Cara Semak Lokasi Pengundian PRU13 Melalui SMS / LamanWeb

April 10, 2013 at 4:42 pm

1

 

Orang ramai boleh mula membuat semakan mengenai pusat dan saluran mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mulai 15 April, menerusi laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).Semakan boleh dibuat di laman web SPR www.spr.gov.my dan portal rasmi PRU13 di www.pru13.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080. selain semakan menerusi laman web dan SMS, pengundi juga boleh menelefon ke ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau pejabat pilihan raya negeri.

Manakala bagi daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk cakera padat (CD) pula akan mula dijual pada 15 April dan dalam bentuk buku pada 19 April.

 

 

Serendah RM 68 Ke Kota Kinabalu !!! – Malindo Air

March 15, 2013 at 11:20 am

Untitled

 

Malindo Air adalah syarikat penerbangan terbaru yang menawarkan tambang murah ke beberapa destinasi di Malaysia. Setakat ini, Malindo baru saja membuka kaunter untuk ke Kuching dan Kota Kinbalu dan menawarkan harga terendah bagi penumpang terawal. Berikut adalah kadar harga terkini penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu.

Kuching 

  • One way : Rm 38
  • Return : Rm 76

Kota Kinabalu 

  • One Way : Rm 68
  • Return : Rm 136

untuk tempahan : - http://www.malindoair.com/en/

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013

March 7, 2013 at 1:18 am

DSC_0182

 

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 yang baru saja berlangsung 2 hari lepas telah memberikan satu idea baru kepada blog saya. Ini dimana saya dapat melihat mereka yang aktif di dalam blog percutian. Kehadiran saya di malam anugerah tersebut telah pun memberikan saya inspirasi baru dalam menulis blog mengenai percutian. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik dan mana la tahu dapat tercalon pada tahun 2014 nanti..hehe

Tampil dengan beberapa orang speaker, persidangan kali ini lebih menarik dimana ramai pihak dari dalam dan luar negara termasuk kementerian pelancongan menyertainya. Ia mampu menjana ekonomi dalam sektor pelancongan dan ia dapat meluaskan nama Malaysia di mata dunia.

DSC_0170

 

Abang saya, MohdZaid.com turut tersenarai sebagai finalis di dalam salah satu kategori yang dipertandingkan tapi belum rezeki dia lagi untuk menang. harap tahun 2014 nanti adalah yang mampu beliau menang. Saya seorang yang minat bercuti dan masih lagi belajar dalam memberikan yang terbaik di dalam penulisan blog saya mengenai percutian. Di harap rakan-rakan yang lebih hebat dapat mengajar dan menegur kesilapan saya jika ada salah dan silap yang anda nampak pada blog saya.

IMG-20130306-02596

 

Semoga banyak lagi percutian yang saya dapat lalui pada tahun ini dan berikutnya. Pada tahun ini saja saya bakal bercuti di Medan, Korea, Vietnam dan Thailand. InsyaAllah akan ke Sabah jika pada masa yang sesuai. Percutian terakhir saya adalah di Johor dan Singapura dan diharapkan saya dapat menulis dengan lebih banyak mengenai percutian selepas ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...