Ini merupakan Filem ke-7 keluaran Excellent Pictures dan kali ini merupakan sebuah filem terbaik berjaya di keluarkan yang dijangka bakal mampu meraih jutaan ringgit hasil daripada tontonan peminat. Lakonan utama dari Zizan Razak dan Juliana Evans pastinya akan menghangatkan lagi filem ini. Populariti Zizan yang kini sangat baik bakal membantu filem Mael Lambong ini di pawagan pada 21 Jun 2012 nanti. Filem Ahmad Idham ini sangat menarik diperkatakan apabila barisan pelakon muda dan berbakat membarisi filem ini. Tidak dinafikan filem ini adalah filem terbaik yang dibintangi oleh Zizan dan Juliana.
Filem komedi ini banyak dilakukan pengambarannya di Terengganu dan Kuala Lumpur. Suasana bandar dan kampung serta budaya pantai timur diserapkan di dalam cerita ini. Filem yang mengisahkan tentang kehidupan Mael Lambung (Zizan) merupakan filem yang akan menentukan nasib Zizan sebagai pelakon utama di dalam filem ini. FIlem ini juga menampilkan beberapa aksi berlawan dan perlumbaan kereta turut ditambah dengan babak cinta yang pasti membuatkan penonton tidak bosan dan faham mengenai jalan cerita Mael Lambong ini.
Komedi yang dihasilkan melalui mimik muka dan percakapan serta perbuatan telah menarik minat penonton yang hadir menonton pada Malam Gala Tayangan Pembukaan Filem Mael Lambung di Sunway Pyramid semalam. Filem yang mendapat tumpuan media ini pasti akan ditunggu-tunggu oleh peminat zizan dan juliana evans yang ingin menyasikan babak lakonan mereka. Filem ini saya beri 4 bintang daripada 5 kerana ianya sangat bagus dan mempunyai karya lawak yang membuatkan anda terpikir sejenak sebelum ketawa sepuasnya.
Sinopsis Filem Mael Lambong :-
Mael Lambong (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.
Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?
Babak menarik :-
SHENTHY FELIZIANA sebagai Rozie
salah satu babak dimana Juliana Evans melakonkan watak pesakit
bagi uzair cerita hantu bonceng ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakan dan cerita ini banyak menceritakan tentang kehidupan sosial sesorang..filem lakoanan zizan dan jue aziz serta juliana evans ini sangat kelakar dan lawak itu muncul dari segi percakapan dan perbuatan yang dilakukan oleh zizan.
aksi dan gelagat mereka menimbulkan rasa kelakar dan para penonton seringkali ketawa ketika menonton filem ini..uzair sempat tengok cerita ni dua kali dan ia berjaya menarik minat uzair untuk menonton lagi..dari 5 bintang uzair bagi 4 bintang kerana cerita ini banyak menunjukkan rakaman filem terbaik walaupun tidak banyak aksi yang ditonjolkan..
filem ini harus diberi pujian kerana lawak yang dihasilkan adalah asli dan spontan dan membuatkan semua orang gembira apabila menontonnya..jika anda belum menonton,anda perlu la menonton dan cuba lihat gaya penceritaannya..ternyata ia pasti membuatkan anda ingin menonton 2 kali..:)
Sinopsis Hantu Bonceng:-
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
Tajuk Filem:Hantu Bonceng
Pengarah:Ahmad Idham
Penerbit:Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Dipawagam:31 Ogos 2011
Pelakon Hantu Bonceng:
Zizan Raja Lawak
Juliana Evans
Jue Aziz
Taiyuddin Bakar
UzairOthman.com merupakan blog rasmi Uzair di mana ia mula diwujudkan pada April 2009..Blog UzairOthman.com ini merupakan tempat uzair meluahkan segala isi hati dan hobi uzair. Menyampaikan isu terkini merupakan usaha utama Blog ini bagi menyampaikan berita-berita sensasi kepada peminat hiburan di Malaysia..contact saya di
email : [email protected] ,
FB : Mohamad Uzair Othman & ,
Fan Page : Uzairothman.com
................................................................................................................
uzairothman.com is my personal blog that was designed in April 2009. Here, like the house and poured all my interest here. I will present the latest issue and will always do the best for you. I hope you enjoy the blog and always support me.
...................................................................................................................
email : [email protected]
FB : Mohamad Uzair Othman &
Fan Page : Uzairothman.com