Showcase ST12 Promo Tour Akustik Lentera Hati (Live in Malaysia 2013)

March 27, 2013 at 9:51 pm

DSC_0058
Bertempat di Bentley Music , Petaling Jaya berlangsungnya Showcase Promo Tour Akustik Lentera Hati dari Band terkenal Indonesia iaitu ST12.  Band yang baru sahaja release album terbaru ini kini popular dengan lagu “Putih-Putih Melati” yang mendapat hits di youtube. Musik video yang mendapat jutaan tontonan itu telah menaikkan semula nama band ini yang pernah mengalami perpecahan pada suatu masa dahulu.
DSC_0065
Di album terbaru ini ST 12 dianggotai oleh dua orang ahli sahaja iaitu Ridho Tuah (Vocalis baru ST12) dan  Pepep (Drummer) yang juga merupakan pengasas band asal bandung ini. Ahli band yang lain masih lagi tidak boleh sain kontrak kerana terikat kontrak dengan band dan label yang lain. Mungkin ahli band yang lain bakal menyertai ST12 secara rasmi pada album yang akan datang.
DSC_0070
ST12 kini dengan album terbaru berjudul “Lantera Hati” yang memuatkan 10 buah lagu. Antara lagu yang dimuatkan di album ini adalah 
Putih-putih Melati
Bidadari Bumi
Ilu Inu (I Love You I Need You ayead)
Lentera Hati
Tidak Tahu
Penantian ayead Tak Berujung
St Setia
Sumpah Mati
Menikahlah Denganku
Cinta Terbagi

DSC_0082
ST12 sempat menyampaikan beberapa buah lagi di showcase  Promo Tour Lantera Hati ini dan diakhir persembahan barulah lagu “Putih-Putih Melati” di mainkan.
 
DSC_0124
sempat juga saya bergambar dengan vocalis terbaru kumpulan ST12 ini yang lebih mesra dipanggil Tuah. Beliau dipilih oleh ST12 setelah menjalani proses pemilihan lebih 500 orang untuk ujibakat.
DSC_0132
Yang ini pula adalah Pepep iaitu pengasas band ST12 dan juga pencipta lagu.
Video Putih-Putih Melati (Live in Malaysia 2013)

Check-In AirAsia Flight Tickets – Seoul, Korea !!!

March 26, 2013 at 8:26 pm

1

 

 

Tak sabar rasanya nak terbang jauh ke Korea Selatan pada 1 April ini. Saya bersama keluarga bakal ke sana selama 5 hari 4 malam dan kali ini saya akan tunjuk cara bagaimana untuk Web Check-in Flight ticket AirAsia. Caranya amat mudah dan anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah ini.

Langkah 1 : Anda perlu layari laman web http://www.airasia.com/ dan seterusnya klik Login di penjuru atas kanan laman web tersebut.

 

2

 

Langkah 2 : Anda perlu masukan Username (email) dan password. Pastikan anda berdaftar dengan AirAsia.

 

3

 

 

 

Langkah 3 : Apabila keluar paparan diatas, lihat di bahagian BOOKINGS dan klik pada Manage my Booking

 

 

4

 

Langkah 4 : Setelah itu, lihat tempahan semasa dan klik Check in (warna ungu) untuk web check in atau ubah suai bagi ingin menambah item di penerbangan anda.

 

5

 

Langkah 5 : setelah itu akan keluar paparan diatas, pastikan anda menandakan ” / ” pada kedua-dua penerbangan pergi dan balik. Sila semak tarikh dan masa penerbangan anda sama betul atau salah. Seterusnya, tandakan “/”  pada setiap nama pada paparan tersebut. Isikan butir-butir diri seperti tarikh lahir, nombor passport, dan tarikh luput passport. (pastikan passport bersama anda ketika web check in ini bagi memudahkan urusan check in anda)

 

6

 

Langkah 6 : Paparan diatas akan keluar setelah anda mengisi butiran diri. Semak butiran diatas sama ada betul dengan apa yang anda tempah seperti luggage dan item lain.

 

7

 

Langkah 7 : Pilih sama ada anda ingin insurans penerbangan atau tidak. jika tidak mahu, sila klik  “cancel insurance” dan “No, Thank you”

 

 

8

 

 

Langkah 8 :  Baca syarat penerbangan dan tandakan “/” pada bahagian bawah syarat-syarat tersebut.

 

9

 

 

Langkah 9 :  Anda boleh hantar dokumen berbentuk PDF  melalui email atau terus print tiket penerbangan anda.

 

Mudah kan? baik check in awal kerana ia membolehkan anda cepat masuk ke gate penerbangan tanpa melalui kesesakkan di LCCT. Selamat Mencuba dan selamat bercuti ye..

 

Bika Ambon : Makanan Wajib Beli Di Medan !!!

March 25, 2013 at 9:00 am

IMG-20130317-02617

 

Kali ini saya nak kongsi satu makanan istemewa masyarakat Medan mahupun seluruh Indonesia. Jika anda ke Medan, pastikan anda mencari kedai menjual Bika Ambon. Kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti Telur, Gula dan santan ini amat popular di Medan dan ia dijual dengan pelbagai perisa seperti Pandan, Durian, Keju dan coklat.

Kuih ini juga mampu tahun selama seminggu jika disimpan pada suhu yang sejuk.  Sebelum cerita lebih detail lagi. Pastikan duit anda mencukupi nak borong banyak-banyak untuk bawa pulang ke Malaysia. Harga Bika Ambon ini boleh di dapati sekita 25000 – 50000 rupiah mengikut saiz yang anda inginkan.

 

IMG-20130321-02619

 

Di sekitar Medan, Indonesia anda boleh dapati Bika Ambon ini di mana sahaja kerana hampir setiap tempat menjual kuih ini dan anda perlu pandai tawar-menawar bagi mendapatkan Harga terbaik. Kuih ini juga dikenali sebagai Bingka di Malaysia. Anda juga boleh bagi tahu pada tourist guide anda jika ingin beli Bika Ambon ini. Mereka pasti tahu kedai yang murah dan anda boleh borong sebanyak-banyaknya.

Antara Lokasi menjual Bika Ambon ini adalah di Jl. Kruing, Jl. Mojopahit dan jika anda betul-betul tak sempat nak beli ada satu tempat terakhir untuk beli iaitu di Lapangan Terbang Polonia. Anda boleh beli Bika Ambon ini selepas anda periksa passport di lapangan terbang. Di ruangan kedai dalam lapangan terbang itulah terletaknya satu kedai kek yang menjual bika ambon ini.

 

IMG-20130321-02620

 

Jadi inilah gambaran Bika Ambon

IMG-20130321-02621

 

 ini pula adalah gambaran dalaman Bika Ambon dan rasanya sangat terbaik !!!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...