menarik minat pelancong luar seperti singapura dan negara asia yang lain kerana ia mempunyai daya tarikan yang menarik serti seni yang halus dan sukar dicari.

Selain daripada Songket, cenderamata yang dibuat daripada perak mahupun emas menjadi tumpuan di pantai timur kerana ia menjadi satu tarikan masyarakat disini. Saya telah pun melawat ke KB Permai Silverware. Disini pembuatan perhiasan daripada perak dilakukan oleh anak-anak muda di kota bharu.

Disini saya bertemu dengan En.Razali yang memberikan penerangan mengenai perniagaannya. Disini terdapat galeri dan gerai jualan barangan berasas perak ini. Terdapat juga tempat pembuatan ukiran perak ini yang dilakukan oleh kebanyakkan generasi muda. Terdapat ukiran rantai, duit syiling, frame gambar, keris dan pelbagai lagi yang dijual disini.

Kadar harga barangan berasakan perak yang dijual disini dijual dengan harga berpatutan. Dan ianya mampu dimiliki oleh semua orang. Walaupun ada beberapa barangan yang agak sedikit mahal namun ia masih wajar dengan harganya kerana penghasilan ukiran perak ini bukanlah satu kerja yang mudah.

Selain daripada Perak dan songket, penjualan produk batik adalah yang tertinggi sekali di kelantan. Nordin Batik yang dibuka pada tahun 1972 ini telah pun berdiri megah di bandar kota bharu. Ia bermula apabila perniagaan ini dimulakan secara kecil-kecilan dan hingga kini ia luas tersebar diserata Malaysia.

Gerai yang memiliki pelbagai jenis corak batik ini menjadi tumpuan orang ramai yang datang ke kota bharu. Ini kerana corak dan kualiti kain disini amat disukai pelancong dan ia sukar di dapati di tempat lain.

Batik di pantai timur bukanlah sesuatu perkara asing lagi. Ianya menjadi tarikan utama rakyat Malaysia mahupun pelancong dari luar negara. keunikan seni coraknya dan hasil kualiti kain membuatkan ramai orang ingin memakainya. Ukiran warna yang mengunakan lilin ini tidak akan terhilang warnanya dan ia sangat cantik dipakai di majlis keramaian.

Di Nordin Batik terdapat pelbagai pilihan batik yang boleh anda beli. Ia terletak di Bandar Kota Bharu dan anda boleh singgah disini untuk melihat bagaimana proses penghasilan batik dilakukan. Selain itu, anda juag berpeluang untuk mencuba tenun batik dengan kadar RM 20 seorang. Pengalaman berharga itu anda boleh dapati disini dan ia memberikan anda cara bagaimana kesusahan pengusaha batik ini melakukan perniagaan ini.

Mungkin ada yang mengenai En.Shafie iaitu seorang pembuat wau terkenal di Pantai  Cahaya Bulan. Beliau juga seorang yang seringkali memasuki pertandingan layang-layang di peringkat antarabangsa dan telah pun memenangi beberapa anugerah.Membuat wau sejak dari kecil merupakan minat beliau dan hasilnya beliau telah memajukan warisan ini dan diperkenalkan di serata malaysia malahan ke serata dunia.

Pelbagai jenis wau yang beliau reka, diantaranya adalah wau kucing dan wau bulan. Saya juga turut diberitahu bahawa wau bulan diantara wau yang terkenal di Malaysia dan wau kucing merupakan Logo bagi syarikat penerbangan MAS Airlines.

Wau juga terdapat wau yang boleh digunakan untuk pertandingan dan ada yang digunakan untuk pertunjukkan sahaja. Itu semua bergantung kepada jenis dan hasil rekaannya. Ternyata banyak perkara anda boleh belajar bersama En.Shafie kerana beliau mempunyai ilmu yang tinggi mengenai wau ini.

Kadar harga wau yang dijual disini mampu mencapai harga ratusan ringgit dengan mengikut saiz serta coraknya. Segala maklumat mengenai kraftangan dan aktiviti pelancongan negeri kelantan anda boleh dapati melalui Tourism Malaysia Kelantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...