Percutian Ke Medan Bersama Keluarga (2013) – Part 1
Untuk tahun 2013 ini merupakan tahun melancong bagi saya dan banyak pilihan tempat yang saya akan pergi pada tahun ini. Jika pada bulan Januari saya ke singapura, kali ini saya ke Medan, Indonesia dan lebih best lagi pergi bersama keluarga. Ini merupakan kali kedua saya ke medan dimana kali pertama saya kesini adalah pada tahun lalu. Bagi yang pertama kali ke indonesia, anda perlu tahu banyak perkara mengenai tempat dan hal-hal penting disini.
Untuk ke Indonesia tak perlu memohon VISA, hanya perlu gunakan passport biasa sahaja. Selain itu, anda perlu tahu mengenai pertukaran mata wang disini. anda dinasihatkan juga untuk menukarkan duit matawang rupiah lebih awal bagi mengelakkan harga mahal untuk menukar duit di Indonesia dan rancanglah perjalanan anda dengan tertib dan baik.
Mata wang negara Indonesia adalah Rupiah dan kadar pertukaran mata wang dengan ringgi adalah seperti :-
Rm 0.30 = 1000 rupiah
Rm 1 = 3000 rupiah
Rm 3 = 10 000 rupiah
Rm 10 = 30 000 rupiah
Rm 100 =300 000 rupiah
Rm 321 = 1 000 000 rupiah
(perkiraan ini adalah anggaran sahaja)
Selama 4 Hari 3 malam saya berada di Sumetera dan tempat yang saya akan pergi adalah di Medan, Brastagi dan Danau Toba. Setibanya di Polonia Airport, Medan saya terus menguruskan hal immigration. Setelah selesai kami pun terus mencari tourist guide dan saya nasihatkan anda mengangkat beg dan jangan ambil trolley kerana nanti ramai orang akan mintak tip (duit upah). Setelah jumpa tourist guide, kami pun meneruskan perjalanan ke Brastagi dengan menaiki kereta.
Perjalanan yang mengambil masa 2 jam 30 minit itu bakal membawa saya ke atas puncak gunung Brastagi yang terkenal dengan pasar buah nya. Disepanjang jalan dari medan ke Brastagi itu banyak saya lihat permandangan menarik dan cantik dan suasana kampung masnyarakat batak disana.
Setibanya di Brastagi, kami pun terus ke pasar buah. Disana terdapat pelbagai buah-buahan serta sayur-sayura yang segar dijual oleh masyarakat disana. Terdapat juga kedai menjual t-shirt dan cenderamata untuk anda dibawa pulang ke Malaysia.
Bandar Brastagi yang dingin membuatkan anda seperti di negara musim sejuk dan pelbagai aktiviti dapat dilakukan disini seperti pendakian gunung berapi, mandi kolam air panas gunung berapai dan pelbagai lagi.
Lihatlah gambar diatas, anda boleh membeli pelbagai jenis buah disini. Disebabkan itu abang dan mak saya telah beli pelbagai jenis buah untuk dimakan ketika di hotel. Harganya juga jauh lebih murah berbanding Malaysia .
Saya pun sempat la juga bergamabr dekat pasar buah ni, ada juga orang jual bunga dan baja untuk anda tanam di rumah.
Selepas penat berjalan, tiba masa untuk makan tengah hari di salah satu restoran di Brastagi ini. Masakan disini juga halal dan yang penting harganya murah. Kalau anda pergi dengan travel agent pasti akan dapat lagi banyak diskaun. Oleh kerana Brastagi merupakan tempat tanaman sayur-sayuran terkenal di Indonesia, jadi masakannya pun banyak sayurlah. Tetapi sambal minang tetap terbaik dan itu salah satu kegemaran saya.
Untuk pengetahuan anda ,disini ucapan Hello adalah “Menjuah-juah” iaitu perkataan dari suku batak di Brastagi ini. Jadi bila anda di Brastagi, boleh la cakap perkataan itu untuk tawar harga di kedai yang anda ingin beli..hehe
Sebelum hari senja , kami pun check in hotel di Green Garden Hotel di Brastagi. Disini merupakan hotel tumpuan pelancong dari Malaysia dan tidak mustahil anda akan jumpa ramai orang Malaysia disini. Hotel yang berada di kawasan beriklim sejum ini membuatkan anda seperti di Belanda.
Disini juga terdapat kolam renang dan pelbagai kemudahan lain lagi. Anda juga boleh menambah katil seperti gambar diatas ini.
Tandas hotel ni pun okey dan bersih untuk digunakan.
Disini anda tidak perlu risau kerana air panas disediakan di tiap bilik dan anda juga boleh berendam di dalam tandas hotel saja kalau malas nak mandi di kolam renang.
Di hadapan hotel , terdapat Gunung Sibayak dimana anda boleh melihat asap dari gunung berapi yang masih aktif sehingga kini.
Makan malam saya hanya di hotel dan makanan yang dihidang ternyata memang terbaik dan puas hati. kenyang betul makan di hotel ini. Makanan di hidang secara set mengikut tempahan yang telah anda buat.
Sedapkan tengok ayam ni
Sebelum masuk tidur, saya sempat online dahulu dan update facebook dan twitter. Ini kerana hotel ini terdapat WIFI dan anda tidak perlu risau semua itu..


















