Pengalaman & Percutian Menarik Legoland Malaysia @ Kota Inskandar, Johor

September 2, 2012 at 2:33 am

Bagaimana Cara Hendak Pergi ke Legoland Malaysia ?

Legoland Malaysia yang terletak di selatan tanah air ini bakal dibuka secara umum pada 15 September 2012 ini. Lokasinya yang terletak di NusaJaya, Johor adalah sangat strategik dimana pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia dapat datang ke sini disamping pelancong dari luar asia tenggara juga dapat merasai salah satu tarikan pelancongan terbaru di Malaysia.

Harga tiket di Legoland ini adalah Rm 140 kepada individu berumur 12 tahun sehingga 59 tahun dan Rm 110 untuk 3 hingga 11 serta warga emas yang melebihi umur 60 tahun. Bagi warga kuala lumpur dan lembah kelang, anda boleh mendapatkan tiket legoland ini iaitu di Matta Fair KL yang bakal berlangsung pada 7 – 9 September 2012 di PWTC dan bagi warga johor anda boleh mendapatkan tiket di Iskandar  Malaysia Information Center (IMIC) pada setiap hari ahad dan sabtu disana.

Bagi yang mengemarkan tiket Annual Pass, Legoland kini telah memberikan tawaran istimewa iaitu penjimatan sehingga Rm 30/ SGD 13. Tiket tahunan ini boleh digunakan pada pada setiap hari dan tempoh satu tahun termasuk cuti sekolah. Tiket tahunan ini berharga RM245.00 / SGD102.00 bagi dewasa,  bagi berumur 3 hingga 11 tahun ialah  RM180.00 / SGD75.00 dan warga emas berumur 60 tahun keatas iaitu RM 180.00 / SGD 75.00. klik sini untuk booking online.

Legoland ini dibuka pada setiap hari dan tempohnya adalah dari jam 10 pagi sehingga 6 petang, namun ada beberapa hari legoland akan dibuka sehingga jam 8 malam. Rujuk jadual di laman web legoland untuk melihat jadual pada tahun 2012.

Peta dan Kemudahan awam

Untuk Legoland, pelbagai arah boleh digunakan. Jika anda dari lebuh raya utara selatan, anda perlu mengambil exit Tuas,Nusajaya, Pontian, Tg.Pelepas iaitu Exit 253. kemudian anda terus ke Exit 312 iaitu Legoland. Jika anda dari Singapore anda boleh mengunakan Tuas 2nd  link highway dan jika dari johor bahru anda perlu mengunakan Coastal Highway.

Kedudukan GPS anda ialah : - 1º 26’ 14″ N 103º 37’ 2″ E

Perkhidmatan bas juga turut disediakan oleh Legoland dimana bas dari  Johor Bahru, JPO dan juga dari KL serta singapore. Jadual bas dan harga bas bolehlah anda merujuk (disini) dan (Disini). Ruang luas di legoland ini juga mampu menampung ribuan pelancong yang hadir dan anda tidak perlu risau akan kesesakan jalanraya.

Pengalaman Saya di Legoland Malaysia

Semalam, 1 september 2012 iaitu dimana tarikh saya mengikuti percutian ke Legoland Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Legoland Malaysia kerana menaja tiket saya dan keluarga saya. Saya pergi ke Legoland bersama abang iaitu Mohdzaid.com ,mak iaitu ZaraAluwi.com ,kakak dan anak buah saya. Bertolak ke Nusajaya dengan menaiki bas di Pudu Raya seawal jam 7 pagi. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam itu telah membuatkan saya tiba di Legoland sekitar jam 12 tengah hari.

Setibanya saya di sana, kami pun terus diberikan tiket oleh pengajur event ini. Saya menyertai event bercuti di Legoland bersama Media ini atas jemputan pihak Legoland sendiri dan saya sangat berterima kasih kepada legoland Malaysia. Ramai wartawan tempatan dan luar negara seperti Singapura dan eropah turut hadir disini disamping pekerja dari pihak penaja yang lain yang turut membawa keluarga ke sini.

Gambar diatas ini ketika saya sedang ingin memulakan pengembaraan saya di Legoland ini. saya sempat bergambar dengan pakcik yang sedang tidur. Pastinya anda teruja dengan rekaan Lego menarik ini. Kesemua patung disini dihasilkan daripada Lego dan pelbagai rekaan menarik dapat anda saksikan disini.

Di belakang saya ini adalah Masjid Putrajaya iaitu di bahagian Mini Land di Legoland Malaysia. Lokasi Mini Land ini dibuat oleh pereka dari Malaysia dan ia mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan hasil rekaan daripada lego ini. Menarik Bukan? Kecantikan dan keaslian reka bentuk telah menambahkan lagi minat saya terhadap lego ini. Hasil yang kreatif dan pastinya sukar untuk dibuat bakal memberikan permandangan menarik disini.

