Dunia Bakal Berakhir? Sempat Untuk Tonton Filem Menarik Di Hypp TV SyFy HD
Dunia bakal berakhir? Itu perkara yang seringkali dikatakan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini. Menurut kalendar kaum Mayan, mereka menyatakan bahawa Disember 2012 merupakan hari kiamat ataupun hari pengakhiran di dunia. Oleh itu, pasti ramai yang menantikan detik mendebarkan itu. Ada yang mengatakan bumi akan terbelah dua dan ada juga mengatakan kehancuran bumi ini akan berlaku dengan begitu dasyat sekali.
Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi semua itu? Kini pelbagai bencana alam seperti gunung berapi, gempa bumi, banjir dan taufan adalah tanda-tanda awal di mana dunia bakal berakhir. Ini dimana usia dunia yang telah mencapai umur jutaan tahun ini bakal lenyap tidak lama lagi. Oleh itu, siaran SyFy HD di Hypp TV channel 165 bakal menyangkan beberapa movie menarik bagi membuatkan anda bersedia menghadapi hari terakhir di dunia. Setiap hari rabu, jam 8.20 malam dan ulangan pada sabtu, jam 10.50 malam adalah waktu bagi tayangan movie yang akan ditayangkan di SyFy HD Channel 165 HyppTV.
Filem pertama ditayangkan adalah ALIEN TORNADO pada 7 Novermber 2012, [email protected] Malam. Filem yang mengisahkan seorang saintis iaitu Dr. Jake Alredge (Gerald McRaney) yang cuba menyelamatkan sebuah bandar yang bakal dilanda puting beliung. Bagaimanakah beliau mampu untuk memberi kepercayaan kepada penduduk bandar akan kehadiran puting beliung tersebut?
Pelbagai cara cuba di usahakan oleh Dr. Jake Alredge seperti menyediakan amran puting beliung kepada penduduk bandar. Namun mampukah beliau berjaya menyelamatkan penduduk bandar tersebut? Beliau hanya mampu berserah kepada takdir dalam menghadapi puting beliung tersebut dan banyak aksi suspen dapat di saksikan di filem ini.
Filem Berikutnya adalah SUPER STORM yang ditayangkan pada 14 November 2012, Rabu @ 8.20 Malam. Kisah pelajar sekolah tinggi yang mereka projek sains bagi menyelamatkan bumi daripada kehancuran. Ribut yang kuat serta taufan bakal menghancurkan muka bumi dan oleh itu sekumpulan pelajar ini berusaha bagi mengelakkan perkara itu terjadi.
Mampukah mereka menyelamatkan bumi daripada taufan serta ribut yang kuat ini? Pastikan anda menonton filem ini di Hypp TV SyFy HD Channel 165.
Yang berikut ini adalah Filem LIGHTNING STRIKES yang ditayangkan pada 21 November 2012, Rabu @ 8.20 Malam. Filem yang mengisahkan kejadian kilat sambar menyambar di sebuah bandar yang telah membahayakan nyawa penduduk sekitar kawasan tersebut.
Terdapat satu kes kematian akibat sambaran kilat telah membuatkan penjaga bandar iaitu sheriff Kevin Sorbo memikir salah satu cara bagi mengelakkan perkara itu berulang lagi.
kejadian ngeri itu telah membuatkan orang ramai panik dan risau akan keselamatan di bandar itu keran seringkali berlaku kejadian kilat sambar menyambar sehingga mengorbankan nyawa orang awam.
Mujur ada sheriff Kevin Sorbo yang menyelamatkan keadaan, Bagaimanakah beliau menyelamatkan bandar itu dari terus dilanda malapetaka ini, pastikan anda menontong di HyypTV.
WEATHER WARS merupakan filem yang mengisahkan dana sebuah kerajaan yang telah kehabisan akibat membangunkan salah satu projek sains. Ini telah menimbulkan kemarahan para saintis kerana mereka diberhentikan kerja kerana kerajaan menghentikan pemberian dana keatas projek ini. Oleh itu, seorang saintis telah membalas dendam dengan melakukan perlbagai perubahan terhadap projek ini.Dua orang anak saintis inilah yang menyelamtkan dunia dengan menghentikan segala rancangan jahat bapanya dalam menghancurkan bumi ini.
Filem ini ditayangkan pada 28 November 2012, Rabu, @8.20 Malam di Hypp TV SyFy HD.
METAL TORNADO yang ditayangkan pada 5 Disember 2012, Rabu @8.20 Malam di Channel 165 HyppTV ini mengisahkan Samuel Planck seorang pakar di dalam bidang teknikal yang membuat kajian terhadap penyimpanan dan penghasilan semua tenaga. Oleh kerana terlalu ghairah mengkaji, beliau tidak menyangka bahawa kajian itu telah menghasilkan sebuah tornado yang hebat serta dasyat dan berjaya menghancurkan sebuah bandar.
COLLISION EARTH merupakan filem yang mengisahkan pertembungan dua planet iait Bumi dan Mercury. Kisah kehancuran alam semesta ini terjadi apabila berlakunya tindak balas daripada matahari dan menyebabkan kedua-dua planet ini bertembung. Seorang saintis telah mencipta senjata bagi mengelakkan perkara ini terjadi. Tetapi mampukah perkara itu berhasil. Saksikan filem ini di HyppTV channel 165 pada 12 Disember 2012, Rabu @8.20 Malam.
Filem yang dinantikan di HyppTV ini adalah SUPER CYCLONE yang akan ditayangkan pada 19 Disember 2012, [email protected] malam. Anda juga dapat menyaksikan siaran ulangan pada jam hari sabtu (22 Disember 2012) jam 10.50 malam. Filem yang mengisahkan taufan yang akan menghancurkan pantai timur Amerika Syarkat. Bagi mengelakkan kematian serta kehancuran yang lebih teruk, para saintis, jurutera serta peramal cuaca telah memberikan amaran dan bersatu bagi menyelamatkan para penduduk di kawasan bencana.
Mampukah mereka menyelamatkan kesemua mangsa taufan? adakah mereka mampu menyelamatkan nyawa mereka sendiri? Pastikan anda menontonnya di HyypTV Channel 165 (SyFy HD).

















