Filem Seram “ParaNorman” Dalam 3D

August 16, 2012 at 12:04 pm

ParaNorman merupakan filem yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 16 ogos 2012 ini. Saya telah pun menonton filem ini pada hari selasa yang lalu iaitu ChurpChurp Movie Screening ParaNorman di One Utama. Filem animasi 3D ini memang sesuai ditonton oleh kanak-kanak namun oleh kerana ceritanya agak seram jadi ia lebih sesuai untuk remaja berusia 13 tahun keatas.
Filem yang mengisahkan seorang lelaki bernama Norman yang berkebolehan melihan hantu dan roh orang mati telah menimbulkan kekacauan di seluruh bandar tempat beliau tinggal. Keluarga beliau juga seringkali memarahinya kerana berkelakuan pelik seperti bercakap seorang diri. 
Disuatu hari, Norman ditemukan dengan roh pakciknya yang baru meninggal dunia. Pakcik beliau telah menyampaikan satu amanah supaya membaca mentera di tanah perkuburan kerana ditakutkan roh-roh jahat ahli sihir akan bangkit menganggu manusia di bandar tersebut. Namun akibat lambat bertindak, roh jahat itu telah muncul dan menganggu manusia dengan mereka bertukar menjadi zombi. Apa yang terjadu seterusnya, anda perlulah tonton sendiri  cerita ini di pawagam.
Kisah ini banyak mengisahkan kisah cinta, seram, kekeluargaan dan paling menarik adalah kehidupan di alam lain. Bagi saya filem ini sesuai untuk di tonton oleh semua orang tetapi anda lebih baik menonton 2D sahaja.

Filem “Brave” Bagi Pengajaran Untuk Kanak-Kanak Degil !!!

June 26, 2012 at 12:54 am

Filem Brave yang menjadi tumpuan hangat di Amerika ini , telah pun saya tonton di Cathay E@CURVE ketika Special Screening Of Brave bersama Nuffnang semalam. Filem yang mengisahkan kehidupan seorang puteri raja yang mempunyai sifat yang degil dan tidak mahu mengikut kata ibunya.

Oleh kerana sifatnya yang degil itu, satu malapetaka telah menimpa beliau dimana ibunya terkena sumpahan ahli sihir dan sumpahan itu telah menjadikan ibunya seekor Beruang. Filem yang banyak memberikan pengajaran kepada kanak-kanak ini sangat bagus di tonton dan ia akan memberikan satu pengajaran penting kepada kanak-kanak supaya tidak melawan kata ibu dan bapa.

saya sangat menyukai filem ini dan kisah kekeluargaan yang menarik serta ada naik turun plot cerita ini telah membuatkan saya berasa puas hati menonton filem ini. Filem ini saya berikan 4 bintang daripada 5 dan anda pasti akan menyukai filem ini kerana ia juga diselitkan unsur lawak di dalam filem ini.

Apa Yang Kecoh Sangat Pasal Paradigm Mall ?

June 2, 2012 at 5:50 pm

Wahhh apa yang menarik sangat pasal Paradigm Mall ni? habis kecoh kat twitter dan FB.. Rupanya Paradigm Mall ini baru dibuka pada 23 May 2012 yang lalu dimana ini merupakan shopping complex terbaru di Petaling Jaya. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan Stesen LRT Kelana Jaya akan memudahkan anda untuk kesana. Kemudahan shuttle bus secara percuma dari stesen LRT kelana jaya akan memudahkan anda untuk ke Paradigm Mall ini.

Selain daripada menjadi tempat tumpuan shopping, terdapat juga ruangan hiburan buat keluarga seperti Kkids Playground di tingkat 1 dan terdapat juga Golden Screen Cinema (GSC) di tingakat 3. Paradigm Mall juga mempunyai hypermarket dan kedai elektronik serta gadget. Jadi jika anda ke sini pasti anda akan mempunyai pelbagai pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti.

 

Paradigm Mall yang terletak di bersebelahan Lebuhraya LDP  ini pastinya akan menjadi tumpuan baru warga kota kerana ia terletak betul-betul di tengah bandaraya petaling jaya. Paradigm Mall turut mengalu-alukan kedatangan anda disini. Lihat facebook Paradigm Mall bagi mengetahui maklumat lanjut. (Facebook Paradigm Mall)

untuk maklumat lanjut mengenai Paradigm Mall anda boleh lawati laman web http://www.paradigmmall.com.my/index.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...