Pelik bukan tiba-tiba saya berada di KLCC? hehe ..sebenarnya ianya adalah Rekaan betuk KLCC yang diperbuat dari lego. Bentuk yang hampir serupa dan keaslian rekaan telah menjadikan Mini Land ini sebagai tempat tumpuan pengunjung di Legoland ini.

Selain daripada Mini Land, terdapat pelbagai lagi tempat menarik untuk dilawati di Legoland Malaysia ini. Diantaranya ialah Theme Park, Permainan Air, Movie 4D, dan lokasi menarik untuk mengambil gambar kenangan. Hampir 40 permainan yang boleh anda bermain disini dan pastinya akan meninggalkan satu kenangan abadi di dalam hidup anda. Sambungan entry ini anda boleh lihat di sini

(http://www.uzairothman.com/2012/09/02/legoland-malaysia-tarikan-miniland-dan-harga-barangan-melampau.html)


 

 Koleksi Gambar saya di Legoland Malaysia – www.uzairothman.com

Himpunan Pantun Ramadhan & Aidilfitri Yang Lucu 2012

July 15, 2012 at 10:52 pm

 

Berikut Merupakan himpunan pantun hari raya dan berpuasa yang telah dikumpul daripada pelbagai sumber. pasti anda akan tersenyum lebar dengan membaca ucapan hari raya dan salam kemaafan ini.. Jika anda berminat boleh la anda copy dan hantarkan kepada rakan-rakan anda sebagai tanda ingatan tulus ikhlas di hari yang mulia nanti..

 

Selembut embun di pagi hari,tengadah tangan sepuluh jari, ucapkan salam setulus hati, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan… Mohon Maaf Lahir Bathin

Pergilah keluh, ku tak mau berteman dengamu. Silahkan kesah, kau bukan takdirku… mujahadah adalah temanku, dakwah adalah nafasku, dan Allah adalah kasihku… Maafkan segala kesalahan

Mengingat kata yang salah, hati yang berprasangka, janji yang terlupakan,sikap & sifat yang menyakitkan, di hari ini ijinkanlah ku juga mengucapkan MOHON MAAF LAHIR DAN BATHIN

Anak melayu mengail ikan, perahu berlabuh di tengah lautan, sambil menunggu datangnya Ramadhan jari ku susun mohon ampunan, selamat menyambut bulan suci ramadhan bagi semua umat Muslim…

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf lahir dan bathin….

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF LAHIR & BATHIN…SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Bila hati saling terpaut
rasa cinta terjalin indah
Bila salah & khilaf telah terjadi
Mohon maaf lahir & batin atas segala kesalahan

“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi di bulan yang penuh mahrifah

Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung
jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman
Marhaban Ya Ramadhan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Mohon Maaf Lahir Dan Bathin

Gersang bumi tanpa hujan…gersang akal tanpa ilmu…gersang hati tanpa iman…gersang jiwa tanpa amal…Marhaban ya Ramadhan…Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Mohon Maaf Lahir Dan Bathin

Hidup ini hanya sebentar lagi
bentar marah,bentar ketawa
betar berdui,bentar boke
bentar senang,bentar susah
ooo ye…bentar lagi bulan puasa
met Ramadhan ye…Mohon Maaf Lahir Bathin

Ramadhan ke enam kini menjelma
Bersyukur kita dipanjangkan usia
Perbanyakkan amalan jauhi dosa
Moga ibadah Allah terima

Bulan Ramadhan bulan berkat
Nafsu dikawal syaitan di ikat
Perhambakan diri kepada Yang Zat
Agar diri beroleh manfaat

 

klik more untuk lihat lebih banyak pantun yang menarik.. :)

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2012

July 14, 2012 at 9:00 am

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan pembaca semua. Salam Ramadhan Al-Mubarak dari saya UzairOthman.com, walaupun ramadhan lagi seminggu bakal tiba saya terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada rakan-rakan yang telah saya berbuat dosa. Hadirnya Ramadhan kali ini pastinya ingin sesuatu yang lebih baik berbading tahun lepas. Persiapan Bulan puasa dan hari raya pada tahun ini tidaklah begitu meraih kerana saya perlu menjalani final exam selang beberapa hari selepas hari raya. Oleh itu, perlu sedikit fokus untuk study pada ramadhan tahun ini.

Bulan ramadhan bakal diraikan oleh seluruh umat islam di serata dunia dan saya juga turut berbangga dimana ada juga orang yang bukan beragama Islam dan bukan berbangsa melayu turut menjalani ibadah puasa. Ada yang memberikan pendapat bahawa bulan puasa adalah bulan berjimat cermat dan untuk kuruskan badan. Namun segala usaha untuk berpuasa itu adalah bergantung kepada semangat untuk menjalani ibadah (amalan) tersebut.

Bagi memudahkan anda, saya telah mencari jadual berbuka puasa & imsak bagi kawasan wilayah persekutuan, dan Selangor (Zon 1) seperti hulu langat dan kawasan sekitarnya. Semoga anda tabah menghadapi dugaan ramadhan dan sekali lagi saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam dan kepada sesiapa yang ingin cuba untuk berpuasa.

 

 

*Maklumat daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...